Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan

Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan, Education Website, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Kampong Gong Badak.

Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 27 Mei 2016 yang sebelum ini dikenali dengan Pusat Penataran Ilmu (PPI) yang ditubuhkan pada 1 Mac 2007.

Alhamdulillah...Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan menerbitkan artikel jurnal. Semoga kejayaan ini terus menyema...
19/08/2026

Alhamdulillah...Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan menerbitkan artikel jurnal. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga fakulti.

AlhamdulillahAudit Dalaman Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) bagi program Diploma dan Ijazah Muda di FUPL telah selesai d...
19/08/2026

Alhamdulillah

Audit Dalaman Kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) bagi program Diploma dan Ijazah Muda di FUPL telah selesai dilaksanakan selama dua hari bermula17-18 Ogos 2026.

Proses audit ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan pengurusan, penyampaian dan dokumentasi kursus MPU dilaksanakan secara sistematik serta memenuhi keperluan jaminan kualiti akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan auditor atas komitmen, ketelitian dan tunjuk ajar sepanjang proses audit berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua terutamanya kepada pihak pengurusan fakulti, penyelaras jaminan dan kualiti, para pensyarah, barisan pentadbiran, serta pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen sepanjang proses audit berlangsung.

Semoga dapatan audit ini menjadi asas kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh kualiti pengendalian kursus MPU di FUPL.

BENGKEL BIMBINGAN TENAGA PENGAJAR MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU):TRAINING of TRAINERS (TOT) di ZON PANTAI TIMUR.Tar...
18/08/2026

BENGKEL BIMBINGAN TENAGA PENGAJAR MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU):TRAINING of TRAINERS (TOT) di ZON PANTAI TIMUR.

Tarikh: 16-17 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bangunan Akademik (UniSZA)

Siri Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) kini berwajah baharu. Bagi memastikan mahasiswa kita bersedia mendepani cabaran dunia sebenar dengan minda yang kental dan beretika, dengan 4 Kursus Baru U1 yang penuh pengisian impak tinggi iaitu:

1)Aspirasi Negara Bangsa (ANB)
2)Falsafan dan Cabaran Semasa (FCS)
3) Malaysian Citra (MC)
4) Perlembagaan Masyarakat Berintergriti (PMB)

Alhamdulillah. Bengkel ini telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya! Sepanjang bengkel berlangsung, kami sangat kagum melihat semangat, idea kreatif, dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua tenaga pengajar yang hadir. Bukan sekadar belajar, tetapi ini juga merupakan platform terbaik untuk kita saling bertukar pendapat, membina rangkaian kerjasama (networking), dan berkongsi amalan terbaik pengajaran MPU alaf baharu. 🎓💡

Terima kasih kepada semua "Trainers" yang sudi meluangkan masa dan tenaga. Anda semua adalah nadi kepada pembangunan sahsiah pelajar-pelajar kita!

Terima kasih kepada semua hadir..






18/08/2026
TAHNIAH DAN SYABASWarga Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ...
18/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS

Warga Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

Dr. Ruhaizan binti Sulaiman,
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan)

Dr. Mohd Sufian bin Moktar
Ketua Pusat Pengajian Ilmu Wahyu dan Pemikiran Islam

Dr. Norazilawati binti Abd Wahab
Penyelaras APEL

Dr. Farah Syazrah binti Mohd Ghazalli
Mantan Ketua Pusat Kenegaraan dan Keusahawanan FUPL

Dr. Nur Syahirah binti Mohammad Nasir
Mantan Pensyarah FUPL

Puan Khoirun Nisak binti Mat Saad
Guru Bahasa

atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf (AKS) 2025 yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) pada 17 Ogos 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan universiti atas prestasi cemerlang, komitmen tinggi dan dedikasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta memberikan sumbangan bermakna kepada FUPL dan UniSZA.

Ikhlas daripada warga FUPL.

BENGKEL BIMBINGAN TENAGA PENGAJAR MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU):TRAINING of TRAINERS (TOT) di ZON PANTAI TIMURTari...
17/08/2026

BENGKEL BIMBINGAN TENAGA PENGAJAR MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU):TRAINING of TRAINERS (TOT) di ZON PANTAI TIMUR

Tarikh: 16-17 OGOS 2026
Masa: 8.00 pagi-5.00 petang
Tempat: Bangunan Akademik (UniSZA)

Alhamdulillah..Bengkel telah berjalan lancar bagi kursus baru U1 untuk hari pertama iaitu:

1)Aspirasi Negara Bangsa (ANB)
2) Malaysian Citra (MC)

Terima kasih kepada semua hadir..






09/08/2026

Address

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak
Kampong Gong Badak
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan:

Shortcuts

Share