14/07/2026
Sekalung tahniah untuk Pasukan VENTO dan Pasukan GAMBIT, wakil Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak dan negeri Selangor, dalam STEM Racing National Finals Malaysia 2025/2026 yang telah berlangsung pada 8hb - 12hb Julai 2026 di UNIKL, Johor.
Ahli Pasukan VENTO terdiri daripada pelajar-pelajar Erudite:
1. Muhammad Daniel- Design Engineer
2. Muhammad Asyf Suhayl - Manufacturing Engineer ( Team Leader)
3. Ahmad Amirul Hasif - Marketing & Finance Manager
4. Arif Muhammad - Project Manager
5. Muhammad Danish Saifullah - Sponsorship Manager
6. Irfan Haziq - Graphic Designer
Manakala ahli pasukan Gambit terdiri daripada pelajar-pelajar Astralis:
1. Thariq Ziyad - Design Engineer
2. Muhammad Al Sharif - Manufacturing Engineer
3. Muhammad Farhad Aidid - Project Manager ( Team Leader)
4. Aliah Safiyah - Head of Enterprise
5. Aleesya Sofea - Finance Manager
6. Muhammad Qhilfi Hakimi - Resource Manager
Penyertaan kali ini mencatat sejarah apabila SBPI Gombak meraih pencapaian terbaik sepanjang penyertaan sekolah dalam pertandingan STEM Racing.
PENCAPAIAN PASUKAN VENTO:
Champion โ Knock-Out Race
Best Scrutineering Award
Fourth Overall Winner
Pencapaian Pasukan VENTO sekaligus melayakkan mereka untuk mewakili Malaysia ke pertandingan seterusnya di peringkat STEM Racing World Finals 2026 yang akan berlangsung pada penghujung September di Singapura.
PENCAPAIAN PASUKAN GAMBIT:
Best Corporate Social Responsibility (CSR) Award
STEM Racing merupakan pertandingan berprestij yang menggabungkan elemen sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui pembelajaran berasaskan projek. Peserta bukan sahaja dikehendaki mereka bentuk, menguji dan menghasilkan sebuah kereta perlumbaan mini berkuasa karbon dioksida, malah turut mengurus keseluruhan operasi pasukan seperti sebuah organisasi Formula 1 profesional. Ini merangkumi pengurusan projek, kejuruteraan, pembuatan, pemasaran, penajaan, pengurusan kewangan, kelestarian, keusahawanan serta pembentangan profesional kepada panel hakim daripada industri.
Setiap cabaran dihadapi dengan penuh dedikasi, daripada fasa perancangan, reka bentuk, simulasi, pengujian dan pembuatan sehingga ke persediaan portfolio, pembentangan dan perlumbaan di pentas kebangsaan.
Pasukan VENTO menyerlah menerusi kecemerlangan dalam aspek kejuruteraan, pengurusan projek dan inovasi. Melalui proses reka bentuk, simulasi, pengujian dan pembuatan yang sistematik, pasukan berjaya menghasilkan sebuah kereta perlumbaan mini yang pantas dan berprestasi tinggi sehingga dinobatkan sebagai Champion utk KnockOut Race. Selain itu, VENTO turut membangunkan inovasi alat pemangkasan roda bagi mengoptimumkan prestasi kereta serta melaksanakan inisiatif Race-to-Recycle, iaitu program pengump**an minyak masak terpakai yang diproses menjadi ecosoap sebagai produk perusahaan sosial. Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan kejuruteraan mampu digabungkan dengan inovasi, keusahawanan dan kelestarian untuk menghasilkan impak yang menyeluruh.
Pasukan GAMBIT p**a mengangkat nilai tanggungjawab sosial melalui pelaksanaan program komuniti yang memberi impak positif kepada masyarakat. Usaha tersebut telah melayakkan pasukan menerima Best Corporate Social Responsibility (CSR) Award, sekali gus membuktikan bahawa kecemerlangan STEM turut diukur melalui sumbangan kepada komuniti dan pembangunan masyarakat.
Kejayaan ini merupakan hasil sinergi dan komitmen semua pihak. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir, guru penasihat dan guru pembimbing, ibu bapa, serta semua rakan strategik dan penaja yang telah memberikan bimbingan, kepakaran, kemudahan dan sokongan sepanjang perjalanan kedua-dua pasukan.
Sesungguhnya kejayaan ini membuktikan bahawa dengan ilmu, usaha, disiplin dan kerjasama yang erat antara sekolah, ibu bapa, industri dan komuniti, pelajar mampu cemerlang di persada dunia.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar untuk meneroka bidang STEM, berani berinovasi dan terus mengharumkan nama SBPI Gombak pada masa hadapan.