InMind ll Ust Leh

InMind ll Ust Leh Menjadi medan dakwah dan platform mengutarakan pandangan dan perkongsian.

Sebuah medium perantara untuk berkongsi ilmu dan motivasi kepada masyarakat melalui media sosial, ceramah, latihan dan bengkel yang berteraskan gabungan wahyu dan intelektual.

22/12/2022

Video Kem Ibadah Success 2022

20/12/2022
Allah Melihat Kejahatan Kita=========1. Ketika Abu Jahal merancang untuk menghalang dan memijak tengkuk Rasulullah yang ...
23/09/2022

Allah Melihat Kejahatan Kita
=========
1. Ketika Abu Jahal merancang untuk menghalang dan memijak tengkuk Rasulullah yang sedang solat, Allah memelihara Baginda dengan mendatangkan malaikat yang mengawalnya. Sehingga Abu Jahal berundur dan Qurasyh terkejut melihat kelakuan Abu Jahal tersebut. Lalu Qurasyh bertanya, mengapa engkau mundur dari memijak lehernya? Abu Jahal menjawab:

فَقَالَ إِنَّ بَيْنِي وَبَيْنَهُ لَخَنْدَقًا مِنْ نَارٍ وَهَوْلًا وَأَجْنِحَةً فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ دَنَا مِنِّي لَاخْتَطَفَتْهُ الْمَلَائِكَةُ عُضْوًا عُضْوًا

(Aku melihat tiba-tiba) Ada di antara aku dan dia parit dari api, huru-hara dan banyak sayap. Rasulullah bersabda: "Andai dia mendekatiku, malaikat akan menyambar anggota badannya satu persatu." (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Tabari, peristiwa ini menyebabkan turunnya ayat-ayat yang mencela kejahatan Abu Jahal sehingga Allah menurunkan ayat yang menyebutkan:

أَلَمْ يَعْلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرَىٰ

Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)? (Tafsir al-Tabari & Muharrar fi Asbab al-Nuzul)

3. Insiden ini memberi kita pengajaran bahawa setiap kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu akan sentiasa diperhatikan oleh Allah. Malah ayat ini turut mengingatkan bahawa Allah sentiasa memerhatikan kelakuan jahat manusia sekalipun dilakukan dalam keadaaan tersembunyi.

4. Ini kerana manusia s**a melakukan maksiat secara bersembunyi. Baginda Nabi pernah menjelaskan tabiat ini dalam sabdanya yang berbunyi:

وَالإِثْمُ مَا حاكَ في نَفْسِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ

“Dan dosa maksiat itu adalah apa yang meresahkan jiwamu dan engkau tidak s**a orang melihatnya.” (HR Muslim)

5. Oleh yang demikian, renungi ayat ini sebaik-baiknya. Tampallah ia di dalam bilik sekiranya perlu untuk mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa memerhati kelakuan kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

BELAJAR DARI DUA UMARSebagai permulaan kisah, mari kita pelajari sedikit daripada kisah dua orang tokoh besar yang naman...
21/02/2021

BELAJAR DARI DUA UMAR

Sebagai permulaan kisah, mari kita pelajari sedikit daripada kisah dua orang tokoh besar yang namanya terpahat harum dalam lipatan sejarah Islam. Mereka ialah Umar bin al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz. ........................................

Umar al Khattab adalah salah seorang sahabat besar Nabi Muhammad s.a.w.

Kisahnya bermula apabila Rasulullah s.a.w. telah menyebut nama-nama orang-orang munafik kepada Huzaifah al Yamani dan mengamanahkannya untuk merahsiakan nama-nama tersebut.

Suatu hari, Umar al Khattab telah mendatangi Huzaifah al Yamani dan bertanyakan senarai nama-nama orang munafik yang telah disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. Umar bimbang seandainya namanya ada di dalam senarai yang dimiliki oleh Huzaifah al Yamani.

“Apakah aku termasuk di antara mereka?” Tanya Umar al Khattab.

“Tidak” tegas Huzaifah. Maka legalah hati Umar al Khattab.

Kebimbangan Umar itu bermula apabila mengenangkan keadaannya ketika jahiliah dahulu. Umar dikenali sebagai orang yang banyak menentang Islam dan dakwah Nabi s.a.w. Maka, Umar seboleh-bolehnya akan mengawasi setiap amalnya agar setiap perbuatannya itu tidak terbawa-bawakan akhlak dan karakter ketika jahiliah dahulu. Hebatnya perwatakan Umar itu kerana sering membawa kalimah keramat di dalam dirinya iaitu:
حَاسِبُوا أَنفُسَكُم قَبلَ أَن تُحَاسَبُوا
Maksudnya : Hitunglah dirimu sebelum dirimu dihitung (Allah s.w.t.)
........................................
Bagaimana p**a dengan Umar Abdul Aziz?

Umar Abdul Aziz p**a adalah seorang tabiin dan mempunyai hubungan darah dengan Umar al Khattab melalui jalur sebelah ibunya. Umar Abdul Aziz dikenali sebagai seorang khalifah yang adil, cerdas dan zuhud.

Apakah yang boleh kita pelajari dari Umar Abdul Aziz ini?

Umar bin Abdul Aziz lahir dari keluarga yang mencintai ilmu dan dari kalangan ahli ibadah. Dia membesar sebagai seorang pemuda yang mempunyai cita-cita yang besar. Impiannya adalah ingin menjadi khalifah dan berkahwin dengan seorang anak gadis yang bernama Fatimah. Sekilas pandang seolah-olah melihat beliau seorang yang tidak berasas dalam impian dan tindakan.

Pada peringkat awal beliau telah mempersiapkan dirinya dengan ilmu agama, serta selok-belok pentadbiran dan pengurusan Negara hinggakan Khalifah ketika itu melantiknya sebagai Gabenor Madinah. Tidak lama kemudian, di dalam kebejatan dan hiruk-pikuk semasa akhirnya beliau telah diamanahkan sebagai Khalifah Bani Umayyah.

Setelah mencapai matlamatnya berada di puncak kejayaan dunia, kali ini beliau berhasrat untuk mengejar syurga Allah s.w.t. Akhirnya beliau di kenali sebagai seorang Khalifah yang zuhud hinggakan beliau mengagihkan harta-hartanya ke Baitul mal Negara. Beliau hanya mengambil gaji sekitar 2 dirham sehari yang menyamai 60 dirham dalam sebulan.
........................................
Apakah kebaikannya dengan menjadi khalifah?

Dengan mendapat jawatan sebagai khalifah, beliau mampu melaksanakan syariat Allah tanpa perlu disekat-sekat. Hinggakan beliau sibuk menguruskan keperluan Negara dan rakyat berpaksikan Quran dan Sunnah.

Apakah kebaikannya dengan menikahi Fatimah?

Fatimah adalah anak gadis yang cerdik dan luhur dalam beragama. Dengan mengahwini Fatimah beliau mengharapkan isterinya mampu memberi didikan dunia dan akhirat yang secukupnya untuk anak-anak dan zuriatnya. Inilah sifat kematangan yang dimiliki oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz seawal usia mudanya.

Tempoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah sekitar setahun lebih sahaja. Walaupun singkat, namun jasa dan baktinya disebut-sebut sehingga kini. Jelas terbukti bahawa kehidupan ini sekadar persinggahan yang perlu diertikan oleh kita sendiri. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang.
........................................
Manfaat yang boleh kita ambil adalah:

1. Umar al Khattab mengajar kita bagaimana cara memandang masa lalu. Apa yang terjadi pada masa lampau adalah guru yang akan mengajar kita agar berhati-hati di masa hadapan. Setiap kesilapan yang terjadi akan tertutup dengan taubat dan sentiasa beramal soleh.

2. Perlunya bermuhasabah diri di atas segala amal kita. Sebagaimana Umar al Khattab yang bimbangkan ada sifat munafik di dalam dirinya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu kembali kepada dosa.

3. Dari Umar Abdul Aziz p**a kita telah mempelajari tentang cita-cita besar yang dimiliki oleh seorang anak muda. Cita-cita dunia yang diterjemahkan dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

4. Seterusnya, mempersiapkan diri dengan keilmuan dan kepakaran untuk menjadi seorang yang berdaya saing. Hasilnya, setiap apa yang beliau kecapi adalah bertujuan memberi manfaat kepada manusia sejagat dan bukannya untuk kehendak diri.

5. Seorang anak muda yang berfikiran jauh dalam membina sebuah keluarga yang di redhai apabila beliau telah membuat perancangan untuk mencari bakal isteri yang solehah.
........................................
Kisah yang disampaikan ini, hanyalah secebis untaian kisah-kisah insan yang soleh yang boleh dijadikan teladan dan diidolakan. Semoga kisah ini mampu memberi inspirasi kepada umat untuk menjadi manusia yang lebih terarah di dalam hidup. Mengisi relung jiwa yang kian gersang dek kebejatan sosial yang kian melampau.

Allah berfirman :

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap
orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan
bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu
kerjakan.” QS. Surat Al Hasyr [59: 18]
Wallahu taa’la a’lam.

Pendidikan Islam tahun 3Surah al kafirun
15/02/2021

Pendidikan Islam tahun 3
Surah al kafirun

Murid-murid akan berkenalan dengan surah ini.Mengetahui manfaat dan kelebihannya.Membaca dengan bimbingan secara keseluruhan ayat dan juga kalimah.Selamat be...

Hadith-Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab1. Antara hadith-hadith yang tidak sahih berkaitan bulan Rejab: 2. Dikata...
12/02/2021

Hadith-Hadith Tidak Sahih Berkaitan Bulan Rejab

1. Antara hadith-hadith yang tidak sahih berkaitan bulan Rejab:



2. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


فَضْلُ شَهْرِ رَجَبٍ عَلَى الشُّهُورِ كَفَضْلِ الْقُرْآنِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ

Maksudnya: “Kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain adalah seperti kelebihan al-Qur’an berbanding semua jenis kalam”.



Hadith ini palsu dan ini juga merupakan pendapat Imam Ibn Hajar di dalam al-Tabyin. [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 85/2]





3. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


لَا تَغْفَلُوا عَنْ أَوَّلِ جُمُعَةٍ مِنْ رَجَبٍ فَإِنَّهَا لَيْلَةٌ تُسَمِّيهَا المَلَائِكَةُ الرَّغَائِب

Maksudnya: “Janganlah kamu lalai pada Jumaat yang pertama daripada bulan Rejab kerana sesungguhnya terdapat padanya satu malam yang dinamakan oleh malaikat sebagai al-Raghaib”.



Hadith ini dusta keseluruhannya menurut Ibn al-Qayyim. [Lihat: al-Manar al-Munif, 95]



4. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ فِيْ الجَنَّةِ نَهْرًا يُقَالُ لَهُ رَجَب مَاؤُهُ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ وَأَحْلَى مِنَ العَسَلِ، مَنْ صَامَ يَوْمًا مِنْ رَجَب سَقَاهُ اللهُ مِنْ ذَلِكَ النَّهْرِ

Maksudnya: “Bahawasanya di dalam syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai tersebut”.



Hadith ini bathil menurut Imam al-Zahabi. [Lihat: Mizan al-Mu’tadil, 189/4]



5. Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ صَامَ أَوَّلَ يَوْمٍ مِنْ رَجَبٍ يَعْدِلُ ذَلِكَ بِصِيَامِ سَنَةٍ ، وَمَنْ صَامَ سَبْعَةَ أَيَّامٍ أُغْلِقَ عَنْهُ سَبْعَةُ أَبْوَابِ النَّارِ ، وَمَنْ صَامَ مِنْ رَجَبٍ عَشْرَةَ أَيَّامٍ نَادَىْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ أَنْ سَلْ تُعْطَهْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari pertama bulan Rejab umpama berpuasa setahun, barangsiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab sepuluh hari diseru daripada penyeru dari langit bahawa mintalah lalu diberikan (apa yang diminta)”.



Hadith ini bathil dan tiada asal baginya menurut Imam al-Syaukani. [Lihat: al-Fath al-Rabbani, 3212/6]



6. Fatwa Ulama’-Ulama’ Berkaitan Puasa Rejab

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah [Lihat: al-Mausu’ah al-Kuwaitiyyah, 95/28] mengatakan bahawa jumhur ulama’ daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram. Ini kerana, mereka berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Imam Muslim:



7. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ

Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharram”. [Riwayat Muslim (1163)]



8. Akan tetapi, mereka mengatakan berpuasa pada bulan Rejab sahaja adalah makruh berdalilkan dengan sebuah hadith di dalam Sunan Ibn Majah:



Daripada Abdullah bin Abbas RA berkata:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW melarang berpuasa pada bulan Rejab”. [Riwayat Ibn Majah (1743)][Imam al-Syaukani [Lihat: Nail al-Authar 293/4 ]mengatakan hadith ini terdapat dua orang perawi yang dhaif iaitu Zaid bin Abd al-Hamid dan Daud bin Atha’][Hadith ini adalah dhaif jiddan (teramat lemah)]



9. Ini kerana, jika seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab sahaja maka ia menunjukkan seakan-akan mereka ini menghidupkan syiar (lambang) golongan Jahiliyyah pada masa lalu yang memuliakan bulan ini. Walaupun begitu, larangan atau pemakruhan ini akan hilang jika seseoang itu berbuka pada salah satu hari daripada bulan tersebut (tidak berpuasa penuh) atau berpuasa pada bulan yang lain daripada tahun tersebut dan tidak semestinya terus selepas daripada Rejab.



10. Hukum Puasa Tiga Bulan Secara Berterusan

Dalam masalah ini, Syeikh Athiyyah Shaqar berpendapat bahawa berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan tidak ada dalil yang menghalangnya. [Lihat: Ahsan al-Kalam, 444/3] Tambahan p**a, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi juga mengatakan bahawa perbuatan tidak dilakukan oleh Nabi SAW, para sahabat RA dan juga para tabi’in. [Lihat: Fatawa Mu’ashirah, 279/1]



11. Walaubagaimanapun, kami juga telah diberitahu oleh guru kami fadhilah al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah al-Zuhaili Rahimahullah bahawa puasa 3 bulan berturut-turut iaitu berpuasa penuh pada bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan diamalkan oleh para solihin dan ia tidak bercanggah selamamana dia mampu untuk melakukannya dengan tidak beri’tiqad (menganggap) bahawa ia adalah sunnah. Dalam masa yang sama, kita juga tidak boleh mengatakan bahawa orang yang tidak berpuasa itu tidak beramal dengan sunnah.



12. Amalan-Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Rejab

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umam adalah:



Berpuasa
Memperbanyakkan bersedekah
Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
Memperbanyakkan berzikir
Memperbanyakkan solat-solat sunat

Boleh rujuk di page bawah ini.

https://muftiwp.gov.my/artikel/tahqiq-al-masail/888-tahqiq-masail-siri-ke-3-bulan-rejab-dan-isu-isu-berkaitan-dengannya

Gambar yang dikongsi adalah gambar anak² yang berdiri di hadapan pintu masuk masjid nabawi.Sebuah masjid yang menjadi sa...
25/12/2020

Gambar yang dikongsi adalah gambar anak² yang berdiri di hadapan pintu masuk masjid nabawi.

Sebuah masjid yang menjadi saksi jatuh bangunnya kejayaan Islam. Di sebalik kejayaan Islam itu, berdirinya golongan-golongan yang sentiasa menjaga keimanan mereka kepada Allah dan rasulnya.

Merekalah golongan yang memiliki keikhlasan jiwa yang diterjemahkan di dalam tindakan dan amalan. Seluruhnya selaras dengan wahyu ilahi.
…………………………………………………
Sedikit bingkisan dari surah al-hadid.

Perincian seorang Muslim.

Surah ini diturunkan sekitar tahun ke 4 hijrah. Iaitu ketika umat Islam berada dalam suasana yang agak selesa atas beberapa kejayaan yang diraih, antaranya:
Memiliki negara sendiri iaitu Madinah. Bilangan umat Islam yang semakin bertambah. Memiliki keyakinan untuk berjihad di jalan Allah. Berpengalaman mengalami kemenangan dan kekalahan di dalam peperangan.

Ini adalah antara kejayaan yang di miliki oleh umat Islam ketika itu. Sebagai suatu pembuktian dan kejayaan yang baik bagi permulaan kegemilangan Islam di awal pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
…………………………………………………
Kembali kepada niat

وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ ۙ وَٱلرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ وَقَدْ أَخَذَ مِيثَٰقَكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu beriman kepada Tuhanmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman.

Allah memberi peringatan kepada Nabi dan umatnya agar sentiasa menjaga niat di dalam perjuangan agama. Jangan harta dan ramainya pengikut itu membuatkan mereka tersasar dari niat yang sebenar.

Kerana itu Allah telah mencirikan golongan orang Islam itu kepada 3 golongan iaitu:

1. Manusia yang mempunyai keimanan yang kuat.
2. Manusia yang mempunyai keimanan yang lemah.
3. Manusia yang munafik.

Di antara ketiga-tiga golongan ini, tak ada sesiapa pun yang berkehendak untuk menjadi golongan yang ketiga (munafik). Tetapi, untuk mengakui menjadi golongan yang pertama (iman yang kuat) terasa masih lagi jauh perjalanannya.

Pilihan yang bijak adalah meletakkan diri kita sebagai orang yang mempunyai iman yang lemah.

Apabila menyedari diri akan lemahnya iman, ia adalah petanda bahawa kita belum lagi mencapai kesempurnaan iman yang sebenarnya. Belum lagi layak digelar sebagai hamba yang benar-benar soleh.

Oleh itu, kita perlu lakukan sesuatu agar keimanan itu mampu dipertingkatkan.

…………………………………………………
Dorongan berterusan.

Surah ini bertemakan dengan suatu amalan yang cukup hebat dan luar biasa ganjarannya.

Kerana itu, syarat untuk merasai kehebatan itu adalah dengan keimanan; yakin dan percaya dengan janji-janji Allah.

إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.

Allah memuatkan banyak kelebihan berinfak. Bahkan mengatasi dari apa yang kita fikirkan. Maka berinfaklah, sama ada melalui harta, masa, tenaga dan idea.

Mengapa perlu berkira? Apa yang kita miliki tidak akan kekal selamanya. Yang kekal hanyalah amal kita, menjadi pembantu untuk menebus syurga di sana.

Oleh itu, jangan mudah rasa selesa dengan nikmat yang dikecapi. Kadang-kala ia hanya sekadar datang menguji. Untuk menilai siapa yang untung dan rugi. Sebelum kita kembali p**ang ke pangkuan ilahi. Penentu neraka atau syurga abadi.

Bila kali terakhir saya berinfak?

Bersambung…

Jiwa dekat dengan quranMadinah tersembunyi banyak kisah-kisah yang ajaib dan mengkagumkan. Lebih-lebih lagi kisah sahaba...
20/12/2020

Jiwa dekat dengan quran

Madinah tersembunyi banyak kisah-kisah yang ajaib dan mengkagumkan. Lebih-lebih lagi kisah sahabat-sahabat baginda Nabi s.a.w. Kisah ini adalah kisah yang jarang-jarang di ketahui umum.

Thabit bin Qais adalah seorang khatib atau jurucakap bg nabi Muhammad s.a.w.

Beliau ialah bani khazraj iaitu golongan ansar dr madinah. Telah memeluk Islam melalui tgn musab bin umair dan telah disaudarakan dgn ammar bin yasir. Beliau telah terlibat dengan aemua peperangan kecuali dlm perang badar.

Di zaman jahiliah dia adalah seorang penyair, pemidato, dan jurucakap kepada kaum khazraj.

Pernah menjadi jurucakap ketika kehadiran bani tamim di madinah. Dan ini adalah satu kebanggaan utk dirinya dan kaumnya. ...........

Pernah kemurungan ketika turun 2 ayat dari al quran iaitu :
1. Tinggikan suara

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Beliau risau ayat ini turun di sebabkan dirinya. Jadi dia risau hendak bertemu rasulullah kerana bimbang disebabkan suara dia yg terlalu kuat yang menjadi punca turunnya teguran tersebut.
Rasulullah perasan dan meminta saidina saad bertanyakan keadaan thabit. Setelah ditanya maka saad mengkhabarkan kepada Rasullullah akan kerisauannya.
Lantas Rasullullah mengatakan bahawa ayat itu turun bukan kerana dia tetapi kamu adalah org yg terpuji dan kamu akan mati syahid dan akan masuk syurga.

2. Ayat seterusnya adalah melalui surah Luqman ayat 18. Di mana Allah menegur orang-orang yang sombong.

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak s**a kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Disebabkan dia ni adalah jurucakap maka dia selalu mempunyai penampilan yg cantik dan kemas. Jadi dia risau penampilan itu menjadi sebab kepada kebanggaan dan kesombongan.
Beliau bimbang seandainya ayat itu merujuk kepada dirinya. Bagi mententeramkan hatinya nabi mengatakan ayat itu adalah mengenai orang yg sombong dari menerima kebenaran...............

Beliau wafat dlm perang yamamah menentang musailamah al kazzab di zaman Khalifah Saiyidina Abu Bakr al siddiq.

Di dalam peperangan ini thabit dan sebilangan para sahabat yg lain menanam kaki mereka utk memastikan mereka terus tetap di medan perang. Akhirnya beliau syahid menegakkan nama Allah.............
Inilah antara kehebatan jiwa Thabit bin Qais.

Seorang insan yang menterjemahkan al quran di dalam dirinya. Setiap ayat yang diwahyukan benar-benar diamati agar menjadi panduan pada diri. Inilah sebuah harga untuk mencapai redha ilahi.

Apabila iman telah bertapak di dalam hati. Di waktu ini, tiada alasan untuk menidakkan setiap perintah yang diberi.

Namun, apabila menolak kebenaran wahyu dengan alasan atau pendustaan. Ini adalah tanda-tanda iman masih lagi lesu kerana ragu-ragu dan lalai dengan janji tuhan pencipta.

Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat kita.

Address

Kampong Gajah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when InMind ll Ust Leh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category