Tahfiz Ahmadiah Chikus Perak

Tahfiz Ahmadiah Chikus Perak Tahfiz Ahmadiah Chikus (TAC) menawarkan Sijil Syahadah Al-Quran, SPM & STAM .

Pondok Ahmadiah Chikus (PAC) menawarkan kelas tafaqquh fiddin orang awam dan warga emas

📣 JEMPUTAN KE: *KULIAH DHUHA MINGGUAN*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌸Tahfiz Ahmadiah Chikus menjemput selur...
04/04/2026

📣 JEMPUTAN KE: *KULIAH DHUHA MINGGUAN*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🌸

Tahfiz Ahmadiah Chikus menjemput seluruh *Muslimin & Muslimat* untuk hadir meneruskan:

🕌 KULIAH DHUHA MINGGUAN

🎙️ Penceramah: *Ustaz Zikry*
📚 Kitab: *40 Hadis Jalan Ke Syurga*
📅 Tarikh: *Ahad, 1 April 2026*
🕘 Masa: *9.30 pagi – 10.30 pagi*

📍 Lokasi: Tahfiz Ahmadiah Chikus
( https://maps.app.goo.gl/5mxnx5PpvX6hdgn46 )

📌 Satu kuliah ilmu yang penuh manfaat dan barakah, jangan lepaskan peluang ini!

🔵 FB :
Tahfiz Ahmadiah Chikus Perak
( https://www.facebook.com/share/p/19kqW5tReQ/ )

🟡 Sumbangan & Infaq boleh disalurkan ke:
*Maybank*
5627 6843 0952
(Tahfiz Ahmadiah Chikus)

📲 Sebarkan kepada ahli keluarga dan sahabat.
🎁 Semoga menjadi saham akhirat buat kita semua.

Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَ...
02/04/2026

Daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا

Maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca/penghafaz al-Quran nanti: ‘Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. Kerana kedudukan kamu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal).”

Riwayat al-Tirmizi (2914) dan Abu Daud (1464)

LAWATAN PEMANTAUAN OPERASI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)​Pihak pengurusan Tahfiz...
17/03/2026

LAWATAN PEMANTAUAN OPERASI OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)

​Pihak pengurusan Tahfiz Ahmadiah Chikus telah menerima lawatan rasmi daripada pihak KKM hari ini untuk sesi ulasan dan pemantauan premis. Fokus utama lawatan adalah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek kesihatan persekitaran dipatuhi sepenuhnya.

​Pihak Maahad amat menghargai segala input dan saranan yang diberikan bagi menambah baik kualiti pengurusan premis kami. Jazakumullahu Khairan Kathira buat pasukan KKM yang bertugas.

ADMIN

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARIPADA PENJARA TAPAHTarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)​Pihak pengurusan Tahfiz Ahmadiah Chikus ingin ...
17/03/2026

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT DARIPADA PENJARA TAPAH

Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)

​Pihak pengurusan Tahfiz Ahmadiah Chikus ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia (Penjara Tapah) atas penyerahan sumbangan zakat yang dilaksanakan semalam.

​Sumbangan ini amat bermakna dalam membantu kebajikan para pelajar dan kelancaran operasi harian maahad.

Kami mendoakan agar seluruh warga kerja Penjara Tapah sentiasa di bawah lindungan Allah dan dimurahkan rezeki sentiasa.

​"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."

ADMIN

MOMEN SUASANA FORUM NUZUL AL-QURANTarikh: 8 Mac 2026 (Ahad) Bukan sekadar memperingati peristiwa turunnya wahyu, tapi me...
11/03/2026

MOMEN SUASANA FORUM NUZUL AL-QURAN

Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)

Bukan sekadar memperingati peristiwa turunnya wahyu, tapi membina azam untuk menjadikan Al-Quran sebagai kompas dan penawar dalam setiap langkah kehidupan. Moga kalam Allah terus basah di bibir dan tersemat di hati. ✨📖

"

Assalamualaikum.Insha Allah program Forum Nuzul Quran hari ini.Dijemput semua untuk hadir!
08/03/2026

Assalamualaikum.

Insha Allah program Forum Nuzul Quran hari ini.

Dijemput semua untuk hadir!

Meniti Jambatan Mahabbah di Bulan Mulia​"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang dan merahmati adalah ibar...
06/03/2026

Meniti Jambatan Mahabbah di Bulan Mulia

​"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih sayang dan merahmati adalah ibarat satu tubuh."

​Syukur ke hadrat Ilahi, Majlis Iftar Jamaie antara Tahfiz Ahmadiah Chikus dan Sekolah Kebangsaan Chikus telah berlangsung dengan penuh mahabbah.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi ilmu dan sahsiah di masa hadapan.

​Terima kasih kepada barisan jawatankuasa dan para penyumbang yang memeriahkan majlis.

PROGRAM IFTAR JAMAIE Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)Insha Allah, hari ini akan diadakan Majlis Iftar Jamaie dengan kerj...
05/03/2026

PROGRAM IFTAR JAMAIE

Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)

Insha Allah, hari ini akan diadakan Majlis Iftar Jamaie dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Chikus.

Dijemput semua yang berkelapangan untuk turut hadir bersama.

DAURAH KITAB HARIAN (BAB PUASA)Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah a...
04/03/2026

DAURAH KITAB HARIAN (BAB PUASA)

Tarikh: 4 Mac 2026 (Rabu)

Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR. Muslim)

Alhamdulillah, selesai sudah Program Daurah Kitab '200 Permasalahan Tentang Puasa'. Banyak kemusykilan yang selama ini terpendam akhirnya terjawab. Puasa bukan sekadar menahan lapar, tapi tentang kualiti ibadah yang berlandaskan ilmu.

Semoga perkongsian hari ini menjadi benteng buat kita agar Ramadan kali ini lebih bermakna dan sempurna. Terima kasih kepada Mudir TAC (Ustaz Ramadhan) atas bimbingan yang sangat jelas! 📖✨

TADARUS AL-QURAN HARIAN DI TACTarikh: 2 Mac 2026 (Isnin)Alhamdulillah, hari ini pelajar² Tahfiz sedang membaca dan berta...
02/03/2026

TADARUS AL-QURAN HARIAN DI TAC

Tarikh: 2 Mac 2026 (Isnin)

Alhamdulillah, hari ini pelajar² Tahfiz sedang membaca dan bertadarus Juzul yang ke-13.

Bahagian akhir surah Yusuf (Dalam Juzuk 13 ini) mengajar kita tentang "Happy Ending" bagi mereka yang bersabar.

​Sifat Manusia: Ayat 53 mengingatkan kita bahawa nafsu itu cenderung kepada keburukan (Inna-nafsa la'ammaratum bis-su'), kecuali mereka yang dirahmati Allah. Ini mengajar kita untuk sentiasa rendah diri dan tidak sombong dengan kebaikan sendiri.

​Kemaafan Luar Biasa: Walaupun saudara-saudaranya pernah cuba membunuhnya, Nabi Yusuf memaafkan mereka tanpa dendam. Ini adalah tahap Ihsan yang tertinggi—membalas kejahatan dengan kemuliaan.

Address

Lot 609 Parit 9 Chikus
Kampar
36750

Telephone

+601120936627

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tahfiz Ahmadiah Chikus Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tahfiz Ahmadiah Chikus Perak:

Shortcuts

Share

Category