Majlis Hukama Malaysia

Majlis Hukama Malaysia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Hukama Malaysia, Educational Research Center, .

Majlis Hukama Muslimin Malaysia merupakan badan bebas antarabangsa yang menekankan kepentingan perpaduan, menggalakkan dialog bagi menangani cabaran kepelbagaian dan menyelesaikan konflik menerusi jalur damai dengan berpaut teguh kepada prinsip keadilan.

Photos from Majlis Hukama Malaysia's post 24/02/2026

[LENSA MAJLIS HUKAMA MUSLIMIN MALAYSIA]

Alhamdulillah, pada 22 Februari 2026 yang lalu, Datuk Haji Mohd Nakhaie bin Haji Ahmad, Musyrif ‘Am Majlis Hukama Muslimin Malaysia telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid x Rakan Muda di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Majlis yang gilang gemilang ini turut dihadiri oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam ucapan beliau, YAB Perdana Menteri mengingatkan hadirin tentang pengajaran dari Surah ‘Abasa; terutamanya tentang akhlak sebagai seorang pemimpin untuk berbuat baik kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira pekerjaan, darjat dan status.

Datuk Nakhaie juga sempat beramah mesra bersama rakan-rakan lama beliau dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) seperti Dato’ Ahmad Azam Abd Rahman dan Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

19/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN KARIM ✨

Sesungguhnya kedatangan bulan Ramadan yang mulia sememangnya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia lantaran keberkatan dan keagungan bulan ini yang menjanjikan seribu satu rahmat dan kebaikan buat kita semua.

Kewajipan berpuasa yang diperintahkan kepada kita perlulah diisi dengan segala kebaikan agar kita berjaya dibentuk menjadi Muslim yang bertaqwa.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 183:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Ayuh, gandakan amalan, basahkan lisan dengan zikir dan Quran, pelihara diri dari perkara melalaikan, agar tercapai taqwa yang didambakan.

Ikhlas dari:
Datuk Haji Mohd Nakhaie Ahmad,
Musyrif ‘Am
Majlis Hukama Muslimin Malaysia.

Photos from YB Senator Dr. Zulkifli Hasan's post 17/02/2026

Alhamdulillah, Majlis Hukama Muslimin Malaysia menyambut baik inisiatif KBSMalaysia di bawah menterinya YB Dr. Taufiq Johari bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dalam usaha mendekatkan belia kepada masjid dan mendekatkan masjid kepada belia.

Semoga ia menjadi titik tolak kepada usaha islah kepada golongan belia hingga berjaya menghasilkan generasi belia terbaik sebagaimana halnya kisah Ashabul Kahfi, yang dirakamkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

(نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى ١٣ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَـٰهًۭا ۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًۭا شَطَطًا ١٤)

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk (13) Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran (14)”

Photos from Majlis Hukama Malaysia's post 13/02/2026

MUZAKARAH HUKAMA SIRI 1: PERANAN CENDEKIAWAN DAN PROFESIONAL MUSLIM DALAM MENCAPAI BUDAYA POLITIK HARMONI DI MALAYSIA

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung sebuah muzakarah yang amat bermakna bagi halatuju Majlis Hukama Muslimin Malaysia bagi tahun 2026.

Muzakarah ini telah dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nakhaie Ahmad, Musyrif ‘Am Majlis Hukama Muslimin Malaysia; dan dihadiri oleh Datuk Dr. Hasan Bahrom, Yang Dipertua YADIM, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden Abim Pusat, Tuan Haji Cikgu Amidi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM, Kapten Shamsuddin Moner Pengarah Kanan Sektor Pembangunan YADIM, Dr. Muhammad Nazir, Ketua Program Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam UKM dan Dr. Haeqal Ishak, Pensyarah AbdulHamid Abu Sulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Social Sciences dan ilmuan-ilmuan lain.

Beberapa isu utama dibincangkan berhubung keperluan untuk memperbaiki keadaan umat Islam melalui pemuliharaan budaya politik, pemberdayaan pengurusan masjid dan pemerkasaan belia dan mahasiswa.

Firman Allah SWT dalam Surah Hud:

(…إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ)

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”.

Photos from Majlis Hukama Malaysia's post 06/01/2026

Majlis Hukama’ Muslimin merupakan sebuah badan antarabangsa bebas yang ditubuhkan pada 21 Ramadan 1435H (18 Julai 2014) demi mempromosikan keamanan dalam kalangan umat Islam. Pertubuhan ini menyatukan barisan ulama, pakar, dan tokoh kepimpinan Islam yang tersohor dengan sifat bijaksana, adil, serta berpegang teguh kepada prinsip kesederhanaan (wasatiyyah). Melalui sinergi ini, mereka komited memupuk perdamaian di samping menolak sebarang bentuk ekstremisme dan perpecahan dalam komuniti Muslim.

​Berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, Majlis Hukama’ Muslimin merupakan organisasi Islam pertama yang berperanan menyatukan negara-negara Islam bagi menghapuskan segala rintangan terhadap usaha kemanusiaan. Selain itu, ia berfungsi sebagai platform untuk menyebarluaskan nilai toleransi Islam serta menamatkan konflik keganasan yang telah sekian lama membelenggu dunia Islam.

Want your school to be the top-listed School/college?

Website