Pejabat Timbalan Naib Canselor - Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi UKM
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia
07/03/2026
07/03/2026
Salam Nuzul al-Quran. Semoga peristiwa agung turunnya al-Quran menjadi peringatan kepada kita semua untuk terus menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, sumber kekuatan iman serta pedoman dalam setiap langkah kehidupan.
Ikhlas daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
18/02/2026
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM
Mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga UKM.
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H.
17/02/2026
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026
03/02/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN, PENYELIDIKAN & INOVASI (JPPI) Bil.1/2026 UKM,
• Selasa, 3 Feb 2025 • 9 AM – 12:30 PM •
01/02/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 2026
Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan khususnya kepada semua warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Kekalkan perpaduan dan permuafakatan yang menjadi kunci kepada kesejahteraan masyarakat agar Wilayah Persekutuan terus membangun memacu ekonomi negara demi kemakmuran bersama.
Tulus Ikhlas daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia
01/02/2026
Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut beragama Hindu yang meraikannya.
Semoga nilai kepelbagaian budaya, agama dan bangsa di Malaysia terus menjadi kekuatan perpaduan kita bersama 🇲🇾
Tulus Ikhlas daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia
23/01/2026
23 Januari 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Entiti Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) telah menganjurkan Program Jerayawara TNC HEPI ke Institut Inbiosis sebagai sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi di peringkat institut dan fakulti.
Program jerayawara ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) dan disertai oleh barisan pengurusan Entiti HEPI serta seluruh warga Institut Inbiosis.
Program ini berperanan sebagai platform libat urus strategik antara pengurusan tertinggi universiti dan entiti penyelidikan bagi membincangkan hala tuju, cabaran semasa serta peluang penambahbaikan dalam landskap penyelidikan dan inovasi UKM.
Tujuan Program Jerayawara
Antara tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk:
• Memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Entiti HEPI dan institut penyelidikan di UKM.
• Menyelaras hala tuju penyelidikan dan inovasi selaras dengan Pelan Strategik UKM serta agenda penyelidikan berimpak tinggi.
• Mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan semasa penyelidik di peringkat institut bagi penambahbaikan tadbir urus, sokongan dan fasilitasi penyelidikan.
• Meningkatkan kefahaman berkaitan dasar, inisiatif dan peluang baharu penyelidikan dan inovasi, termasuk pembiayaan, pengkomersialan, penerbitan serta pemindahan ilmu.
• Menyemai budaya penyelidikan berprestasi tinggi dan inovasi serta memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan warga akademik.
Dalam sesi perbincangan, pelbagai isu strategik telah diketengahkan, termasuk pengukuhan fokus penyelidikan teras Institut Inbiosis, potensi kolaborasi antara disiplin, serta peranan penyelidikan berasaskan sains biologi, biodiversiti dan kelestarian dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program jerayawara ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam memastikan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan bukan sahaja berkualiti tinggi, malah memberikan impak bermakna kepada universiti, masyarakat dan negara, selaras dengan aspirasi UKM sebagai universiti penyelidikan terkehadapan.
23/01/2026
21 Januari 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Entiti Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) telah menganjurkan Program Jerayawara TNC HEPI ke Institut Sel fuel sebagai sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi di peringkat institut dan fakulti.
Program jerayawara ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), dan disertai oleh barisan pengurusan Entiti HEPI serta seluruh warga Sel fuel.
Program ini berperanan sebagai platform libat urus strategik antara pengurusan tertinggi universiti dan entiti penyelidikan bagi membincangkan hala tuju, cabaran semasa serta peluang penambahbaikan dalam landskap penyelidikan dan inovasi UKM.
Tujuan Program Jerayawara
Antara tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk:
• Memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara Entiti HEPI dan institut penyelidikan di UKM.
• Menyelaras hala tuju penyelidikan dan inovasi selaras dengan Pelan Strategik UKM serta agenda penyelidikan berimpak tinggi.
• Mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan semasa penyelidik di peringkat institut bagi penambahbaikan tadbir urus, sokongan dan fasilitasi penyelidikan.
• Meningkatkan kefahaman berkaitan dasar, inisiatif dan peluang baharu penyelidikan dan inovasi, termasuk pembiayaan, pengkomersialan, penerbitan serta pemindahan ilmu.
• Menyemai budaya penyelidikan berprestasi tinggi dan inovasi serta memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan warga akademik.
Dalam sesi perbincangan, pelbagai isu strategik telah diketengahkan, termasuk pengukuhan fokus penyelidikan teras Institut, potensi kolaborasi antara disiplin, serta peranan penyelidikan berasaskan kepakaran dan teknologi dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Program jerayawara ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam memastikan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan bukan sahaja berkualiti tinggi, malah memberikan impak bermakna kepada universiti, masyarakat dan negara, selaras dengan aspirasi UKM sebagai universiti penyelidikan terkehadapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Kajang
43600
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |