Cinta Gaza Malaysia Official

Cinta Gaza Malaysia Official Halaman ini di bawah kelolaan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Merupakan halaman keempat setelah tiga kali halaman sebelumnya dipadam.

Jemput follow untuk kita terus bersuara mengenai Palestin!

19/08/2026

Di Gaza, khemah bukan tempat tinggal yang selesa. Tapi bagi ramai keluarga, itulah satu-satunya tempat yang mereka ada. Apabila musim panas tiba, bahang di dalam khemah boleh jadi sangat menyeksakan. Tiada penghawa dingin, tiada kipas, malah air bersih juga susah untuk diperoleh.

Hari demi hari, mereka makan, tidur dan menjalani kehidupan dalam ruang kecil yang sama. Kita mungkin melihatnya sebagai sebuah khemah. Tapi bagi mereka, di situlah seluruh kehidupan mereka sekarang.

Jom bantu mereka dengan memberi sedikit kelegaan melalui bantuan-bantuan yang disampaikan melalui CGM. Klik link di komen👇🏻 untuk menyumbang!


Ketua Majlis Desa Qusra, Abdul Azim Wadi berkata penderitaan keluarga yang dikepung di pekan Qusra, selatan Nablus selam...
19/08/2026

Ketua Majlis Desa Qusra, Abdul Azim Wadi berkata penderitaan keluarga yang dikepung di pekan Qusra, selatan Nablus selama 10 hari berturut-turut semakin memburuk susulan pengetatan pengepungan dan sekatan terhadap kemas**an bantuan tiga buah rumah yang dikepung.

Wadi berkata pendatang haram Israel masih berada di sekitar rumah-rumah mereka dan berterusan memberi tekanan kepada penduduk. Tentera rejim turut menyerbu sebuah kilang berhampiran rumah yang dikepung dan mengusir para pekerjanya dengan alasan kawasan itu telah diisytiharkan sebagai zon ketenteraan tertutup.

Beliau memberi amaran bahawa bekalan ubat-ubatan dan makanan yang berjaya dibawa masuk oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) semakin berkurangan, sementara tiada campur tangan kemanusiaan dan hak asasi yang mencukupi bagi memastikan bantuan terus disalurkan kepada keluarga yang dikepung.

Menurutnya, bekalan sedia ada tidak mencukupi dan dijangka habis dalam tempoh dua hari akan datang. Pada masa yang sama, beliau menggesa bantuan segera dihantar kepada keluarga berkenaan yang kini berdepan keadaan kemanusiaan yang amat buruk, khususnya wanita dan kanak-kanak.

Wadi turut mempersoalkan tujuan pengepungan yang berterusan selama 10 hari, sambil berkata tentera rejim Israel sepatutnya menangkap pendatang haram yang berada di kawasan tersebut dan mengusir mereka, bukannya mengepung keluarga Palestin.

Beliau berkata campur tangan daripada organisasi kemanusiaan dan hak asasi masih tidak mencukupi bagi menamatkan pengepungan atau memastikan bantuan dapat disalurkan kepada keluarga terbabit.

Mengenai bekalan air dan elektrik, Wadi berkata bekalan elektrik terputus selama tujuh hari berturut-turut sebelum penduduk berjaya memulihkannya. Bagaimanapun, tentera rejim Israel menghalang juruteknik daripada memasuki kawasan tersebut dan menyerang mereka.

Pada hari kelapan, sebuah pas**an teknikal cuba memasuki kawasan berkenaan bagi membaiki rangkaian bekalan air, namun mereka diserang oleh pendatang haram Israel. Wadi berkata tentera rejim Israel berada di lokasi kejadian tetapi tidak mengambil tindakan bagi menghalang serangan tersebut.

Sumber: PALM Strategic Initiatives Centre

19/08/2026

1000 daripada 2,000,000 je?

Hanya 0.05% daripada keseluruhan rakyat di Ga** yang dapat terima bantuan pek sayuran untuk kempen kami baru-baru ini.

Bukannya memilih, tapi realitinya jutaan wang yang disalurkan pun masih tidak mencukupi untuk kita salurkan bantuan sepenuhnya kepada seluruh Ga**. Kita terpaksa tapis bantuan kita kepada mereka yang betul-betul memerlukan walaupun hakikatnya mereka semua sangat memerlukan bantuan.

Kalau tambah walau seorang sahaja yang menyumbang hari ini, maka akan bertambah bantuan yang dapat kita salurkan.

Klik link di ruangan komen👇🏻 untuk menyumbang sekarang!





Pejabat Media Kerajaan Gaza melancarkan seruan segera bagi menyelamatkan lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat ...
18/08/2026

Pejabat Media Kerajaan Gaza melancarkan seruan segera bagi menyelamatkan lebih dua juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan kini berdepan

Berita penuh di ruangan komen!

🌐 Follow, Like & Share
• Dapatkan analisis mendalam, perspektif lapangan dan kupasan isu semasa berkaitan Palestin.
• Sokongan anda membantu menyebarkan kesedaran dan suara kemanusiaan kepada dunia.


18/08/2026

Rumah bukan sekadar sebuah binaan daripada batu dan simen,
tetapi ianya tempat yang menyimpan seribu kenangan. Di situlah tempat nyaman sesebuah keluarga berteduh, membesar, makan, serta berkongsi cerita s**a dan duka.

Namun, keluarga al-Adhra terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua itu apabila rumah yang dibina dengan titik peluh bapanya sendiri terpaksa dirobohkan.

Lokasi: al-Khalil, Tebing Barat
Sumber video: Sohai Bewiwe


STATISTIK TERKINI | GAZASejak gencatan senjata, serangan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza terus meragut nyawa dan m...
17/08/2026

STATISTIK TERKINI | GAZA

Sejak gencatan senjata, serangan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza terus meragut nyawa dan mencederakan rakyat Palestin.

Sehingga 15 Ogos 2026, seramai 1,262 syuhada telah direkodkan, manakala 4,168 orang cedera. Dalam tempoh yang sama, 808 jenazah turut berjaya ditemukan dan dikeluarkan.

Secara keseluruhan sejak 7 Oktober 2023, angka korban telah mencecah 73,391 syuhada dan 174,280 mangsa cedera.

Di sebalik setiap angka ini terdapat keluarga yang kehilangan insan tersayang, kehidupan yang musnah dan penderitaan yang masih berterusan. Gaza masih memerlukan perhatian, solidariti dan tindakan dunia.

Sumber: Kementerian Kesihatan Gaza

17/08/2026

Melemahkan semangat aktivis propaganda Zionis!

Kita perlu mempersiapkan diri dalam mematahkan propaganda Zionis, bukan membiarkan diri termakan dengan naratif mereka.

Tonton episod penuh SumudOnCamera di Youtube Laman Diskusi, Apple Podcast & Spotify Cinta Gaza Malaysia. Link di komen!

+


Pendatang haram Israel mendirikan khemah untuk mewujudkan sebuah pos penempatan haram baharu berhampiran Ramallah, Tebin...
17/08/2026

Pendatang haram Israel mendirikan khemah untuk mewujudkan sebuah pos penempatan haram baharu berhampiran Ramallah, Tebing Barat yang dijajah ketika kump**an pendatang haram lain terus mengepung perkampungan Qusra selama lebih seminggu.

Menurut wartawan Al Jazeera, pada Ahad lalu, pendatang haram mendirikan khemah di kawasan Wadi Zeytun berhampiran perkampungan Umm Safa dan Burqa, barat laut Ramallah dalam usaha membangunkan sebuah pos penempatan baharu.

Manakala menurut agensi berita Palestin, WAFA, sekiranya pos penempatan baharu itu berjaya diwujudkan, jumlah pos penempatan yang mengelilingi kedua-dua perkampungan berkenaan akan meningkat kepada enam buah.

Dalam masa yang sama, WAFA turut melaporkan pencerobohan pendatang haram Israel di Wadi Zeytun. Menurut laporan, pendatang haram telah merampas kira-kira 470 daripada 480 hektar tanah di Umm Safa. Sementara itu di Burqa p**a, kira-kira 1,000 daripada 1,200 hektar telah dirampas.

Kawasan Ras al-Ain di perkampungan Qusra, selatan Nablus tidak terkecuali. Pengepungan oleh pendatang haram Israel terhadap tiga keluarga Palestin kini memasuki minggu kedua. Seramai 15 rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak, masih terkepung di kediaman masing-masing.

Sumber: Al-Jazeera

17/08/2026

Dah sampai RM1 Juta pun tak cukup?

Ingat tak sebelum ni bila ada sekatan di Selat Hormuz, harga minyak terus melonjak naik? Kecoh satu Malaysia waktu tu. Sekarang di G, sekatan tu bukan hanya dekat minyak, tapi merangkumi semua aspek.

Sebab tu, untuk kita sampaikan bantuan kepada lebih 2 juta penduduk di G kita memerlukan dana yang jauh lebih banyak. Tapi kalau kita nak tunggu hingga dah boleh bantu seluruh penduduk di G, maka sampai kiamat pun bantuan takkan sampai.

Kalau tambah walau seorang sahaja yang menyumbang hari ni, maka akan bertambah bantuan yang dapat kita salurkan.

Klik link di ruangan komen untuk menyumbang sekarang!





Address

D-08-03, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9
Kajang
43650BANDARBARUBANGI,SELANGOR

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cinta Gaza Malaysia Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share