18/11/2025
“𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫…
𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐡𝐥𝐚𝐤, 𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚?”
Di HARI TERBUKA SRII MAGHFIRAH Bangi, anda bukan sekadar melihat bilik darjah dan kemudahan…
Anda akan melihat bagaimana suasana, budaya dan pendekatan pembelajaran di sini mampu membentuk masa depan anak anda.
Datang, dengar dan alami sendiri bagaimana SRII Maghfirah merangka pembelajaran yang: ✨ Menghidupkan rasa ingin tahu
✨ Membina keyakinan
✨ Menyeronokkan dan relevan untuk anak zaman kini
✨ Berteraskan nilai Islam & adab
📌 Pendaftaran 2026 kini dibuka:
sriimaghfirah.my
📞 Pertanyaan & daftar kehadiran:
http://www.wasap.my/60192822494//hariterbuka2026
Jumpa anda di Hari Terbuka.
Kadang-kadang, masa depan anak bermula dengan satu langkah kecil
langkah masuk ke sekolah yang tepat.
30/09/2025
📸✨ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SRII MAGHFIRAH 2025 ✨📸
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Kejohanan Sukan Tahunan SRII Maghfirah Kali Kedua telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah pada hari Sabtu, 27 September 2025 bertempat di Stadium INSPEN, Kajang.
🌟 Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru, staf, dan murid-murid yang telah memberikan sokongan serta komitmen sepenuhnya dalam menjayakan acara pada kali ini. Kehadiran dan sorakan padu daripada para ibu bapa benar-benar menyemarakkan semangat anak-anak kita di arena sukan.
💪 Semoga kejohanan ini menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan, ukhuwah, disiplin, dan keyakinan diri dalam kalangan murid, seiring dengan moto:
✨ "Anak Penyejuk Mata, Harapan Masa Depan" ✨
Jutaan terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah menjadikan hari bersejarah ini begitu bermakna. 🌹
📷 Berikut kami kongsikan beberapa momen indah sepanjang kejohanan berlangsung.
11/09/2025
𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
بسم الله الرحمن الرحيم.
Allah SWT berfirman;
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
[Surah Al-Ahzab: ayat 21]
Di kala umat terkapai-kapai mencari pedoman dalam pelbagai cabaran dunia, mari kita kembali menelusuri sirah nubuwwah. Di dalamnya tersimpan kunci pembinaan peradaban — akidah yang mantap, akhlak yang luhur, dan amal perjuangan kebenaran yang berterusan.
Maulidur Rasul bukan sekadar hanya peringatan, tetapi satu ajakan untuk kita meneladani Rasulullah SAW sebagai murabbi agung dan model terbaik membina generasi beriman, berilmu, dan berakhlak.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H
11/09/2025
📍 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐒𝐑𝐈𝐈 𝐌𝐀𝐆𝐇𝐅𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆!
Alhamdulillah, dengan izin Allah, bermula awal tahun 2025 ini SRII Maghfirah telah dibuka di 𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang mendambakan pendidikan Islam yang berkualiti di kawasan ini.
Dengan 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐈𝐥𝐦𝐮 (Aqli & Naqli), SRII Maghfirah terus komited melahirkan generasi berilmu, berakhlak, dan berdaya saing – cemerlang di dunia, sejahtera di akhirat.
🌟 Kini dibuka untuk:
📌 𝐒𝐞𝐬𝐢: 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
📘 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝟏 & 𝟐
📍 Lokasi: 1-10 & 1-11, Jalan Kajang Perdana 3, Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
SRII Maghfirah menawarkan:
✅ 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔, 𝐚𝐪𝐥𝐢 & 𝐧𝐚𝐪𝐥𝐢
✅ 𝐊𝐮𝐫𝐢𝐤𝐮𝐥𝐮𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐝𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 (𝐊𝐏𝐌) & 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 (𝐉𝐀𝐈𝐒)
✅ 𝐌𝐨𝐝𝐮𝐥 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐄𝐍𝐌: 𝐄𝐥𝐞𝐦𝐞𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐌𝐚𝐠𝐡𝐟𝐢𝐫𝐚𝐡
✅ 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐧𝐝𝐮𝐬𝐢𝐟
✅ 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 & 𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐬𝐮𝐧
✅ 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐫𝐚𝐤𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢
Hubungi kami untuk mendaftar:
📲 wasap.my/60192822494/SRIIM.2026