PIBG Sri Al-Amin Bangi

PIBG Sri Al-Amin Bangi

Share

Laman rasmi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sri Al-Amin Bangi.

Dimohon kerjasama para ibu bapa dan guru untuk menghebahkan kewujudan Laman facebook PIBG ini dikalangan warga Al-Amin. Perkongsian gambar-gambar penglibatan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti di sekolah melalui laman facebook ini adalah amat dialu-alukan.

16/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jazakallahu khairan buat para muallim dan muallimah Sekolah SRI Al-Amin Bangi serta seluruh murabbi atas segala ilmu, didikan dan pengorbanan dalam melahirkan insan Rabbani yang berilmu dan berakhlak.

Selamat Hari Guru
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Photos from PIBG Sri Al-Amin Bangi's post 12/05/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—œ๐—•๐—š ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ-๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต

๐Ÿ—“๏ธ 9 April 2026 (Khamis)
โฐ 2.00 pm - 4.00 pm
๐Ÿ“Bilik Mesyuarat Abassiyah, Al-Amin Bangi

Alhamdulillah pertemua pertama antara AJK PIBG Sesi Baharu 2026-2028 dengan Pengurusan Sekolah telah berlangsung dengan lancar. Pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk pengenalan barisan AJK PIBG baharu, inisiatif Rakan PIBG, Kempen keselamatan lalu lintas. Mesyuarat turut menyentuh isu kantin, pemakanan tidak sihat melibatkan โ€œjunk foodโ€ dan โ€œvending machineโ€.

Marilah kita terus memberikan sokongan padu kepada PIBG dan pihak sekolah agar segala cadangan, pandangan dan perancangan yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik melalui kerjasama erat kedua-dua pihak.

Semoga ukhuwah dan kebersamaan terus diperkukuhkan agar mampu menjelmakan kepimpinan yang adil demi kebaikan anak-anak Al-Amin Bangi.

Nabila,
Setiausaha
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
โ€œAspirasi Membina, Kejayaan Bersamaโ€

10/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ฏ๐˜‚
buat semua insan yang bergelar ibu ๐ŸŒท

Setiap hari merupakan hari ibu.

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nisaโ€™, ayat 36 yang bermaksud:

โ€œDan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.โ€

Terima kasih atas segala kasih sayang, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai sepanjang membesarkan dan mendidik anak-anak. Semoga setiap jasa dan penat lelah para ibu dikurniakan ganjaran terbaik oleh Allah SWT.

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu โค๏ธ

09/05/2026

๐—ง๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ธ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ถ๐—ด๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—น๐—น๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—น-๐—”๐—บ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ถ

11 April 2026 โ€“ Alhamdulillah, Musolla Sekolah Al-Amin Bangi kini selangkah ke hadapan dalam memanfaatkan teknologi untuk ibadah! ๐Ÿ“ฒ

Sebuah peranti ๐˜š๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜›๐˜ telah siap dipasang dengan perisian paparan waktu solat untuk dimanfaatkan di Musolla sekolah bagi memudahkan para pelajar dan guru memantau waktu solat serta info terkini sekolah.

PIBG telah menaja dan menyumbang perisian tersebut yang bernilai RM1,997. Dimaklumkan juga, ๐˜š๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜›๐˜ ini merupakan sumbangan wakaf daripada bapa kepada seorang pelajar Sekolah Al-Amin Bangi untuk kegunaan Musolla sekolah.

PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
โ€œAspirasi Membina, Kejayaan Bersamaโ€

Photos from PIBG Sri Al-Amin Bangi's post 09/05/2026

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—น: ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป

2 Mei 2026 - Alhamdulillah, PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah selesai menyempurnakan ziarah kasih serta penyerahan sumbangan khairat kepada Pn. Mel Adlah Azmi Murad dan keluarga. Kehadiran kami adalah untuk menyampaikan amanah seluruh warga Al-Amin susulan pemergian Almarhum En. Zulkahedir ke Rahmatullah pada 7 Mac 2026.

Sumbangan telah diserahkan oleh YDP PIBG, Tuan Ir Ts Nur Islam bin Nur Iskandar, bersama barisan pimpinan PIBG sebagai tanda sokongan moral bagi meringankan beban keluarga, terutama buat pendidikan adik Damia dan Danial.

Terima kasih kepada semua penyumbang atas infak yang diberikan. Semoga setiap sumbangan ini menjadi asbab keberkatan buat kita semua dan memberi kekuatan buat keluarga Almarhum dalam menempuh ujian ini.

Biro Usahawan & Kebajikan
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
โ€œAspirasi Membina, Kejayaan Bersamaโ€

Photos from PIBG Sri Al-Amin Bangi's post 09/05/2026

8 Mac 2026 โ€“ Alhamdulillah, Biro Usahawan dan Kebajikan telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Ustaz Mohd Army, suami kepada Allahyarhamah Dr. Nurin Nadia Binti Ngatiman. Allahyarhamah merupakan ibu kepada murid Sekolah Al-Amin Bangi dan telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2026 di Institut Kanser Negara (IKN).

Ziarah tersebut turut disertai oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PIBG dan Setiausaha (SU). Sumbangan telah disampaikan oleh En. Mawardi selaku wakil Biro Kebajikan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Biro Usahawan & Kebajikan
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
โ€œAspirasi Membina, Kejayaan Bersamaโ€

Photos from PIBG Sri Al-Amin Bangi's post 05/04/2026

โ€œ๐™Ž๐™–๐™ฎ๐™– ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™–-๐™จ๐™ž๐™–๐™ฅ๐™–, ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™– ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฎ๐™– ๐™จ๐™š๐™ค๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™™๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ ๐™š ๐™จ๐™š๐™ ๐™ค๐™ก๐™–๐™, ๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™˜๐™–, ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ก๐™ž๐™จ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™–๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™ โ€ - ๐™ˆ๐™ช๐™–๐™ก๐™ก๐™ž๐™ข๐™–๐™ ๐™๐™ค๐™ฏ๐™–๐™ž๐™ฃ๐™ž ๐™—๐™ž๐™ฃ๐™ฉ๐™ž ๐˜ผ. ๐™๐™–๐™จ๐™ž๐™ฅ

๐Ÿ—“๏ธ๐Ÿฑ ๐˜ผ๐™ฅ๐™ง๐™ž๐™ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐Ÿญ6 ๐“ˆ๐“Ž๐’ถ๐“Œ๐’ถ๐“ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐ŸณH) - Meraikan persaraan Muallimah Rozaini, seorang guru yang telah lama berkhidmat di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan juga sebagai wakil guru dalam PIBG bagi sesi 2025-2026. Penghargaan telah disampaikan oleh YDP PIBG sebagai tanda terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau.

Semoga Allah membalas segala kebaikan dan jasa dengan sebesar-besar ganjaran, dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Ikhlas daripada,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Sri Al-Amin Bangi,
Sesi 2026-2028

31/03/2026

Tahniah dan Syabas SMSAAB!

๐Ÿ“ˆ GPS SPM 2025 : 2.50 (Terbaik setakat ini)
๐Ÿ“Š Semua A: 15 orang

Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kepada semua calon SPM tahun 2025 โ€œBatch ZEALOUSโ€ di atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025. Pencapaian gred purata sekolah (GPS) merupakan yang terbaik dalam rekod sekolah โ€” 2021 (2.82), 2022 (3.22), 2023 (2.62) dan 2024 (3.25).

Kejayaan ini jelas menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan serta menjadi bukti usaha berterusan seluruh warga sekolah.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih barisan para guru, sokongan penuh ibu bapa khususnya Kelab Kelas Tingkatan 5 dan komitmen daripada para pelajar sendiri.

Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

YDP PIBG
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Aspirasi Membina, Kejayaan Bersama

Photos from PIBG Sri Al-Amin Bangi's post 25/03/2026

Daripada Allah kita datang kepadaNya kita akan dikembalikan.

Dukacita memaklumkan pemergian adik Muhammad Aqeel bin Ekmal Hakim ke negeri abadi.

Adik Aqeel yang menghidap kanser otak sejak 2023 merupakan pelajar di Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Dalam ucapan En Ekmal selepas solat jenazah tadi, almarhum Adik Muhammad Aqeel adalah anak yang soleh dan tidak pernah merungut atas ujian kesihatan yang sedang dilalui. Semoga Allah tempatkan almarhum bersama para solihin.

Sebelum pemergian arwah, pihak PIBG telah menziarahi arwah dan keluarga pada tahun 2024 serta menghulurkan sumbangan ibu bapa sebagai tanda sokongan dan doa.

PIBG dan seluruh warga Al-Amin berdukacita atas berita ini.

Semoga Tuan Ekmal Hakim sekeluarga diangkat darjat dan dikurniakan kesabaran atas kehilangan anakanda tercinta.

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆ ุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† ุงู„ุจู‚ุงุก ู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡

Biro Usahawan & Kebajikan
PIBG Sekolah Sri Al-Amin Bangi

21/03/2026
07/03/2026

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa agung detik turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat bagi seluruh umat manusia. Melalui kalam Allah SWT inilah kita dibimbing ke arah kehidupan yang penuh hikmah, keadilan dan kebaikan.

Sempena memperingati peristiwa ini, marilah kita memperbanyakkan membaca, memahami serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan yang mulia ini mendekatkan lagi hati kita kepada Al-Quran.

Salam Nuzul Al-Quran
17 Ramadan 1447H

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Sg Tangkas
Kajang
43000