BAYAR ZAKAT Selangor

BAYAR ZAKAT Selangor

Share

Penolong Amil Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) - (KOD PENOLONG AMIL: 8193) bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Setiap bayaran zakat layak mendapat rebat cukai LHDN.

27/12/2024
23/12/2024

๐™ƒ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ข ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™ฅ ๐™•๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™๐™–๐™ช๐™ก๐™ž๐™–๐™

Ini jawapannya:

1. Tidak boleh, kerana perbuatan itu bercanggah dengan fatwa dan juga melanggar perintah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor. Larangan ini ada disebutkan di dalam Fatwa Zakat Tahun 2007 (diwartakan).

2. Pihak yang tidak mendapat tauliah dari MAIS dan menjalankan kutipan di Negeri Selangor, hakikatnya adalah bercanggah dengan ketetapan undang-undang Syariah di Negeri Selangor.

3. Di dalam Seksyen 37, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 telah dinyatakan: โ€œMana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dilantik sebagai amil atau diberi kuasa oleh MAIS, adalah melakukan suatu kesalahan, dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.โ€

4. Oleh itu, umat Islam hendaklah mentaati fatwa dan perintah daripada DYMM Sultan Selangor serta mematuhi undang-undang Syariah yang ada di negeri ini dengan membayar zakat hanya kepada amil yang bertauliah, iaitu Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

5. Perbuatan berkenaan dapat menjamin keharmonian umat Islam dalam beramal, mengelakkan penyelewengan zakat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mendapat pahala kerana mematuhi sunnah Rasulullah SAW.

6. Mudah-mudahan Allah SWT mengganjari pahala di atas kesungguhan kita menjaga ibadah zakat, dan memberikan syurga di akhirat kelak bagi mereka yang memelihara ibadah zakatnya.

7. Untuk maklumat dan jawapan lanjut sila hubungi Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di talian 1-300-88-4343. Wallahuaโ€™lam.

Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi LZS;

FB & IG:
X:
Youtube: ZakatSelangor
Tiktok:

23/12/2024

๐™ƒ๐™ช๐™ ๐™ช๐™ข ๐˜ฝ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง ๐™•๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™Ž๐™š๐™˜๐™–๐™ง๐™– ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™ง๐™ž๐™–๐™ฃ

Ini jawapannya:

1. Hukum membayar zakat secara persendirian, iaitu tidak melalui amil yang dilantik oleh pemerintah, menurut Fatwa Negeri Selangor Tahun 2007 (diwartakan) adalah sah jika sampai kepada asnaf yang berhak; namun berdosa.

2. Maksud berdosa di sini ialah, perbuatan itu telah melanggar arahan daripada ulil amri iaitu DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor. Sedangkan, mentaati semua perintah yang baik daripada pemerintah itu adalah wajib, sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisaโ€™, ayat 59: โ€œWahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah rasul dan juga pemerintah dalam kalangan kamu.โ€

3. Biar pun ada pendapat fuqaha yang membenarkan pembayaran zakat secara persendirian, namun dengan adanya fatwa ini maka ia telah mengikat semua pandangan fuqaha berkenaan. Kaedah fiqh menyatakan: โ€˜Ketetapan daripada pemerintah, mengatasi khilafโ€™ (Rujuk Imam al-Qarafi, di dalam kitab al-Furuq di pautan https://www.alukah.net/).

4. Oleh itu, umat Islam hendaklah mentaati fatwa dan mentaati perintah daripada DYMM Sultan Selangor dengan membayar zakat hanya kepada amil yang bertauliah, iaitu Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

5. Perbuatan mentaati fatwa dan perintah berkenaan dapat menjamin keharmonian umat Islam dalam beramal, mengelakkan penyelewengan zakat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mendapat pahala kerana mematuhi sunnah Rasulullah SAW.

6. Mudah-mudahan Allah SWT mengganjari pahala di atas kesungguhan kita menjaga ibadah zakat, dan memberikan syurga di akhirat kelak bagi mereka yang memelihara ibadah zakatnya.

7. Untuk maklumat dan jawapan lanjut sila hubungi Divisyen Syariah dan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor di talian 1-300-88-4343. Wallahuaโ€™lam.

Terus ikuti kami di platform media sosial rasmi LZS;

FB & IG:
X:
Youtube: ZakatSelangor
Tiktok:

Photos from BAYAR ZAKAT Selangor's post 16/12/2024

Suami isteri bekerja, rezeki berganda.
Jangan lupa tunaikan zakat bersama.๐Ÿ˜Š
Gaji berkat, rumahtangga penuh rahmat..

Photos from BAYAR ZAKAT Selangor's post 16/12/2024

Sucikan harta dengan zakat.

Photos from BAYAR ZAKAT Selangor's post 16/12/2024

Sucikan harta dengan berzakat.

Photos from BAYAR ZAKAT Selangor's post 16/12/2024
14/11/2024

"Bright Futures Begin with Our Shared Responsibility to the Ummah"

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

MAAHAD TAHFIZ KEBAJIKAN AMAL UMMAH
Kajang
43000