Raya kan sebulan.
Restriction Notice
Kepakaran kami menyediakan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang sempurna,sihat dan selamat
TASKA SERI AN NAJAH ULUL ALBAB KIDS CENTRE MERUPAKAN TASKA YANG BERDAFTAR DARI AGENSI-AGENSI BERIKUT:
1. SSM: NS0110120-U
2.JKM : B/T1035/2014
3.MPKJ :CL/168/2015
4.Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan
Anak-anak disambut dengan alunan ayat al-Al-Quran dan senyuman tenaga asuh didik yang penyayang,
Mempunyai jadual taqwim , jadual pemakanan yang seimbang untuk kanak-kanak ulul albab. Bilangan kanak-kanak yang terhad mengikut rate yang dibenarkan iaitu 1:3 (baby) 1:5 (kanak-kanak).
28/02/2026
🌿
Di saat dunia melihat pendidikan sebagai industri,
kami memilih untuk melihatnya sebagai ibadah.
Mengasuh dan mendidik anak bukan sekadar tugas harian.
Ia adalah amanah.
Ia adalah ladang pahala.
Ia adalah tanggungjawab di hadapan Allah.
Muhammad tidak pernah melihat kanak-kanak sebagai beban.
Baginda melihat mereka sebagai generasi ummah.
Baginda mendidik dengan rahmah, bukan tekanan.
Dan itulah prinsip kami.
Jom site visit ke TSAN
Hubungi 0102679092
28/02/2026
Di mana2 sentiasa dikelilingi dengan kanak2. Alhamdulillah.
🌿 Anak Bukan Beban, Anak Adalah Amanah
Nabi Muhammad SAW mengajar kita satu perkara besar:
❤️ Kanak-kanak bukan gangguan.
❤️ Kanak-kanak bukan beban.
❤️ Kanak-kanak adalah amanah dan jalan ke syurga.
Baginda mencium cucu-cucunya.
Baginda memendekkan solat kerana tangisan bayi.
Baginda memberi salam kepada kanak-kanak.
Itulah model asuhan Rabbani — kasih sayang mendahului hukuman, tarbiyah mendahului tekanan.
🌸 Di Annajah, Kami Tidak Sekadar Menjaga…
Di Taska Seri Annajah & Tadika Annajah Bestari, kami percaya:
✨ Setiap anak dilahirkan atas fitrah.
✨ Setiap anak berhak dibesarkan dengan rahmah.
✨ Setiap anak adalah projek akhirat ibu bapa.
Dalam dunia yang semakin individualistik dan munculnya budaya childfree, kami berdiri dengan prinsip:
Membesarkan anak adalah ibadah.
Mendidik anak adalah dakwah.
Menyayangi anak adalah sunnah.
🌱 Asuhan Berasaskan Manhaj Rabbani
Kami membina:
✔️ Jiwa sebelum akademik
✔️ Adab sebelum ilmu
✔️ Tauhid sebelum dunia
Kerana kami yakin, apabila hati anak dipenuhi cinta kepada Allah sejak kecil, mereka membesar dengan identiti yang kukuh dan nilai yang jelas.
Bandar Seri Putra
🌼 Bangi Lama, Kajang
📞 019-241 0395/0102679092
🌙 Ramadan: Tarbiah Jiwa, Cinta Yang Disemai
Ramadan datang membawa cahaya,
Menyentuh hati yang lama terlena.
Ia bukan sekadar lapar dan dahaga,
Tetapi perjalanan jiwa kembali kepada-Nya.
Di meja sahur yang sederhana,
Tersimpan doa seorang ibu yang tidak pernah putus harapannya.
Di sejadah kecil seorang anak,
Tumbuh benih iman yang kelak menjadi teguh dan gagah.
Puasa mengajar sabar tanpa suara,
Solat mengajar tunduk tanpa dipaksa.
Sedekah mendidik tangan memberi,
Zikir memujuk hati agar sentiasa kembali.
Anak-anak tidak hanya melihat apa yang kita ucapkan,
Mereka menyerap apa yang kita amalkan.
Jika kita ingin mereka mengenal Tuhan,
Biarlah mereka melihat Tuhan hidup dalam perbuatan.
Ramadan bukan sekadar sebulan ibadah,
Ia madrasah membina jiwa yang tabah.
Didikan yang lahir dari kasih dan doa,
Akan tumbuh menjadi cahaya sepanjang usia.
Kerana hakikatnya mendidik anak bukan membentuk kejayaan dunia semata,
Tetapi menyiapkan mereka pulang kepada Yang Maha Esa.
Ramadan ini,
Kita bukan sekadar membesarkan anak-anak,
Kita sedang menanam syurga dalam hati mereka.
Selamat Menyambut Ramadan al.Mubarak
Daripada Warga Taska Tadika Annajah
13/02/2026
Sempena sambutan Chinese New Year, anak-anak di TSAN telah menjalankan aktiviti seni kreatif iaitu capan menggunakan span berbentuk buah limau.
Melalui aktiviti ini, kanak-kanak diperkenalkan dengan simbol buah limau yang melambangkan kegembiraan dan kesejahteraan dalam budaya masyarakat Cina.
Aktiviti ini bertujuan: ✨ Menerapkan nilai menghormati budaya berbilang kaum
✨ Memupuk semangat perpaduan sejak usia awal
✨ Menggalakkan perkembangan motor halus melalui aktiviti seni
✨ Merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak
Walaupun berbeza budaya, kita tetap hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati ❤️
Visit TikTok to discover videos! Watch, follow, and discover more trending content.
13/02/2026
Copyright
Ibu ayah bukan sekadar cari tempat “tinggalkan anak”.
Ibu ayah mahukan tempat yang:
🌿 Jaga hati anak
🌿 Bentuk adab anak
🌿 Didik dengan kasih sayang
🌿 Pantau perkembangan secara serius
Di Taska Seri Annajah,
kami mendidik dengan tanggungjawab sebagai satu amanah.
Jom booking slot site visit ke TSAN hari ini
Hubungi 0102679092
Hanya ada 3 sahaja kekosongan untuk asuhan bayi. Jom dapatkan Slot hari ni.
Hubungi 01026790
BERITA BAIK.
YURAN TAHUNAN Taska Seri Annajah DAN Tadika Annajah Bestari Ulul Albab Kids Centre 2026 DIKEKALKAN.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
No 46 Jalan Impian Putra 2/2, Taman Impian Putra, Bangi
Kajang
43000