07/02/2022
Indahnya Bersyariat
PENDIDIKAN I AGAMA DAN KEROHANIAN I KESIHATAN I SUKAN I EKONOMI I POLITIK I RUMAH TANGGA I BUDAYA I
07/02/2022
28/11/2020
MashaAllah..
Finally!
a 3D tour of the blessed Ka'ba from inside :)
ุงููุนุจุฉ ู
ู ุงูุฏุงุฎู.
Tarbiya Institute
Mohamed Abdul-Azeez
BENARKAH ORANG YANG MEMBACA SURAH AL-MULK TERPELIHARA DARI AZAB KUBUR?
SOALAN :
Selalu juga saya mendengar penceramah menyebut orang yang selalu membaca surah Al-Mulk akan terpelihara dari azab kubur.
Ingin tahu adakah ia hadith atau bukan?
JAWAPAN :
Memang benar dikatakan orang yang selalu membaca surah Al-Mulk akan terpelihara dari azab kubur kerana ia telah disebut di dalam hadith Nabi saw.
Pada zaman Nabi saw adalah para sahabat menamakan surah Al-Mulk ini dengan nama Al-Maniโah artinya yang menghalang dari azab kubur.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Masโud r.a. katanya :
ุนู ุนุจุฏู ุงูููู ุจูู ู
ุณุนูุฏู ูุงู : ู
ู ูุฑุฃ { ุชุจุงุฑูู ุงูุฐู ุจูุฏูู ุงูู
ููู } ูููู ูููุฉู ุ ู
ูุนู ุงูููู ุนุฒ ูุฌู ุจูุง ู
ู ุนุฐุงุจู ุงููุจุฑู
Artinya : โBarang siapa membaca akan surah Al-Mulk setiap malam nescaya Allah akan menghalangnya dengan sebab surah ini dari azab kubur.โ
Kemudian berkata Ibnu Masโud r.a. lagi :
ูููุง ูู ุนูุฏ ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูุณู
ููุง ุงูู
ุงูุนุฉ
Artinya : โAdalah kami dahulu pada zaman Rasulullah saw menamakan surah Al-Mulk ini dengan Al-Maโniโah (yang menghalang).โ (Riwayat Imam An-Nasaaie)
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya :
ููุงู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
: ูู ุงูู
ุงูุนุฉุ ูู ุงูู
ูุฌูุฉ ุชูุฌูู ู
ู ุนุฐุงุจ ุงููุจุฑ.
Artinya : โMaka Rasulullah saw telah bersabda surah Al-Mulk ini ialah Al-Maniโah yaitu surah yang menyelamatkan dari azab kubur.โ (Riwayat Imam Tirmizi)
Berkata Imam Zarqani :
ููุฌูู ู
ู ุนุฐุงุจ ุงููู ูููุฌู ุจูุง ุตุงุญุจูุง ู
ู ุนุฐุงุจ ุงููุจุฑ
Artinya : โMenyelamatkannya dari azab Allah dan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur.โ (Syarah Muwatthaโ)
wallahuaโlam
ustaz azhar idrus
Manusia.
Ada yang kufur diwaktu pagi dan kembali beriman diwaktu petang. Ada yang beriman diwaktu pagi dan menjadi kufur diwaktu petang.
Hati manusia sentiasa berbolak balik. Perbanyakkan berdoa dan segerakan taubat. Moga Allah swt mngampuni dosa kita dan tidak "mematikan" hati kita dr mengingatiNya.
Bersabarlah..
Kadang-kadang apa yang cuba kita usahakan selama ini tidak langsung dipandang orang lain walaupun pernah menempa kejayaan..
Benar bila seketika menyepi akan lahir banyak tuduhan yg bakal kita hadapi..mereka mungkin tidak memahami bahawa diri bukan melarikan diri tapi memohon waktu rehat seketika sahaja untuk kurangkan bebanan masalah yang menimpa diri oleh tangan-tangan menzalimi..
Kini ku cuba bangkit kembali setelah beberapa ketika menyepi..namun cabaran, kritikan, perlian, umpatan, tidak pernah lekang bagi mereka yg tidak memahami..aku redha pada ilahi..ku panjatkan doa agar kekuatan terus diberi oleh-Nya dlm menghabisi sisa baki perjuangan ini...
"Seandainya lelah dengan dunia maka jatuhkan lututmu, letakkan dahimu tunduk bersujud mohon pertolongan daripada Yang Esa..Moga hati lebih tenang.."
23/04/2020
Selamat Menjalani Ibadah di bulan mulia Ramadhan..๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐?
Dr MAZA, kawan saya minta bertanya. Semasa dia merawat seorang bukan muslim, tiba-tiba bukan muslim itu minta dia baca doa dan baca Quran supaya penyakitnya sembuh. Mungkin bukan muslim itu nampak kawan saya tu macam orang kuat agama, maka dia pun minta macam tu. Kawan saya minta saya tanya M***i Dr MAZA, bolehkah kalau dia baca doa atau surah apa-apa dan hembus kepada orang itu supaya dia sembuh? Apakah itu salah?
Kawan Doktor
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฟ ๐ ๐๐ญ๐:
Saudara, saya pernah menjawab soalan yang hampir sama dengan ini. Ringkasnya, saya sebutkan seperti berikut;
1. Dalam hadis yang sahih riwayat Ahmad, al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi seorang yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w membenarkan perbuatan itu. Hadis tersebut daripada Kharijah bin al-Solt al-Tamimi ุฎุงุฑุฌุฉู ุจูู ุงูุตููููุชู ุงูุชู
ูู
ููู daripada bapa saudaranya (โIlaqah bin Sohar ุนูุงูุฉ ุจู ุตุญุงุฑ):
ุฃูู ุฃุชู ุงููุจููู - ุตูููู ุงููู ุนููู ูุณูู
- ูุฃุณูู
ุ ุซู
ุฃูุจูู ุฑุงุฌุนุงู ู
ููู ุนูุฏูุ ูู
ุฑูู ุนูู ููู
ู ุนูุฏููู
ุฑูุฌููู ู
ุฌูููู ู
ููุซููู ุจุงูุญุฏูุฏูุ ููุงู ุฃูููู: ุฅูููุง ุญูุฏููุซููุง ุฃู ุตุงุญุจููู
ูุฐุง ูุฏ ุฌุงุก ุจุฎูุฑูุ ูููู ุนูุฏูู
ุดูุกู ููุฏุงูููุ ูุฑูููุชูู ุจูุงุชุญุฉู ุงููุชุงุจูุ ูุจุฑุฃุ ูุฃุนุทูููู ู
ุฆุฉ ุดุงุฉูุ ูุฃุชูุชู ุฑุณููู ุงููู - ุตูููู ุงููู ุนููู ูุณูู
- ูุงุฎุจุฑุชููุ ููุงู: "ูู ููุช ุบูุฑ ูุฐุงุ " ููุช: ูุงุ ูุงู: "ุฎูุฐูุงุ ููููุนูู
ูุฑูู ููู
ูู ุฃููู ุจุฑูููุฉู ุจุงุทูู ููุฏ ุฃููุชู ุจุฑูููููุฉู ุญูููู"
โBahawa bapa saudaranya datang kepada Nabi s.a.w dan memeluk Islam. Kemudian, dia pulang ke tempatnya. (Ketika pulang) dia melintasi satu kaum yang terdapat bersama mereka seorang lelaki gila yang diikat dengan besi. Seorang kalangan mereka berkata: โKami diberitahu bahawa sahabat kamu tersebut (Nabi Muhammad s.a.w) membawa suatu kebaikan. Apakah kamu ada sesuatu yang boleh kami mengubatinya?โ. Maka aku (โIlaqah bin Sohar) menjampinya dengan Fatihah al-Kitab (Surah al-Fatihah), lalu dia sembuh. Mereka memberikan aku 100 ekor kambing biri-biri. Aku datang kepada Rasulullah s.a.w memberitahu baginda. Sabda Nabi: โApakah engkau membaca (jampi) selain dari itu (Surah al-Fatihah)โ. Aku berkata: โTidakโ. Sabda baginda: โAmbillah (100 ekor biri-biri tersebut). Selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenarโ.
Kita maklum, bahawa ruqyah atau jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada mereka yang bukan muslim.
2. Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim, -diringkaskan kisah- sekumpulan sahabat bermusafir. Mereka singgah di satu kawasan kabilah Arab. Mereka memohon untuk diterima sebagai tetamu. Malangnya, mereka ditolak. Tiba-tiba ketua kabilah tersebut disengat binatang bisa. Kabilah tersebut cuba mengubatinya, tetapi gagal. Lalu mereka pergi mendapatkan bantuan para sahabah yang mereka tolak sebagai tetapi tetapi tadi. Salah seorang dari kalangan sahabat Nabi s.a.w tersebut telah sudi menjampi dengan mensyaratkan upah. Mereka bersetuju. Beliau membaca Surah al-Fatihah. Lalu ketua kabilah itu sembuh. Para sahabat ragu-ragu dengan upah yang mereka dapat. Mereka menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya baginda. Rasulullah s.a.w menjawab:
"ููู
ูุง ููุฏูุฑูููู ุฃููููููุง ุฑูููููุฉู"ุ ุซูู
ูู ููุงูู: "ููุฏู ุฃูุตูุจูุชูู
ูุ ุงููุณูู
ููุงุ ููุงุถูุฑูุจููุง ููู ู
ูุนูููู
ู ุณูููู
ูุง" ููุถูุญููู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู
โTahukah kamu bahawa ia (Surah Fatihah) merupakan ruqyah (jampi)โ. Kemudian baginda bersabda lagi: โSesungguhnya (perbuatan jampi) kamu betul. Bahagikanlah (upah tersebut). Jadikan satu bahagian untukkuโ. Lalu, Rasulullah s.a.w ketawa.
Hadis juga menunjukkan boleh menjampi orang bukan muslim. Boleh juga meminta upah atas tugas tersebut. Rasulullah s.a.w meminta agar dimasukkan bahagian baginda sekadar untuk menunjukkan ia halal.
3. Dalam riwayat-riwayat yang ada, menunjukkan doa atau jampi dibuat kepada bukan muslim dengan pemintaan mereka. Maka, untuk mengelakkan salahfaham dalam masyarakat yang hidup berbilang agama seperti kita, adalah dicadangkan agar jika kita membaca al-Quran atau sebarang jampi yang syarโi ke pada non-muslim hendaklah atas pemintaan mereka. Ini bagi mengelakkan andaian dipaksa amalan agama ke atas pesakit yang berlainan agama.
4. Jampi dengan al-Quran atau selainnya boleh dilakukan dengan syarat-syaratnya. Namun, ia tidak boleh menafikan usaha perubatan biasa kerana Nabi s.a.w sendiri berubat dengan bahan-bahan ubatan dan dalam masa yang sama berdoa atau berjampi dengan bacaan-bacaan al-Quran dan al-Sunnah.
5. Berdoa untuk non-muslim dengan kebaikan yang tidak merugikan Islam adalah dibolehkan. Nabi s.a.w pernah mendoakan kepada mereka yang keras hati terhadap Islam agar Allah berikan hidayah. Antaranya, Nabi s.a.w pernah berdoa untuk โUmar bin al-Khattab dan Abu Jahal:
ุงููููููู
ูู ุฃูุนูุฒูู ุงููุฅูุณูููุงู
ู ุจูุฃูุญูุจูู ุงูุฑููุฌููููููู ุฅููููููู ุนูู
ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ุฃููู ุนูู
ูุฑูู ุจููู ููุดูุงู
ู
โYa Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; โUmar bin Al-Khattab ataupun Amr bin Hisham (Abu Jahal)โ. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
6. Kesimpulannya, seorang doctor atau perawat muslim boleh membaca al-Quran atau apa-apa jampi yang lain dari sunnah Nabi s.a.w kepada pesakit non-muslim. Boleh juga berdoa bagi kebaikan non-muslim yang masih hidup seperti hidayah dan kesihatan. Maka, boleh berdoa untuk kesembuhan, kebaikan, rezeki dan keselamatan non-muslim yang masih hidup. Syaratnya, semua itu tidak bertujuan atau menjadi kekuatan untuk menentang Islam.
Kredit: Page FB DrMAZA.com
14/04/2020
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan pemimpin kita dalam memartabatkan lagi agama Islam.. Amiiinn..
Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) sedang dalam rangka menerbitkan terjemahan lengkap Bahasa Melayu bagi Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasa'i, Sunan Abu Daud, Jami' al-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah).
Saya dengan rendah hati menjemput semua ilmuan dan tuan guru dalam bidang hadith samada dari latarbelakang pengajian secara tradisional mahupun moden untuk bersama-sama saya dalam usaha ini. Boleh hubungi pejabat saya dan kita akan terus bekerja bersama-sama dalam menjayakan projek yang hanya akan memakan masa lebih kurang 5-6 bulan ini.
Moga-moga ia menjadi sumbangan yang bermanfaat buat ummah.
_ _ _
The Minister of Prime Minister Department (Religious Affairs)'s office is planning to publish a full translation of Kutub al-Sittah (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Nasa'i, Sunan Abu Daud, Jami' al-Tirmizi, and Sunan Ibn Majah) in Malay language.
With a humble heart, I invite all scholars and Tuan Guru in Hadith either from traditional or modern study background to join me in this project. Feel free to contact my office and let us work together to succeed the project which will take time about 5-6 months.
Hopefully, it will become a beneficial contribution for the ummah.
Mulakan hidup yang positif dengan memperbanyakkan sedekah.. Insyaallah hatimu tenang setenang air dilautan..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Kajang
24434