Qurra Learning Center

Qurra Learning Center

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Qurra Learning Center, Tutor/Teacher, 113, Jalan Road 7, Taman Ramal Desa, Sg Ramal Dalam, Kajang.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Pusat mengaji al-Quran & Iqra’ cabang khas di bawah Quba Center, secara fizikal dan online, personal one-to-one, untuk dewasa dan kanak-kanak di Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

16/05/2026

SELAMAT HARI GURU πŸ’πŸ’–

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

β€œYa Allah, Ampunilah Guru-guru kami dan mereka yang telah mengajar kami, sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu. Tempatkanlah mereka di tempat yang disenangi di sisi-Mu. Wahai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”

Terima kasih Guru-guru kami. Moga Allah s.w.t. merahmati dan memberkati 🌹🌹🌹

πŸ’š Setulus Ikhlas daripada Seluruh Warga Khidmat Quba Center & Qurra Learning Center πŸ’œ

13/05/2026

Kuliah Dhuha D Qurra, pm for more infoπŸ™ŒπŸ»βœ¨ γ‚š

11/05/2026

πŸ“˜ KELAS BAHASA ARAB FIZIKAL
Pengambilan JUN 2026

✨ Belajar Bahasa Arab dari asas
✨ Asas perbualan harian
✨ Memahami asas bahasa Al-Quran
✨ Sesuai untuk peserta zero basic

πŸ‘¨β€πŸ« TENAGA PENGAJAR
Ustaz Luqman Soppy
Guru Bahasa Arab Berpengalaman
Lepasan Ijazah Pengajian Al-Quran & As-Sunnah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

πŸ“ LOKASI KELAS Klinik Ngaji Quba X Qurra

πŸ“… JADUAL KELAS
3 kali sebulan
⏳ Tempoh Masa: 1 jam 30 minit setiap sesi

*Pilihan Hari:
β˜€οΈ Khamis (Pagi)
β˜€οΈ Sabtu (Pagi)

πŸŒ™ Sesi Malam (dibuka sekiranya mendapat permintaan mencukupi)

(Masa tepat akan dimaklumkan selepas pendaftaran)

πŸ“š APA YANG AKAN DIPELAJARI?

βœ… Asas Bahasa Arab dari kosong
βœ… Asas perbualan mudah dalam Bahasa Arab
βœ… Membaca & memahami teks Arab asas
βœ… Memahami perkataan dan struktur asas dalam Al-Quran
βœ… Nota & latihan berkala
βœ… Bimbingan secara bersemuka

πŸ‘₯ TERBUKA UNTUK
Dewasa & Pelajar Sekolah
Tiada asas? Tidak mengapa πŸ‘

πŸ’° YURAN
RM50 / bulan

πŸ“² PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG

Ustazah Shata
πŸ“ž 011-5657 7494

πŸ“² http://www.wasap.my/601156577494/KELAS_ARAB

πŸ“Œ Tempat terhad
Terhad kepada 15 orang peserta sahaja per sesi

✨Qurra Learning Center✨

Photos from Qurra Learning Center's post 07/05/2026

🌸 Klinik Ngaji Qurra Learning Center 🌸

Di bawah Qurra Learning Center, kami menyediakan kelas pengajian untuk kanak-kanak, remaja & dewasa ✨

πŸ“– Ngaji / Talaqqi Al-Quran
βœ… Iqra’ & Asas Mengaji
βœ… Tajwid & Tahsin Bacaan Bagi yang Sudah Lancar
βœ… Talaqqi Al-Quran
βœ… Kelas One-to-One

πŸ“ž Wana: 011-56895400
πŸ‘‰ http://www.wasap.my/601156895400/NGAJI

πŸ•Œ Kelas Hafazan
🌿 Sesuai untuk yang baru ingin mula menghafaz
🌿 Bimbingan hafazan secara tersusun
🌿 Semakan hafalan bersama guru
🌿 Dewasa dan pelajar sekolah
🌿 Latihan Tahriri di rumah

πŸ“ž Ustazah Shata: 011-56577494
πŸ‘‰ http://www.wassap.my/601156577494/HAFAZAN

πŸ—£οΈ Kelas Bahasa Arab
✨ Asas perbualan Bahasa Arab
✨ Memahami perkataan & ayat mudah Al-Quran
✨ Belajar secara santai & praktikal
✨ Belajar Nahu & Sorof
✨ Dewasa dan pelajar sekolah

πŸ“ž Ustazah Shata: 011-56577494
πŸ‘‰ http://www.wasap.my/601156577494/KELAS_ARAB

πŸ‘¨β€πŸ« Dibimbing oleh guru berkelayakan, berpengalaman serta memiliki sanad bacaan Al-Quran

πŸ“ Klinik Ngaji Quba X Qurra
✨ Qurra Learning Center ✨

05/05/2026

πŸ“š *DAURAH MISYKAT AL-MASOBIH 1.0*
*Daurah Sama' Hadith beserta Syarahan Ringkas*

Kitab *Misykat al-Masobih*
Karya *Imam Al-Tibrizi* Ψ±Ψ­Ω…Ω‡ Ψ§Ω„Ω„Ω‡

πŸ‘³πŸ»β€β™€οΈ Disampaikan oleh:

Syeikhul Majlis
*Al-Fadhil Maulana Muaz Mohd Roslan*
_Tenaga Pengajar Miftahul Ulum Sri Petaling_
_Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor_

πŸ“Œ *Surau Al-Ikhwan*
Taman Ramal Suria, Sg Ramal Dalam, Kajang

Anjuran: *Quba Center* dengan kerjasama *Surau al-Ikhwan, Tmn Ramal Suria*

➑️ Majlis bacaan 6294 hadith dengan target pengkhataman dalam 6 siri.
➑️ 3 siri pertama Daurah 1.0 dalam bulan Jun & Julai mensasarkan separuh daripada kitab dapat diselesaikan.
➑️ Fokus kepada sama' dan bacaan matan hadith dalam bahasa Arab sahaja.
➑️ Sedikit syarahan dan fawaid hadith kalimah gharibah disampaikan dalam bahasa Melayu oleh Maulana.

πŸ—“οΈ Tarikh 3 siri pertama daurah

Siri 1: *6 & 7 JUN 2026*
Siri 2: *13 & 14 JUN 2026*
Siri 3: *4 & 5 JULAI 2026*

⏰ Waktu sesi daurah

*SABTU*
Sesi 1: *2.00 - 4.30 PTG*
Sesi 2: *5.00 - 7.00 PTG*

*AHAD*
Sesi 1: *8.30 - 10.30 PG*
Sesi 2: *10.45 PG - 12.45 TGH*
Sesi 3: *2.00 - 4.30 PTG*

βœ… Yuran penyertaan:
*RM 70 BAGI SETIAP SIRI* (2 HARI)
RM 200 bagi yg membayar penuh 3 siri (diskaun RM10)

βœ… Kehadiran *fizikal sahaja*. Tiada online atau live

βœ… Makan tengahari disediakan

πŸ“– Kitab tidak disediakan
(Pdf akan dikongsikan)

πŸ“ Bagi yg berminat untuk sertai, sila masuk dlm group wasap Pre-Registration seperti yg dikongsikan dalam link. Cara mendaftar akan diberikan kemudian.

https://chat.whatsapp.com/JO0nP63P1LhIbqnbGYTZYD

Atau hubungi:
*011-56895400*
(Admin - Pn Wana)

Terima kasih

28/04/2026

🌿 *JEMPUTAN MAJLIS ILMU* 🌿

Ada sahabat…
yang buat kita lupa Allah.
Dan ada sahabat…
yang setiap kali kita bersamanya,
hati jadi lebih dekat dengan Allah. 🀍
Persoalannya…
kita ini sahabat yang bagaimana?

πŸ“– Kupasan Kitab: Adab-Adab Bersahabat
πŸŽ™ Ustaz Muhammad Fahmi Al-Azhari
πŸ•° 10.30 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Klinik Ngaji Quba X Qurra
πŸ“± LIVE: FB Klinik Ngaji Quba Center

✨ Bina persahabatan yang membawa ke syurga, bukan sekadar dunia.

🀲 Moga setiap langkah ke majlis ilmu ini menjadi asbab hidayah.

πŸ’ *Sokong usaha dakwah:*
🏦 *Maybank*
*QURRA LEARNING CENTER*
*562263607616*

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah ta'ala.

Jumpa anda di sana, insya Allah 🌿

Photos from Qurra Learning Center's post 28/04/2026

🌿 Kuliah Dhuha – Kitab 40 Hadis Kelebihan Ilmu & Ulama
Bersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fahmi Al-Azhari
πŸ“… Rabu, 22 April 2026

Alhamdulillah, hari ini kita mengakhiri pengajian dengan hadith ke-38 hingga ke-40, yang menekankan:
✨ Keikhlasan dalam menuntut ilmu kerana Allah Taβ€˜ala
✨ Mengajar ilmu sebagai sedekah yang paling baik
✨ Ilmu sebagai sumber amalan yang menjana pahala berterusan

πŸ“– Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan yang bermanfaat dan terus mengalir pahalanya walaupun kita telah tiada.

✨ Alhamdulillah, hari ini kita telah khatam pengajian Kitab 40 Hadis Kelebihan Ilmu & Ulama.

InsyaAllah, pengajian akan diteruskan dengan kitab baharu: Adab-adab Bersahabat.

Semoga Allah ta'ala memberkati setiap langkah kita dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. 🀲

πŸ“ Jemput hadir ke Kuliah Dhuha di Klinik Ngaji Quba X Qurra
πŸ“Ί Atau tonton LIVE / rakaman di Facebook/Youtube: Klinik Ngaji Quba Center

Photos from Qurra Learning Center's post 28/04/2026

🌿 Kuliah Dhuha – Kitab Hidayatus Salikin
Bersama Al-Fadhil Ustaz Hazim Haznan
πŸ“… Isnin, 20 April 2026

Hari ini kita menyambung pengajian mukasurat 61 hingga 72, dalam bab β€œPada Menyatakan Berbuat Taat dan Ibadah yang Zahir.”

Antara nasihat Ustaz yang sangat menyentuh hati:
✨ Setiap doa mohonlah disertakan dengan β€˜afiyah
✨ Jangan berdoa meminta ujian, kerana ujian pasti akan datang walaupun tanpa dipinta
✨ Hiduplah secara bersederhana – kehidupan ini ibarat roda, sebaiknya kita berada di pertengahan, tidak melampau dalam kesenangan mahupun kesusahan

Semoga nasihat ini menjadi peringatan untuk kita sentiasa berpada-pada, menjaga doa, dan istiqamah dalam ketaatan kepada Allah ta'ala. 🀲

πŸ“ Jemput hadir ke Kuliah Dhuha di Klinik Ngaji Quba X Qurra
πŸ“Ί Atau request untuk join Group FB: Kuliah Dhuha Usrah Qurra - April 2025.




23/04/2026

πŸ’š *KEMPEN INFAQ JUMAAT - QUBA CENTER & QURRA LEARNING CENTER - APRIL 2026* πŸ’œ

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan segala kebaikan buat para hamba-Nya.

Terima kasih saya ucapkan atas setiap sumbangan dan kepercayaan yg diberikan yg menjadi asbab membolehkan operasi mengaji dan dakwah *Quba Center* dan *Qurra Learning Center* dapat terus dijalankan. Juga kepada Sahabat2 Ngaji yang masih terus setia mengaji bersama kami, ribuan terima kasih diucapkan buat Tuan/Puan semua.

Izinkan saya bentangkan kpd Tuan/Puan kos tajaan mengaji dan sewa yang diperlukan bagi bulan April 2026.

*Kos perbelanjaan*:
* Kos mengaji 19 orang peserta tajaan = RM 1,100
* Sewa bulanan = RM 1,200

*Jumlah perbelanjaan diperlukan = RM 2,300*

Jumlah pendapatan infaq Qurra dari 20 Mac 2026 hingga 23 April 2026:

Transfer ke Akaun Qurra = RM 117
Hasil kutipan Tabung cash = RM 258

*Jumlah Pendapatan = RM 375*

Perbelanjaan - Pendapatan
*Total jumlah yang kekurangan = RM 1,925*

Sumbangan boleh dimasukkan dalam akaun berikut:

Nama akaun: *QURRA LEARNING CENTER*
No akaun : *5622 6360 7616*
Nama bank : *Maybank*
Tuliskan ref rujukan : *infaqtajaan* atau *infaqoperasi*

Dengan ini saya membuka peluang berkongsi kebaikan dan pelaburan di dalam saham akhirat ini dengan Tuan/Puan, untuk sama-sama mengambil kesempatan pada *malam Jumaat* yg mulia ini, untuk menyumbang seikhlas hati menampung dana yg diperlukan bagi tajaan mengaji dan kos operasi bulan ini.

Peluang infaq ini dibuka *sepanjang malam ini sehingga jam 12 malam esok 24 April 2026* atau sehingga jumlah yang kekurangan mencukupi (yg mana datang dahulu). Apabila cukup jumlahnya saya akan maklumkan.

Diharap Tuan/Puan dapat bantu share kepada group sahabat2 yang lain untuk memaksimakan sumbangan yg dapat kita sampaikan.

Terima kasih pada semua. Semoga setiap yang bersama mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Baik para guru, para pelajar, para penyumbang, para pembantu, para ahli khidmat, para penyokong, para pencinta, yang bantu share, juga yang sentiasa mendoakan kebaikan buat kami, diberi kerahmatan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Amin..

Jazakumullahu khayral jaza'..

*Ustazah Nur Atikah Abdullah*
_Pengurus Qurra Learning Center_
Jumaah Mubarakah
23 April 2026

23/04/2026

πŸ“š *MAKLUMAN KULIAH DHUHA BAHARU* πŸ“š

*Qurra Learning Center* akan membuka siri kuliah DHUHA baru dengan *KEHADIRAN FIZIKAL & SESI LIVE DI FB KLINIK NGAJI QUBA CENTER*.

Jom sertai talaqqi kitab bersama-sama, butiran seperti berikut:

πŸ•Œ Lokasi *Klinik Ngaji QUBA x QURRA*, 111 Jln RD 7, Tmn Ramal Desa, Sg Ramal Dalam, Kajang

πŸ“† Setiap *Rabu Minggu 1,3 & 4* (minggu 2 cuti)
- *kelas pertama pengenalan mukaddimah kitab pada Rabu 29/4/2026*
- kelas berikutnya mengikut minggu seperti yg dimaklumkan, tertakluk pada perubahan

⏰ Bermula jam *10.30 - 11.30 pagi*

πŸ“– Kitab *Adab-adab Bersahabat (petikan juzuk Sairus Salikin Syeikh Abdul Samad al-Falimbani) terjemahan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Ψ±Ψ­Ω…Ω‡ Ψ§Ω„Ω„Ω‡*
- kitab boleh didapatkan di shopee melalui link berikut
https://my.shp.ee/FqRkQm9Y

πŸ‘³β€β™‚οΈ Dibimbing oleh al-Fadhil *Ustaz Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari* (Pengurus QUBA / Penasihat QURRA)

πŸ’°Yuran : tidak ditetapkan. Sumbangan ikhlas dialu2kan

Sila hubungi admin di link berikut bg tujuan pendaftaran dan penyediaan tempat

www.wasap.my/601156895400/adabbersahabat

Boleh bantu share dan sampai2kan pada kawan2 yang mungkin berminat untuk hadir/join ngaji kitab. Terima kasih 😊

Photos from Qurra Learning Center's post 07/04/2026

🌿 Kuliah Dhuha – Kitab Hidayatus Salikin
Bersama Al-Fadhil Ustaz Hazim Haznan
πŸ“… Isnin, 6 April 2026

Hari ini kita menyambung pengajian mukasurat 54 hingga 60, dalam bab β€œAdab Keluar Masjid dan Adab Masuk Masjid.”

Antara inti pati syarahan Ustaz:
✨ Fadhilat solat Isyak dan Subuh berjemaah seolah-olah berbuat ibadah semalaman
✨ Solat sunat Tahiyatul Masjid
✨ Keutamaan beriktikaf di masjid serta adab-adabnya

Semoga ilmu ini membantu kita memuliakan rumah Allah dengan adab yang betul serta meningkatkan kualiti ibadah harian kita. 🀲

πŸ“ Ingin sertai?
Jemaah dialu-alukan untuk hadir secara fizikal di Klinik Ngaji Quba X Qurra,
atau boleh juga request untuk join Group FB: Kuliah Dhuha Usrah Qurra – April 2025.





Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

113, Jalan Road 7, Taman Ramal Desa, Sg Ramal Dalam
Kajang
43000