Kaizen Caliph

Kaizen Caliph

Share

Daie Allah | Usahawan

01/01/2026
05/12/2025

Romansiah terkenal di kalangan jemaah yang datang ke Madinah untuk merasai pengalaman makan Nasi Unta yang sedap. Siapa pernah makan di sini ?

05/12/2025

Majlis Bacaan Tahlil & Tazkirah bertajuk Bara'ah Si Anak Penyabar di perkarangan Masjid Nabi. Sebuah cerita yang pernah viral di Saudi dan Mesir suatu ketika dahulu. Cerita yang sedih dan memberi bekas yang mendalam pada para jemaah.

05/12/2025

PERKUBURAN SYUHADA'

Lazimnya di mata para syuhada meninggal dunia, di situ jasadnya akan ditanam. Namun kenapa si Perkuburan Syuhada ini dikumpulkan jenazah para syuhada pada satu tempat ?

Pernah berlaku suatu ketika dahulu kawasan Jabal Uhud berlaku banjir besar sehingga mayat2 para syuhada terkeluar dari maqamnya. Maka ditanam semula jenazah tersebut pada satu tempat dan hanya 2 jasad yang diletakkan tanda pada maqamnya. Siapakah 2 sahabat nabi itu ? Cer komen

05/12/2025

BUKIT RUMAT

Menjadi detik sejarah yang pahit sehingga Rasulullah dan para sahabat cedera parah sehingga ada yang syahid dalam peperangan Uhud.

Namun kenapa darah Nabi Muhammad tidak menitis di tanah Uhud ? sekadar bertakungan darah di dalam baju besi perang Baginda 🤔

Melalui peristiwa dakwah Nabi Muhammad berdakwah di Taif, Baginda cedera teruk sehingga luka berdarah menitis di bumi Taif mengakibatkan datang Malaikat menawarkan diri supaya diterbalikkan penduduk Taif atau kelakuan buruk mereka terhadap Rasulullah.

Bayangkan kalau darah Baginda yang mulia menitis ke bumi untuk kali yang kedua, bimbang akan mengunda kemarahan para Malaikat yang lebih dahsyat. Betapa besarNya rahmat Allah terhadap umat manusia asbab kecintaan Nabi kepada umat Baginda.

05/12/2025

Ladang Kurma tempat lazim jemaah "melontar" untuk dihadiahkan kepada keluarga dan kenalan di tanah air. Walaupun harga sedikit mahal namun pelbagai pilihan dan kurmanya terjamin segar dan manis.

Di bahagian luarnya, menjadi tempat para jemaah healing, santai-santai sambil menikmati bakso, teh pudina, kopi barista yang pasti akan menjadi 1001 kenangan yang indah bersama seisi keluarga.

05/12/2025

Bustan Al-Mustadal mercu tanda tempat laluan masuk Nabi Muhammad ke Kota Madinah dengan alunan qasidah Tola'al Badru Alaina.

05/12/2025

MASJID QUBA

Dibina atas dasar ketaqwaan. Lambang kekuatan dan perpaduan umat Islam terletak pada masjid. Tertegaknya negara Islam pertama dengan membina rumah Allah.

Sahabat Madinah bertanya pada Rasulullah : Beruntung orang Mekah dapat buat umrah dengan mudah. Bagaimana dengan kami orang Madinah ?

Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah. - Riwayat Ibn Majah

Belajar sesuatu !

04/12/2025

TADARRUS & TADABBUR (TNT)

Al-Quran untuk dibaca sama ada cara menghafal atau melihat mashaf. Tidak membaca Quran akan menghilangkan keberkatan masa dan hidup.

Apa beza Tilawah (baca) dengan Iqra (baca) ?

Tilawah bermaksud membaca semata-mata untuk mendapat pahala. Iqra' bermaksud membaca dengan critical thinking (mengkaji, meneliti, merenung, menghayati dan mengaplikasi)

Zabur, Taurat dan Injil bukan mukjizat agung pada para nabi serta umatnya. Al-Quran merupakan mukjizat agung kepada Nabi Muhammad serta umatnya.

Siapa berpegang teguh dengan Al-Quran, maka selamat dunia dan akhirat. Bahkan Al-Quran akan menjadi peguam bela dan bicara bagi mereka yang bersahabat dengan Al-Quran

Belajar sesuatu ?

03/12/2025

TAHIYATUN NABI

Assalamualaika Ya Rasulullah
Assalamualaika Ya Habib Allah
Assalamualaika Ya Khaira Khalqillah

Kami datang dari jauh semata-mata ingin menziarahimu,
Terimalah kami sebagai umatmu,
Mudah-mudahan kami mendapat syafaatmu.

Maafkan kami Ya Rasulullah !
Kami tidak laksanakan sunah-sunahmu,
Kami tidak mengikuti suruhanmu,
Kami tidak menyampaikan risalahmu,
Kami seringkali melupakanmu.

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Semenyih
Kajang
43700