TutorZah.Mengaji-Math

TutorZah.Mengaji-Math

Share

Pengajian untuk semua lapisan masyarakat:
�Pengajian Al-Quran
�Pend. Islam & Math Rendah

26/01/2025

Tahniah & respect
Ayah² yang rajin peluk & cium dahi anak sebelum mereka nk menuntut ilmu.
Kata Dato Dr. Hj. Fadzilah Kamsah,
Ia meningkatkan energi & bantu anak mudah belajar.
Cergas Minda.
إِنْ شَآءَ اللَّهُ

19/01/2025

Tak ada bebanan time cuti sekolah

Cuti sekolah dah bermula..
Tapi tusyen tetap kena jalankan..

Orang kata cuti sekolah ni peluang untuk bercuti dengan anak²..
Tapi time cuti ni juga peluang untuk anak ulangkaji.

Boleh fokus subjek yang nak diulangkaji, tak ada beban homework sekolah.

Betul tak ?

Anak² tuan/puan lemah matematik ?!

Nak daftar tusyen personal ?

Khusus untuk warga Kajang
serendah RM39/1jam dan bahan latihan akan disediakan tau🤗✨

Klik: wasap.my/601126411908/tusyenHT
atau hubungi ⁨011-2641 1908⁩

Teruskan belajar hingga berjaya dunia & akhirat.

19/09/2024

Alhamdulillah.
Selepas beberapa tempoh, kerana kesungguhan & sabar.

Awalnya merangkak² dan susah kawal penafasan, sekaranga ada perubahan.
Syukur.

Ada orang, setahun baru ada peningkatan.
Ada yang 4 bulan.

Semua bergantung pd keberkatan ilmu & sabar💪🏻🤲🏻✨

14/09/2024

1 je salah, Hangus 4 markah.
Markah apa yang banyak sangat sampai 4 markah tu ??

Semestinya soalan Bahagian B🥹
Soalan percubaan ni, saya tengok, boleh kat 90% soalan ‘direct’..

Hanya kerana terkadang cuai sikitt sahaja dan ada juga yang over confident, hilang markah ‘bonus’
(Soalan yang mudah/direct)

Tapi tak apalah. Biar salah sikit, supaya lebih berhati² dan buat lebih baik untuk final exam ni.

Biar pelajar rasa.
Betapa berharganya walaupun 1 MARKAH😂🥲

13/09/2024

Kalau boleh berjaya, Kenapa nak gagal 🤭
Betul tak ?

Bersabarlah untuk dapatkan apa yang kita s**a.
Setiap perkara ada prosesnya.

Tapi peranan mak ayah, kena tahu cara kawal emosi anak supaya s**a belajar.

Supaya rasa seronok nak buat latihan.
Nak siapkan homework.

Duduk bersama, teman anak-anak buat latihan,
Kalau anak² nak bersembang atau melalut time belajar tu,
perkara biasa😅🤭

1-2 jam belajar, duduk 1 tempat siapa je yang boleh fokus 100% dan tak boring, kan ?

Apapun “trust the process”

08/09/2024

Pastikan anak-anak terus berbakti dengan kita, Walaupun kita dah meninggal dunia.
Paling tidak setiap bacaan Al-Quran mereka sampai kepada kita.

Ajarkanlah anak-anak cara membaca Al-Quran🤲🏻✨

Photos from TutorZah.Mengaji-Math's post 05/09/2024

UNLOCK
NEW CLASS, DARJAH 6

Biasanya masuk fasa kedua, menuju ke Final Exam, parents akan daftar kelas tusyen.

‘Kerja last minute’ memang fav. semua orang, kan, kan😆
Tapi jadi cabaran sikit pada pelajar nak kena pulun 9 topik.

Berbaki kurang 4 bulan, takkan nak tawakal tanpa usaha pula🥹
Apapun usaha tetap kena ada sebab SEMUA orang berpotensi untuk berjaya & cemerlang.

Alhamdulillah, semua pelajar tusyen baik & beradab. Itu kunci utama.

Moga sukses ya, anak² cikgu✨💪🏻

27/08/2024

Akhirnya, keluar sudah result exam pertengahan.

Kawan² Leesa kata,
Kalau dia tak busy dengan kawad ‘mesti’ boleh dapat 80% ++.

Saya kata exam ni dah berlalu dan ini rezeki yang kita dapat sekarang.

Nampaklah kecewanya,
Tapi syukur juga sebab dia tahu ‘apa’ yang dia nak capai final exam nanti.

Yang penting, banyakkan latihan & takboleh harap homework masa tusyen sahaja!

Photos from TutorZah.Mengaji-Math's post 24/08/2024

Baru lepas exam,
Tak ada cuti tusyen ya guys..

Perjuangan belum selesai🤭🤲🏻✨
Result adik beradik ni, cemerlang.
Alhamdulillah!

Jaga akhlak, jadi anak yang soleh/a dan beri manfaat pada ummah ya🌷

Ppss: Malu² dia nak bagi kita hadiah, tanda terima kasih🤭

Photos from TutorZah.Mengaji-Math's post 22/08/2024

Allahu! Masya Allah,
Result exam pertengahan sek. ken. dah keluar.

Saya merasakan kegembiraan mereka sebagai orang tua kepada pelajar² ni.

Tahun ni 2/5 pelajar subjek Maths dapat A, yang lain masih misteri sebab tak dapat result lagi🤭

Masing² dari gred C, D selepas 4-6 bulan dapat A,
Seorang 92%, seorang lagi 84%.

Sebagai pengajar, kita dengar macam² ujian mak ayah nak anak² berjaya, ada yang diuji dengan kesihatan, kekurangan fokus dll.

Apapun keputusan anak², bila dah usaha. Pujilah, jangan terus marah² Ok😉

Tunjukkan emosi gembira & appreciate kita pada anak.

Moga anak² kita berjaya dunia akhirat🤲🏻✨

16/08/2024

Banyak kes orang hilang.
Sihat kemudian hilang tanpa khabar, bila jumpa.

Allahu😢
Kematian menjawab persoalan atas kehilangan.

Semalam semasa kelas, tengah kami leka membuat persediaan untuk exam esok, tiba-tiba pelajar A tanya,

“Cikgu dunia ni dah tak selamat ke ?” katanya lagi
“Habis tu, 1 Malaysia la berdosa ?”

Jawaban ringkas dari saya,
“Ya sekarang makin bahaya, kalau nak dibandingkan sebelum² ni.”

Dengan apa yang sedang berlaku di akhir zaman ini,
Moga kita sekeluarga dilindungi & dijauhkan dari kejahatan manusia & jin serta sebarang kecelakaan.

Aamiin.
إِنْ شَآءَ اللَّهُ

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kajang
43000