20/08/2026
Konsep kem cuti sekolah Artcamp Caravanserai menjadikan perjalanan sebagai medan pembelajaran sebenar. Setiap perjalanan turut menjadi ruang mengumpul permata ibrah. Anak-anak bukan sekadar bercuti, tetapi belajar tentang disiplin, tanggungjawab, kerjasama dan kemampuan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
14/08/2026
Pemilihan Jepun sebagai destinasi Kem Cuti Sekolah Artcamp Caravanserai bukan sekadar untuk melancong, tetapi sebagai platform pembelajaran seni yang komprehensif: ‘Seni Mencipta Manusia’.
Dengan gabungan budaya, teknologi, disiplin dan alam semula jadi, peserta akan memperoleh pengalaman
pembelajaran ‘seni’ yang unik serta membawa p**ang ilmu, inspirasi dan nilai baru dalam kehidupan serta karya seni mereka.
12/08/2026
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH AYAH IBU!
Alhamdulillah, pendaftaran untuk kem cuti sekolah Malaysia anjuran Artman 31 Ogos - 5 September 2026 SUDAH DITUTUP. Minta maaf, kami tak dapat terima pendaftaran lagi kerana kami mahu fokuskan kepada kualiti kem.
BOLEH DAFTAR KEM-KEM SETERUSNYA YANG BERBAKI PADA TAHU INI, SEBELUM IANYA DITUTUP LAGI:
a) Kem Cuti Sekolah Artcamp XX
Caravanserai Jepun (kali ke 20)
9 - 16 Disember 2026
RM9,400 (boleh bayar RM1,000 dulu utk book slot ini segera.
10-22 tahun
Link pendaftaran: https://artman.fillout.com/artcampcsxx
Minisite : https://raretvbootcamp.my.canva.site/artcamp-caravanserai-jepun-2026
b) Kem Cuti Sekolah Artcamp 21
21-26 Disember 2026
RM 864 (termasuk 8% SST)
9-18 tahun
Link Pendaftaran: https://artman.fillout.com/artcamp21
Minisite : https://www.snap.my/pages/artcamp-by-artman
Semoga memberikan manfaat kepada semua masyarakat.
11/08/2026
Komposisi yang membawa mata masuk ke dalam momen.
Dalam fotografi, leading line bukan sekadar tentang mencari garisan. Ia adalah tentang bagaimana kita menggunakan garisan untuk mengawal perjalanan mata orang yang melihat gambar.
Dalam gambar ini, landasan kereta api, sisi badan tren dan kabel elektrik semuanya bergerak ke arah yang sama. Garisan-garisan ini bermula dekat dengan kamera, kemudian semakin mengecil menuju ke kejauhan. Kesan ini menghasilkan perspektif, kedalaman dan rasa perjalanan yang kuat.
Salah satu teknik penting ialah mencari vanishing point, iaitu titik di mana garisan-garisan seolah-olah bertemu di kejauhan. Apabila subjek diletakkan berhampiran permulaan garisan, mata kita akan melihat subjek terlebih dahulu sebelum dibawa menyusuri keseluruhan suasana di belakangnya.
Penggunaan sudut lebar juga membantu. Bahagian yang dekat dengan kamera kelihatan lebih besar, sementara elemen yang jauh semakin mengecil. Sebab itu gambar terasa lebih dramatik dan mempunyai dimensi yang panjang.
Lebih menarik apabila kita dapat menggunakan beberapa leading line serentak. Dalam foto ini, badan tren, rel kereta api dan kabel di atas kepala semuanya seakan-akan menunjuk ke arah destinasi yang sama. Ia menjadikan komposisi lebih tersusun walaupun terdapat banyak elemen dalam bingkai.
Yang paling penting, jangan sekadar mencari garisan yang cantik. Pastikan garisan itu membawa mata kepada sesuatu. Sama ada manusia, bangunan, gunung, cahaya ataupun destinasi di hujung perjalanan.
08/08/2026
Terbang Pertama Kali : Antara Rasa Kagum dan Kenangan Seumur Hidup
Semasa melangkah masuk ke dalam kabin pesawat untuk ke Narita, Jepun sebagai crew Kem Cuti Sekolah Artcamp Caravanserai pada umur 16 tahun, jantung saya berdegup kencang.
Ini bukan sekadar perjalanan jauh biasa, tapi inilah kali pertama dalam hidup, pada usia 16 tahun, saya dapat rasa naik kapal terbang dan terbang tinggi di udara.
Bila pesawat mula menembusi awan dan berada di paras stabil, mata terus terpaku pada pemandangan di luar tingkap. Terpampang pemandangan yang sebelum ini cuma pernah tengok dekat skrin telefon atau gambar orang lain : lautan awan terbentang luas macam kapas tebal, diselimuti limpahan warna jingga dan ungu 'golden hour'. Refleks diri, terus capai telefon dan ambil gambar ini.
Memang tahu, baru-baru ini kecoh isu viral di media sosial tentang ada orang yang memperlekeh penumpang yang s**a ambil gambar awan dari tingkap. Ada yang kata jakun, ada yang kata klise, kononnya benda itu biasa sangat dan tak ada apa yang menarik.
Tapi bila duduk di kerusi ini buat pertama kali, sudut pandang itu jadi berbeza sangat-sangat. Pada saya :
Ada momen keajaiban sendiri.
Untuk orang yang dah biasa ulang-alik naik kapal terbang, mungkin ini cuma awan kosong. Tapi untuk budak 16 tahun yang baru pertama kali tengok dengan mata sendiri dari atas langit, ini satu keajaiban alam yang sangat menakjubkan. Rugi besar kalau tak simpan buat kenangan.
Ada mata seni yang terdidik untuk merakam benda cantik.
Sebab dah biasa terdedah dengan suasana di Saiful Nang Academy dan Artman yang didik semua peserta kena guna 'mata lebah' dan pandai guna 'seni melihat', mata yang terpandang pemandangan cantik, terus terpana dengan kecantikan yang Allah anugerahkan,
Berbekalkan Kem Cuti Sekolah dalam Malaysia, mata ini automatik nampak komposisi cantik walaupun di dalam hutan. Dah biasa bila kena jadi fasilitator dan 'jaga' kebajikan peserta kem, ambil gambar menarik mereka, jadi antara tugasan biasa.
Garisan tegak sayap pesawat, kontras tekstur awan, dengan gabungan warna langit yang lembut; semuanya macam satu lukisan alam yang cukup lengkap. Mungkin cuma mata yang boleh tengok 'seni halus' saja yang boleh ada rasa ini.
Ada penanda sejarah hidup
Gambar ini tidak diambil sembarangan untuk ditunjukkan, tetapi sebagai penanda aras (milestone) dan pencapaian penting. Ini bukti untuk penerbangan pertama merentas lautan luas melebihi 5,000 km jaraknya dari tanah air, menuju ke Negara Matahari Terbit. Pastinya, pemandangan matahari terbit dan terbenamnya dari atas langit lagi cantik.
Memang sesiapa pun boleh berkata apa dan memperlekehkan sesiapa yang s**a mengambil gambar dari tingkap kapal terbang. Keindahan alam tak pernah hilang nilai estetikanya, cuma disebabkan ramai orang ambil gambar yang sama. Momen penerbangan pertama ini tetap akan jadi kenangan manis yang tersimpan kemas dalam foto ini sampai bila-bila.
Kalau direzekikan saya ke luar negara atau naik kapal terbang lagi, satu hari nanti; saya tetap akan 'kejarkan' rakam gambar awan dan saat 'golden hour' seperti ini lagi dan lagi, dari tingkap kapal terbang yang saya naiki, guna smartphone yang saya ada. Edit sikit-sikit, naikkan seri, hati saya jadi lebih puas bila menatapnya.
Doakan saya dapat ke sana lagi, 9-16 Disember 2026 ini bersama berpuluh-puluh orang kawan-kawan (baru) yang lain.
Terima kasih Artman, Saiful Nang Academy dan Rarecation, sudi anjurkan kem cuti sekolah ini. Banyak saya belajar dari kem ini. Kepimpinan, kemandirian, kesungguhan dan keyakinan.
Dah nak masuk kali ke 20 penganjurannya, beribu orang anak-anak macam saya, dapat manfaatnya. Alhamdulillah.
Semua info ada di sini:
Link pendaftaran: https://artman.fillout.com/artcampcsxx
Minisite : https://raretvbootcamp.my.canva.site/artcamp-caravanserai-jepun-2026
- Bekas Crew Artcamp Caravanserai XVI