15/04/2020
UPSR 2020 dibatalkan, ada yang gembira, ada yang sedih, yang pastinya ramai yang terkejut.
Seperti yang dikatakan, banyak lagi penilaian untuk masuk ke SBP, MRSM, tetapi apa yang lebih penting ialah mempelajari Ilmu itu sendiri.
UPSR dibatalkan, tetapi bila dah buka sekolah nanti, tetap kena sambung belajar. Jangan disebabkan UPSR batal, terus hooray campak buku tak nak tengok dah. ๐
Seperti mana jika tertinggal pelajaran semasa tahap 1, betapa susahnya nak catch up balik bila dah masuk tahap 2, begitulah lagi susahnya apabila masuk sekolah menengah nanti.
Yang murid belajar sekarang baru permulaan, kalau tak kuasai sekolah rendah, tak tahulah macam mana nak hadapi sekolah menengah nanti.
Teruskan belajar. Anggap seperti USPR tetap wujud dan kekalkan semangat belajar itu. Buat latihan di buku teks dan buku-buku latihan. Buatlah latihan kertas-kertas peperiksaan UPSR tahun-tahun sebelum ini kerana anda semua tak merasai untuk mendudukinya tahun ini. ๐
Sudah tentu mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah ada kesinambungannya. Jangan fikir boleh skip sekolah rendah dan terus belajar level sekolah menengah. Pelajar A pun ada yang jatuh D, jadi hati-hati. Tetaplah mencari Ilmu kerana dengan Ilmu itulah yang akan membantu anda di masa hadapan nanti. ๐คฒ๐