Taski Al Husna, Sungai Merab

Taski Al Husna, Sungai Merab

Share

Ke Arah Anak Yang Soleh

23/04/2026

Kami mencari calon guru yang benar-benar serious dan memerlukan pekerjaan untuk mengisi kekosongan jawatan ini. Hubungi kami segera ye...☺️

✨ **JAWATAN KOSONG GURU TADIKA** ✨
πŸ“ Taski Al Husna

Anda sedang mencari kerja yang penuh kasih sayang & ceria setiap hari? πŸ’•

Kami memerlukan guru yang penyayang, sabar & kreatif untuk bersama mendidik anak-anak soleh solehah. 🌈

πŸ‘©β€πŸ« Minat kanak-kanak?
🎨 S**a aktiviti kreatif?
🀝 Nak suasana kerja positif?

πŸ‘‰ **Inilah peluang anda!**

πŸ“² WhatsApp sekarang: 019-654 6553
⏳ Tempat TERHAD! Mohon segera!


Photos from Taski Al Husna, Sungai Merab's post 14/04/2026

Warna Warni Aidilfitri Kami ❀️

Alhamdulillah, telah terlaksana dengan bahagia dan gembira Jamuan Aidilfitri kami hari ini. Biarpun sederhana tetapi meriah dengan keriangan dan kegembiraan anak-anak Taski. 😍πŸ₯°

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu ayah yang telah sudi memberi sumbangan pelbagai juadah istimewa untuk dikongsi bersama guru-guru dan anak-anak Taski. Semoga ibu ayah sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki serta diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin. 🀲🏻🌹

Jom lihat warna warni sambutan kami..🀩

03/04/2026

✨ **JAWATAN KOSONG GURU TADIKA** ✨
πŸ“ Taski Al Husna

Anda sedang mencari kerja yang penuh kasih sayang & ceria setiap hari? πŸ’•

Kami memerlukan guru yang penyayang, sabar & kreatif untuk bersama mendidik anak-anak soleh solehah. 🌈

πŸ‘©β€πŸ« Minat kanak-kanak?
🎨 S**a aktiviti kreatif?
🀝 Nak suasana kerja positif?

πŸ‘‰ **Inilah peluang anda!**

πŸ“² WhatsApp sekarang: 019-654 6553
⏳ Tempat TERHAD! Mohon segera!


Photos from Taski Al Husna, Sungai Merab's post 19/01/2026

Alhamdulillah wa syukurillah ❀️

Permulaan sesi persekolahan 2026 yang ceria dan gembira. Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah anak-anak soleh solehah Taski Al Husna kesayangan kami..πŸ₯°

Semoga anak-anak sentiasa bersemangat, dilapangkan hati dan dipermudahkan jalan menuntut ilmu walau di mana sahaja berada. Aamiin. 🌹


11/01/2026

Bismillahirrahmanirrahim,

**Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ω„ΩŽΨ§ Ψ³ΩŽΩ‡Ω’Ω„ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‘Ψ§ Ω…ΩŽΨ§ Ψ¬ΩŽΨΉΩŽΩ„Ω’ΨͺΩŽΩ‡Ω Ψ³ΩŽΩ‡Ω’Ω„Ω‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩ†Ω’Ψͺَ ΨͺΩŽΨ¬Ω’ΨΉΩŽΩ„Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΨ²Ω’Ω†ΩŽ Ψ₯ِذَا شِئْΨͺَ Ψ³ΩŽΩ‡Ω’Ω„Ω‹Ψ§**

*Maksud:*
β€œYa Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki.”

Semoga dipermudahkan semua urusan ibu ayah, anak-anak dan guru-guru Taski kami..❀️

Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah semua soleh solehah..kita jumpa esok..πŸ₯°πŸ˜


Photos from Taski Al Husna, Sungai Merab's post 03/01/2026

TAKLIMAT TADBIR URUS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2026 🏫

Telah berlangsung hari ini taklimat khas untuk ibu ayah anak-anak Taski Al Husna dan Ummu Fatimah mengenai persediaan kami dan persiapan ibu ayah dalam pelbagai aspek berkaitan pembukaan persekolahan sesi 2026 ini.

Terima kasih ibu ayah yang sudi melapangkan masa menghadiri sesi taklimat tadi. πŸ‘πŸ₯°

Semoga Allah mempermudahkan semua urusan ibu ayah dan guru-guru. Mudah-mudahan segala usaha kita dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak soleh solehah Taski diberkati dan diredhai ilahi. 🌺

Anak-anak yang dikasihi, insyaAllah kita jumpa di Minggu Suai Kenal nanti. Pelbagai aktiviti menarik cikgu sediakan istimewa untuk anak-anak Taski kesayangan semuanya...πŸ₯°πŸ˜


πŸ“ Ibu ayah yang masih mencari tadika untuk anak-anak 4 dan 5 tahun boleh daftar di Taski kami. Masih ada lagi beberapa kekosongan. Hubungi kami segera ...☺️

https://www.wasap.my/60196546553/daftarHUSNA2026

22/12/2025

Selamat maju jaya semua anak-anak Taski kesayangan cikgu..πŸ₯ΉπŸŒΉ

Kepada anak-anak yang akan meninggalkan Taski, cikgu doakan semoga terus cemerlang dan semakin gemilang di sekolah baharu. Jaga diri baik-baik ye semuanya dan semoga sentiasa bersemangat menempuh alam persekolahan yang lebih mencabar.. ☺️

Anak-anak soleh solehah yang akan meneruskan persekolahan di Taski Al Husna insyaAllah kita jumpa Januari nanti...kekal ceria dan bersemangat bersama cikgu ye..😍🀩πŸ₯°



πŸ“² Ibu ayah yang masih mencari tadika untuk anak-anak 4 & 5 tahun jom daftar di tadika kami. Hubungi segera Cikgu Sue sementara tempat masih ada. β˜ΊοΈπŸ˜‰

https://www.wasap.my/60196546553/daftarHUSNA2026

Photos from Taski Al Husna, Sungai Merab's post 14/12/2025

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN TASKI - 7 Disember 2025 πŸŒΉπŸŽ“

Alhamdulillah wa syukurillah, ❀️

Syabas dan tahniah anak-anak soleh solehah Taski Al Husna. πŸ†πŸŽ‰

Terima kasih semua ibu ayah dan guru-guru yang telah sama-sama merealisasikan impian anak-anak soleh solehah ini menjadi Bintang Bestari, Bintang Kreatif dan Bintang Sahsiah Taski Al Husna. ✨🌟

Dengan berlangsungnya majlis ini memberi isyarat akan berakhirnya sesi persekolahan 2025 tidak lama lagi. Selamat maju jaya kepada anak-anak yang akan ke Tahun 1 di SRAI, SK dan juga SRA. Teruskan perjuangan menuntut ilmu dengan penuh semangat dan kesungguhan. ❀️🌺

Buat anak-anak yang akan meneruskan persekolahan di Taski Al Husna insyaAllah kita akan bermula sesi pada Januari ini dengan kurikulum baharu dan pengalaman baharu yang pastinya lebih menarik dan menyeronokkan. Kita jumpa nanti ye.. tungguuuuu..😍

Tahniah dan syabas juga kepada guru-guru dan anak-anak Taski ABIM Ummu Fatimah yang telah berganding bahu menjayakan majlis ini bersama-sama kami. Tahun hadapan kita bergabung lagi ye..insyaAllah.☺️

16/11/2025

OUR CANTEEN DAY πŸ›οΈπŸ©

Mari mari...beli beli...🀩

Canteen day adalah salah satu daripada aktiviti anak-anak Taski kami yang diadakan setiap tahun. Selain anak-anak seronok menjual dan membeli, ada nilai-nilai pendidikan yang anak-anak ini belajar. πŸ₯°

Macam-macam ragam penjual yang berusaha mempromosikan jualan masing-masing. Ragam pembeli juga tak kurang hebatnya. 😍

Syabas semua soleh solehah anak-anak Taski Al Husna. πŸ‘πŸ˜˜
...

πŸ“ Masih ada kekosongan lagi ye untuk anak-anak 4 dan 5 tahun 2026 ini. Jom ibu ayah daftar segera. Hubungi Cikgu Sue. ☺️

πŸ“² https://www.wasap.my/60196546553/daftarHUSNA2026

🀩😍πŸ₯°

15/11/2025

PENDAFTARAN SESI 2026 MASIH LAGI DIBUKA 🌹

Masih ada kekosongan lagi untuk anak-anak 4 dan 5 tahun di Taski Al Husna.

Pendaftaran sebelum 1 Disember 2025 akan menerima :

πŸ„ PERCUMA sepasang t-shirt
πŸ„ PERCUMA 2 hari kelas percubaan untuk murid-murid baharu

πŸ“² Hubungi kami segera ye..

https://www.wasap.my/60196546553/daftarHUSNA2026

πŸ₯°

Photos from Taski Al Husna, Sungai Merab's post 08/11/2025

PARENTS-TEACHER MEETING II (PTM2) SESI 2025

Alhamdulillah ❀️

Terima kasih ibu ayah yang telah hadir ke sesi PTM2 kami. πŸ₯°

Buat anak-anak soleh solehah Taski yang dikasihi, teruskan usaha belajar dengan bersungguh-sungguh dan semoga terus cemerlang dan terbilang. 🀲🏻 🌺

πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“πŸ“

Pendaftaran anak-anak untuk sesi 2026 masih lagi dibuka ye.... Ibu ayah yang masih mencari tadika boleh hubungi segera Cikgu Sue. ☺️

https://www.wasap.my/60196546553/daftarHUSNA2026

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No. 1, Jalan Pesona 2, Taman Pesona Mekar, Sungai Merab
Kajang

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30