Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok

Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok

Share

Pasti Asy Syakirin

20/03/2026

✨Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin✨
Taqabbalallahu minna wa minkum🤲❤️

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 17/03/2026

Semakin hujung bulan Ramadhan, semakin ramai berkongsi rezeki dengan kawan-kawan. Alhamdulillah. Terima kasih semua anak-anak murid Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok 😘

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 14/03/2026

24 Ramadhan 1447. Majlis khatam Al-Quran Guru Pasti Kawasan Bangi.

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 13/03/2026

Gambar tambahan untuk program hari ini.
Ada yang mengambil kesempatan untuk berkongsi rezeki dengan kawan-kawan sekelas. Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibubapa yang memeriahkan lagi program ini. InsyaAllah kita jumpa lagi pada bulan Syawal 🤗 (Isnin & Selasa masih sesi persekolahan, tapi masing-masing dah mood Raya 😆)

13/03/2026

Penyerahan duit kebajikan dari kumpulan wang infaq Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok kepada Cikgu Syahirah.

Untuk makluman, ayah kepada Cikgu Syahirah menghidap penyakit kanser tahap 2 pada baru-baru ini. Marilah kita sama-sama berdoa supaya ayah kepada Cikgu Syahirah sentiasa kuat serta tabah mengharungi sakit ini. Semoga Allah berikan kesihatan kepadanya. InsyaAllah.

Duit wang infaq telah diberikan kepada
1. Anak-anak yang didapati susah
2. Anak-anak yang berpuasa penuh/separuh hari
3. Masuk kepada wang kebajikan guru² Pasti.

Oleh itu, kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan. Semoga Allah membalas berlipat ganda segala kebaikan yang tuan puan telah berikan. 🤲 🫰

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 13/03/2026

Sesi Petang. Alhamdulillah, ceria semua walaupun panas lit-lit 😅

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 13/03/2026

Program serahan Duit Raya dan sumbangan untuk Sesi Pagi.

Terima kasih kepada semua warga Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok dalam menjayakan program samada secara langsung atau tidak langsung. 🫰 😍

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 12/03/2026

Alhamdulillah...

Selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat PASTI Sungai Jelok pada 22 Ramadhan 1447H.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua cikgu-cikgu yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Segala usaha, bimbingan dan kesungguhan dalam mendidik anak-anak mengenal serta mencintai Al-Quran amatlah dihargai.

Semoga segala usaha dan pengorbanan para guru diberkati serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.



Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 08/03/2026

Alhamdulillah 18 Ramadhan 1447H telah berlangsung Iftar Perdana Pasti Sungai Jelok yang diwarnai dengan kehadiran guru-guru dan AJK Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok . Program ini adalah satu cara untuk merapatkan silaturrahim diantara satu sama yang lain. Semoga urusan Pasti Sungai Jelok dapat dijalankan dengan lancar. 🤲

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 03/03/2026

Sesi Tadarus Al-Quran kumpulan Usrah MGP 4 bagi Juzuk 7 dan 8 telah selesai dengan jayanya. Kumpulan 4 ini adalah terdiri daripada guru2 Pasti Sungai Jelok, Pasti Genius Mukmin dan Pasti Little Fateh.

Terima kasih kepada Naqibah kesayangan, Kak Lin ❤️ yang tak pernah jemu dalam berkongsi pengalaman dan ilmu..

Sedikit pengisian tadabbur mengingatkan kami tentang istiqamah dalam ketaatan, sabar menghadapi ujian dan yakin akan pertolongan Allah.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya dan syafaat buat kita semua.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 27/02/2026

Kelas Siti Hajar sesi Pagi - Cikgu Suraida

Photos from Pasti Asy Syakirin Sungai Jelok's post 27/02/2026

Kelas Siti Sarah sesi Pagi dan Petang - Cikgu Suriati

Want your school to be the top-listed School/college?

Website