Motta Arata FC

Motta Arata FC

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Motta Arata FC, Personal coach, Persiaran Bangi, Kajang.

16/02/2024

untuk tujuan booking padang Motta MiniFootball , boleh whatsap tarikh dan waktu pada nombor 011-3768 3067

24/12/2022

Keluarga Motta Arata FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga pemain berbakat Palestin Ahmed Daraghmeh. Beliau yang terbunuh Dalam konflik tebing barat ditembak mati oleh Tentera Rejim Zionis Israel semasa menyerang Kota Nablus pada hari Khamis 22/12/2022.

Ahmed Daraghmeh merupakan pemain bola sepak kelab Thaqafi Tulkarem yang bertanding dalam Liga Premier Palestin. Daraghmeh berasal dari Kota Tubas, wilayah terdekat dari Kota Nablus merupakan pemain Yang mencetak gol terbanyak untuk pasukannya musim ini.

Semoga Allah memberikan rahmat keatas Rohnya. Alfatihah.





22/12/2022

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan sahabat,saudara mara dan kenalan kita yang berada Di Pantai Timur.

اللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا أَبْوَابَ الخَيْرِ وَأَبْوَابَ البَرَكَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ وَأَبْوَابَ القُوَّةِ وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ وَأَبْوَابَ السَّلَامَةِ وَأَبْوَابَ العَافِيَةِ وَأَبْوَابَ الجَنَّةِ اللَّهُمَّ عَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَاءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ وَاصْرِفْ عَنَّا بِحَقِّ القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَبِيِّكَ الكَرِيْمِ شَرَّ الدُّنْيَاوَعَذَابَ الآخِرَةِ،غَفَرَ اللهُ لَنَا وَلَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ

"Ya Allah, bukalah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkahan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu afiyah, dan pintu surga.

Ya Allah, jauhkan kami dari semua ujian dunia dan siksa akhirat. Palingkan kami dari keburukan dunia dan siksa akhirat dengan hak Al Quran yang agung dan derajat nabi-Mu yang pemurah.

Semoga Allah mengampuni kami dan mereka. Wahai, zat yang maha pengasih. Maha suci Tuhanmu, Tuhan keagungan, dari segala yang mereka sifatkan. Semoga salam tercurah kepada para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam"



19/12/2022

Greatest of all time 🐐

Congratulations Messi
VAMOS Argentina!

The GOAT debate is done.

Photos from Motta Arata FC's post 03/12/2022

SUPER SABTU 1.0

Alhamdulillah. Karnival Motta Arata SuperSabtu 1.0 berlangsung dengan baik Hari ini. Kebiasaan pertandingan 4 penjuru begini sudah menjadi rutin dalam kalender latihan pasulan elite Team U8 Motta Arata FC .

Kami akan menjemput sahabat sahabat Dari pasukan lain Dari lembah Klang dan sekitar untuk sama-sama mengembangkan jaringan persahabatan dan setiakawan.

Edisi kali ini mendapat sokongan dari pasukan JEPS Soccer yang menghantar 2 pasukan A dan B, pasukan Soccer Ace Football Club SBSS, dan Motta Arata sendiri. Matlamat super sabtu adalah memberi peluang bermain dan minit permainan dengan suasana pertandingan sebenar tetapi dilakukan secara santai tanpa tekanan kepada para pemain.

Kita faham,bahawa setiap proses perkembangan potensi anak-anak Dalam sukan Bola sepak khususnya harus melalui "real match experience". Cuma yang paling utama ialah pemain diberikan peluang tanpa "unnecessary pressure" Yang akan membantutkan minat dan semangat anak-anak.

Terima kasih kepada para management team, coaches Dan Ibu bapa Dari keempat pasukan yang hadir memberikan sokongan Dan kerjasama bagi memastikan event ini berjalan lancar.

Terima kasih juga pada Signboard Malaya atas kesudian menaja banner utk edisi kali ini. Sokongan anda amat kami hargai 🙏







24/10/2022

Hoping Diwali brings warmth and peace into your life..

Happy Diwali 🙏☺️

Motta Arata FC

Photos from Motta Arata FC's post 17/10/2022

Tahniah kepada srikandi pasukan Motta Arata FC , kakak Arissa kerana dijemput utk bermain bersama pasukan AT Selangor U11 semalam menentang pasukan Sime Darby FC Dalam perlawanan persahabatan.

Alhamdulillah, Arissa telah menyumbangkan 2 gol Dalam perlawanan ini. Beliau juga berpeluang menjadi penjaga gol dan berjaya menjaga gawangnya dengan baik.

Arissa merupakan satu-satunya pemain perempuan Dalam pasukan kami. Bermain diposisi penyerang, Arissa sangat komited Dalam setiap sesi latihan.

Well done kakak arissa! Girl power 💪











Photos 09/10/2022

FT: 🇮🇩 Indonesia 1️⃣ - 5️⃣ Malaysia 🇲🇾

Malaysia produce masterful performance to record massive win and qualify to 2023 Finals as Group B winners!

Photos from Motta Arata FC's post 26/09/2022

MILO CUP 2022

Suki akhir - Motta Arata FC vs Footykids

Setelah berjaya melayakkan diri terus keperingkat suku akhir. Pasukan Motta Arata FC berdepan cabaran Footy kids Yang menampilkan skuad terbaik daripada beberapa pemain Akademi Tunas.

Perlawanan dilihat seimbang Dan terdapat beberapa serangan Dari kedua-dua pasukan. Fottykids dilihat menguasai kebanyakkan sepakkan percuma kerana bijak mengambil kesempatan atas asakan pemain pertahanan Motta Arata.

Motta Arata Banyak menguasai permainan di separuh masa kedua dengan banyak percubaan Yang gagal diterjemahkan kepada gol. Pada minit-minit akhir permainan, jurulatih melakukan pertukaran posisi bagi memberikan impak bagi mencetak gol pemecah kebuntuan.

Gol utk pasukan Motta Arata hadir pada minit akhir permanent hasil sepakkan sudut Fahmi yang disudahkan dengan tandukkan cantik Kaka. Gol tersebut sudah cukup melayakkan pasukan Motta Arata ke peringkat separuh akhir.

Separuh akhir - Motta Arata FC vs ATPP A

Motta Arata FC melangkah ke peringkat separuh akhir menentang pasukan pilihan ATPP A Yang merupakan juara MILO JUNIOR CHAMPIONS LEAGUE 2022.

Perlawanan Yang berlangsung tghari amat menduga para pemain secara fizikal dan mental. Walaupun bermula baik, Motta Arata gagal memanafaatkan peluang awal untuk mencetak Gol.

ATPP yang bijak memanafaatkan counter attack pantas mendahului dengan 3 gol. Motta Arata merapatkan jurang dengan jaringan menarik Emir dengan larian solo hasil through ball rakan.

Bagaimanapun ATPP mula mencetak gol keempat Dan Motta Arata kembali merapatkan jurang dengan gelecekan menarik solo daripada Sinan. Walaupun memperolehi beberapa peluang Dan melakukan percubaan. Motta Arata tidak berjaya utk mengejar kembali sehingga masa penamat.

Ternyata ATPP A unggul mara ke final Dan bergelar juara berganda Milo Cup edisi 2022. Tahniah Dari Kami.

Semoga Anak anak Motta arata FC akan terus gigih memperbaiki kemahiran Dan prestasi pada tournament mendatang. Terima Kasih Pemain, coaches, management team Dan para ibubapa atas sokongan yg tidak berbelah bagi.

We are Motta Arata!
We will never give up!











Photos from Motta Arata FC's post 26/09/2022

MILO JUNIOR CHAMPIONS LEAGUE 2022

Throwback 17/9/2022. Alhamdulillah, Berakhir sudah MILO JUNIOR CHAMPIONS LEAGUE U8 dipadang JSA Arena Setia Alam. Pasukan Motta Arata FC berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir menentang Prestige FC 5-1.

Kemenangan ini bermakna Motta Arata FC berjaya menempatkan diri Dalam Top 4 daripada 12 pasukan yang bertanding seterusnya layak utk bertanding Dalam MILO CUP 2022.

Secara keseluruhan, kesemua pemain bermain baik utk menempatkan terus ke peringkat suku alhir Milo Cup nanti. Pasukan yang bertanding juga bukan calang-calang.

Terima Kasih coaches and parents for the support. insha'Allah semoga semua anak anak Motta Arata akan terus sukses. Aminn


Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Persiaran Bangi
Kajang
43650