Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera !
Dengan rendah hati dan keprihatinan terhadap yang memerlukan, OSH ONE Services akan buat perkongsian Cara Tuntutan Faedah PERKESO secara PERCUMA dalam siri-siri Perkongsian Sembang Santai yang bakal dijadualkan dan diuar2kan dalam FB Page ni nnt.
PENTING !! Kami sentiasa menasihatkan para pencarum PERKESO untuk berhubung terus dengan Pejabat PERKESO yang berhampiran bagi sebarang urusan rasmi mahupun tidak rasmi. Semestinya para pegawai PEREKESO akan menyantuni & membantu anda dengan sangat baik.
Anda boleh pilih cawangan PERKESO di sini > https://www.perkeso.gov.my/hubungi-kami/pejabat-perkeso-new/ppn-ppp.html
Anda boleh hubungi pegawai2 PERKESO di sini > https://www.perkeso.gov.my/hubungi-kami/pejabat-perkeso-new/direktori-anggota.html
Atas dasar pengalaman, OSH ONE Services boleh membantu berkongsi ilmu melengkapkan Borang 34 bagi mereka yang berkesukaran menghubungi atau melawati mana-mana cawangan PERKESO berdekatan melalui perkongsian secara online.
Kita jumpa dalam siri-siri Bengkel Online PERCUMA nanti. InsyaAllah mudah2an ada la rezki untuk ahli keluarga 😊😊
Osh One Services
Berkongsi mengenai Cara-Cara Membuat Tuntutan Faedah PERKESO dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. PENAFIAN : OSHONE Services bukan orang tengah atau ejen.
Seek Safety
Aim Safety
Follow Safety
Ensure Safety
Teach Safety
Yield Safety
19/08/2021
Sekadar peringatan bagi mereka yang sedang buat Tuntutan Faedah PERKESO bagi kes kemalangan. Borang 34 ni perlu dilengkapkan dengan cermat dan teliti supaya tak berlaku kesalahan-kesalahan yang tak diingini yang boleh sebabkan tuntutan anda ditolak dan kena 'masuk barisan' balik untuk permohonan semula.
Tapi apa yang paling penting adalah pastinya mengamalkan CARA KERJA SELAMAT pada setiap masa. InsyaAllah kita TAWAKAL dan ILTIZAM.
Claim PERKESO ? Ini Cara Isi Borang 34 Yang Ramai Salah Sampai Kena Reject Berkali-Kali. Kemalangan berkaitan tempat kerja sering terjadi. Ramai tak tahu yang sebenarnya boleh 'claim' dengan PERKESO. Video ini secara ringkas menerangkan cara-cara...
06/07/2021
UNTUK PERHATIAN TUAN/PUAN !!
Dengan rasa rendah hati kami ingin membetulkan salah faham dengan memaklumkan bahawa OSHONE Services BUKANLAH agensi lantikan/berkaitan/anak syarikat/wakil oleh PERKESO. Melalui pengalaman kami dalam menguruskan kes-kes Tuntutan Faedah PERKESO, kami menyediakan Bengkel Online Cara-Cara Isi Borang 34 Bagi Kes Kemalangan Industri dan Jalanraya Pekerjaan.
Fokus utama kami adalah dalam menawarkan latihan berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan. Jika anda mempunyai cadangan dan komen terhadap PERKESO boleh berhubung secara terus dengan cawangan mereka yang terdekat.
Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku. Terima kasih !
19/06/2021
Mohon beringat Tuan/Puan ! Kadang-kadang ada orang mengaku dia ejen lantikan rasmi. Dia boleh 'tlg ejas' sampai dapat, tapi 'pengeras' dia lebih pada bahagian yang kita dapat. Tak susah pun nak buat tuntutan PERKESO. Cuma kena teliti sikit je.
Jom kami ajar Tuan/Puan dalam Bengkel Cara-Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO. Daftar di bawah sekarang >
https://oshoneservices.com/workshops/
17/06/2021
Banyak sebenarnya faedah yang kita dapat bila mencarum PERKESO. Cuma malas nak cakna aje. Rajin-rajin la lawati laman web PERKESO untuk tahu lebih lanjut.
Ingat, ada duit gaji kita dalam tu. Rugilah benda sepatutnya layak tuntut tapi kita tak tahu.
16/06/2021
Jom sertai kami dalam Bengkel Online Cara-Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO. Boleh tanya macam-macam soalan. Banyak slot disediakan dalam Bulan Julai nanti !!
Cek tarikh dan masa di sini >> https://oshoneservices.com/workshops/
https://youtu.be/GTqkUbKLZxg
Claim PERKESO ? Ini Cara Isi Borang 34 Yang Ramai Salah Sampai Kena Reject Berkali-Kali. Kemalangan berkaitan tempat kerja sering terjadi. Ramai tak tahu yang sebenarnya boleh 'claim' dengan PERKESO. Video ini secara ringkas menerangkan cara-cara...
16/06/2021
Masa lengkapkan Borang 34, elakkan kesilapan macam ni guys. InsyaAllah smooth je nanti.
Selamat mencuba dan moga dipermudahkan !😀
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the school
Telephone
Address
Alam Sari Bangi
Kajang
43000