03/01/2026
Anak ibu ayah pertama kali mahu ke tadika? Mesti ibu ayah pun berdebarkan. InshaAllah anak-anak sedang melalui satu proses baru dalam kehidupannya.
Kita kongsikan 5S sebelum ibu ayah menghantar anak ke tadika. Moga bermanfaat 🤗.
S : SAYANG
Kanak-kanak perlu dimaklumkan tentang kemasukan dia ke tadika sejak awal supaya dia bersedia.
Mereka perlu mendapat mesej bahawa mereka dihantar ke tadika kerana kita mahukan kebaikan dan mereka merasai kegembiraan dan keseronokan.
S : SYUKUR
Persediaan ini bukan untuk anak tetapi khusus untuk ibu bapa sendiri.
Syukur ini perlu dilafazkan kepada diri sendiri dan Allah.
Bila ibu bapa mengiktiraf nikmat-nikmat ini dan bersyukur, barulah sifat sabar boleh ada.
Jika suasana syukur ini tidak diwujudkan, anak tidak dapat disediakan untuk pergi ke fasa yang baru dalam perkembangan dirinya.
S: SABAR
Dengan perspektif syukur, jiwa ibu bapa akan mampu bertahan dan bersabar untuk keadaan yang luar jangka dalam menghantar anak ke tadika.
Expect the unexpected.
Bersabar ini bukan semata-mata dalam posisi bertahan, maksud bersabar juga adalah ibu bapa bersabar dalam mengusahakan pilihan dan teknik yang lain.
S: SISTEM
Dalam mempersiapkan anak untuk pergi ke tadika, ibu bapa kena mula membina peraturan. Peraturan perlu disesuaikan dengan fasa baru yang bakal ditempuhi.
Contoh, peraturan sedia ada , anak boleh mandi pada pukul 9 pagi, proses memandikan anak perlu dimulakan awal sedikit demi sedikit.
Peraturan ini dimaklumkan dengan gembira dan seronok kepada anak.
S: SOLAT
Solat yang perlu didisiplinkan kepada ibu ayah , bukan anak kerana mereka masih belum diwajibkan solat.
Kesedaran ibu ayah bahawa urusan mendidik anak sentiasa memerlukan Allah kerana banyak perkara di luar kawalan manusia.
فَفِرُّوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۖ إِنِّى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ
Maksudnya :(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata (Surah Az-Zariyaat : 50)
02/09/2025
🤩🤩 7 sesi baru Dzul Iman Info Day untuk bulan September 🤩🤩
Ibu ayah sedang survey tadika untuk anak? Tapi tak sempat lagi untuk lawat tadika?
Jom ibu ayah ke Info Day Tadika Dzul Iman!
📌 Setiap rabu & jumaat, jam 8.15 malam. Secara ONLINE & PERCUMA - mudah & jimat masa di mana sahaja 🤗.
Kita kongsikan :
✅ Modul & pendekatan Dzul Iman.
✅ Memahami bagaimana sistem Khalifah membantu dalam membentuk anak soleh.
🎁 Rebut peluang mendapat *Diskaun RM100 dari yuran tahunan*😍 jika ibu ayah booking tempat untuk anak ke Tadika Dzul Iman.
Jom daftar sekarang untuk booking slot bulan September ini ⬇️
➡️ https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzinformationday
19/08/2025
Tengah survey tadika untuk anak? Tapi tak sempat lagi untuk lawat tadika?
Kami jemput ibu ayah ke Info Day Tadika Dzul Iman!
📌 Pada hari rabu & sabtu ini. Semua secara ONLINE - mudah & jimat masa di mana sahaja.
✅ Kenali Modul & pendekatan Dzul Iman.
✅ Fahami sistem Khalifah yang bantu membentuk anak soleh.
Jom daftar sekarang. Sesi ini adalah percuma
➡️ https://dzulimanhq.onpay.my/order/form/dzinformationday
11/08/2025
Alhamdulillah 💯
Subjek Isnin
Buku Si Kecil Berfikir 🌹
Khalifah dapat mengetahui permainan tradisional seperti main getah, teng-teng dan juga main anak patung.
Khalifah dapat mengalami sendiri dengan guru-guru menyediakan bahan-bahan untuk bermain di tadika pagi tadi.
Jom ibu-ibu
Ingin anak-anak ibu ibu alami keunikan modul Dzul Iman,
Boleh hubungi Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi .
06/08/2025
Alhamdulillah.
Malam ini seramai 90+ ibu ayah hadir ke Info Day online.
Tahniah.
Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi
06/08/2025
Parenting Tips:
Jangan tegur salah anak di depan orang lain.
06/08/2025
Lempeng Sedap
Lempeng Sedap
Silibus KSPK
Diolah dengan projek bertema yang menarik
Mencetus anak anak kecil untuk berfikir
Kenapa Iman panggil Lempeng, Ah Chong panggil Pizza, Muthu panggil Chapati?
Nak tau kenapa?
Jom hantar anak ke Free Trial Tadika
Ogos Intake
Zero Annual Fees
01/08/2025
Ibu-ibu mencari Tadika yang menekankan cara guru mengajar instead of mengejar hasil pencapaian akademik anak kecil?
Boleh datang FREE TRIAL di Tadika Dzul Iman Bandar Baru Bangi .
Guru - guru berbahasa iman dan sopan
Mengutamakan dorongan bukan jerkahan
Menjadi pengaruh yang baik bukan pengarah kepada anak anak.
Gambar di bawah anak anak sedang belajar subjek JAWI.
Menggunakan kurikulum KSPK tetapi diajar menggunakan Khalifah Way.
Apa itu Khalifah Way?
Jom ibu ibu singgah dulu.
-6tahun
Tiada yuran tahunan
August Intake
28/07/2025
Seronok betul belajar di Dzul Iman Smart Khalifah .
Setiap mata pelajaran yang diajar, pasti ada ABM tersendiri.
Subjek Qiraati pun ada "game",
Subjek Cinta Allah dan Rasul pun ada bahan maujud,
Belajar matematik pun ada "flash card" nya.
Pendek kata buku hanya panduan sahaja.
Untuk khalifah ingat apa yang dipelajari, mesti ada bahan-bahan tambahan disediakan oleh asatizah dipandu oleh Module Department.
Tahniah
Alhamdulillah