Tadika AMAL - Yayasan Amal Malaysia

Tadika AMAL - Yayasan Amal Malaysia Tadika Amal merupakan tadika kebajikan yang dibuka oleh Yayasan Amal Malaysia di pedalaman secara PE

03/08/2026

Dahulu adik ni merupakan pelajar Tadika Amal Kampung Salangan. Hari ini, dengan izin Allah, adik ni telah memeluk Islam.

Alhamdulillah, daripada mengenal huruf demi huruf, kini adik ni sudah mampu membaca jawi dan mengaji al-Quran.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi cahaya yang menerangi kehidupan beliau dan menjadi amal jariah buat semua yang pernah membimbingnya.

Doakan agar adik ni terus semangat dalam menuntut ilmu dan semoga lebih ramai lagi anak-anak di pedalaman mendapat peluang yang sama ๐Ÿ˜Š

30/07/2026

" ๐๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐จ๐ซ๐š๐ง๐ , ๐“๐š๐๐ข๐ค๐š ๐€๐ฆ๐š๐ฅ ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐ฎ๐š๐ก ๐ญ๐š๐๐ข๐ค๐š".

" ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐›๐š๐ ๐ข ๐ข๐›๐ฎ ๐ข๐ง๐ข, ๐ข๐š ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐š๐ญ ๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐๐ž๐ฉ๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค๐ง๐ฒ๐š".

Jarak sekolah yang jauh dan kekangan kewangan pernah menjadi penghalang. Namun dengan adanya Tadika Amal Yayasan Amal Malaysia di Kampung Salangan, anak-anak kini berpeluang belajar, mengenal huruf dan membina keyakinan diri.

Mendengar ucapan syukur daripada seorang ibu sudah cukup membuat kami percaya bahawa setiap usaha ini sangat bermakna.

๐Ÿคฒ Semoga Tadika Amal terus menjadi asbab lebih ramai anak-anak pedalaman mendapat peluang pendidikan awal yang terbaik.

Jika Allah melapangkan rezeki kita, marilah bersama-sama menyokong usaha ini.

๐Ÿ“Œ Sumbangan:
๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
Ref: Tadikaamal

๐Ÿค Satu sumbangan hari ini, mungkin menjadi permulaan masa depan seorang anak di pedalaman.

27/07/2026

Sebelum melangkah pulang, kami berkumpul seketika.

Di sinilah nasihat disampaikan, doa dipanjatkan dan semangat terus disemai.

Walaupun serba sederhana, kami percaya setiap ilmu yang dipelajari hari ini akan menjadi bekalan buat mereka pada masa hadapan.

๐Ÿคฒ Jika Allah melapangkan rezeki kita, marilah bersama-sama menyokong usaha dakwah dan pendidikan di pedalaman.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
Ref: Tabung Dakwah

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan. ๐Ÿค

โ€œCuba lukiskan baju yang paling kamu idamkan.โ€Masing-masing mula melukis dengan penuh semangat. Ada yang melukis baju be...
24/07/2026

โ€œCuba lukiskan baju yang paling kamu idamkan.โ€

Masing-masing mula melukis dengan penuh semangat. Ada yang melukis baju berwarna-warni, ada yang menambah lambang kegemaran mereka, dan ada yang melukis sepasang kasut supaya padan dengan baju impian.

Namun, di satu sudut kelas, seorang murid hanya memandang kertas kosong.

Guru menghampiri lalu bertanya perlahan,

โ€œKenapa tak mula melukis?โ€

Anak itu tersenyum hambar.

โ€œCikguโ€ฆ kalau saya lukis pun, saya tak rasa saya akan dapat pakai.โ€

Guru terdiam.

Anak kecil itu menyambung,

โ€œDi rumah, kalau ada baju yang masih boleh dijahit atau dipakai walaupun dah lusuh, mak kata pakailah dulu. Baju baharu bukan keutamaan.โ€

Akhirnya dia tetap melukis.

Dia melukis sehelai baju putih yang sederhana. Tiada corak yang mewah. Tiada jenama terkenal.

Cuma sehelai baju yang cukup untuk dipakai ke sekolah tanpa rasa malu.

Kadangkala, yang kita anggap biasa, bagi orang lain adalah sebuah impian.

Dan yang lebih menyedihkan, ada impian yang tidak pernah menjadi kenyataan, bukan kerana mereka tidak berusahaโ€ฆ tetapi kerana kehidupan memaksa mereka mendahulukan keperluan daripada keinginan.

Mungkin, hari ini kita mampu menjadi sebab senyuman mereka. Kerana bagi sesetengah anak, menerima sehelai baju baharu bukan sekadar mendapat pakaianโ€ฆ tetapi merasakan bahawa masih ada insan yang mengambil peduli tentang mereka

Kami mungkin mengajar dalam keadaan yang serba sederhana...Tiada kelas yang sempurna, tiada kemudahan yang lengkap. Namu...
23/07/2026

Kami mungkin mengajar dalam keadaan yang serba sederhana...

Tiada kelas yang sempurna, tiada kemudahan yang lengkap. Namun setiap hari, kami tetap menyampaikan ilmu dengan penuh harapan.

Semoga setiap huruf yang dipelajari, setiap doa yang diaminkan, dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi amal jariah yang terus mengalir buat anak-anak pedalaman ini.

Doakan agar mereka terus diberi peluang untuk belajar dan menjadi generasi yang mencintai agama. ๐Ÿคฒ

22/07/2026

Hari ini mereka membaca Iqra'. ๐Ÿค

Semoga suatu hari nanti, merekalah yang akan menyampaikan al-Quran dan menyebarkan cahaya ilmu kepada generasi seterusnya.

Doakan agar langkah kecil mereka hari ini menjadi asbab lahirnya para daie yang berbakti kepada agama dan masyarakat.

๐Ÿคฒ Jika Allah melapangkan rezeki kita, marilah bersama-sama menyokong usaha dakwah dan pendidikan di pedalaman.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
Ref: Tadikaamal

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT. ๐Ÿค

21/07/2026

Hari ini mereka belajar menulisโ€ฆ โœ๏ธ
Mungkin hanya sebatang pensel dan sebuah buku di tangan mereka, tetapi di situlah bermulanya sebuah impian.

Di pedalaman, setiap ilmu yang disampaikan adalah satu cahaya yang membuka jalan masa depan. Anak-anak kecil ini bukan sekadar belajar membaca dan menulis, tetapi sedang dibimbing mengenal agama, membina keyakinan dan mencipta harapan.

Siapa tahuโ€ฆ suatu hari nanti, tangan kecil yang sedang menulis hari ini akan menjadi tangan yang menyebarkan ilmu dan membawa manfaat kepada ramai insan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bersama kita bantu lahirkan generasi yang berilmu dan berakhlak. Jika Allah lapangkan rezeki kita, marilah menyokong usaha pendidikan dan dakwah di pedalaman.

๐Ÿคฒ Sumbangan:
๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
๐Ÿ“ Ref: TadikaAmal

Semoga setiap ilmu yang mereka peroleh menjadi pahala yang terus mengalir buat semua yang membantu.

20/07/2026

Mereka belajar dengan penuh kesungguhan walaupun dalam serba kekurangan. Semoga lebih ramai anak-anak di pedalaman dapat terus mengenal al-Quran dan menuntut ilmu.

Jika Allah lapangkan rezeki kita, marilah bersama-sama menyokong usaha pendidikan dan dakwah di pedalaman.

> ๐Ÿคฒ Sumbangan:
๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
๐Ÿ“ Ref: TadikaAmal
Semoga Allah menerima setiap kebaikan yang dihulurkan.

14/07/2026

Di sebalik hidangan yang sederhana ini, ada hati-hati kecil yang menunggu dengan penuh gembira. ๐Ÿ˜Š

๐Ÿฅค Bagi kita mungkin hanya keropok dan air minuman, tetapi bagi mereka, ia adalah rezeki yang dinanti setiap hari di tadika. Setiap suapan membawa senyuman, setiap tegukan memberi semangat untuk terus belajar. โค๏ธ

๐Ÿคฒ Jika Allah melapangkan rezeki kita, marilah bersama-sama terus membantu memastikan anak-anak Tadika Kg. Salangan dapat belajar dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.
๐Ÿ”— https://toyyibpay.com/Bina-Daie-Nusantara

Atau melalui akaun:
๐Ÿฏ Maybank
5624 3253 8078
๐Ÿ“ Ref: Tabung Dakwah

๐ŸŒธ "Kerana anak-anak ini bukan sekadar memerlukan makanan, mereka juga sedang membina masa depan."

Address

Yayasan Amal Malaysia. Lot 4459 Jalan Haji Muhamad Amin Sungai Merab Luar Kajang
Kajang
43000

Telephone

+60196342942

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika AMAL - Yayasan Amal Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category