SK NANGA SERAU, JULAU

SK NANGA SERAU, JULAU YBB 6201
Sebuah sekolah pedalaman Daerah Julau yang terletak kira-kira 26 kilometer dari Pejabat Pen

SEJARAH TERCIPTA: ANAK PEDALAMAN SERAU-KEDUP KE PERINGKAT NEGERI UNTUK HOKI! Pada 23 hingga 25 Julai 2025 yang lalu, SK ...
06/08/2025

SEJARAH TERCIPTA: ANAK PEDALAMAN SERAU-KEDUP KE PERINGKAT NEGERI UNTUK HOKI!

Pada 23 hingga 25 Julai 2025 yang lalu, SK Nanga Serau dan SK Nanga Kedup telah bergabung tenaga membentuk dua pasukan hoki (Lelaki & Perempuan) untuk kategori 12TKB di Kejohanan Hoki MSSB Sarikei. Ia adalah satu langkah berani yang telah melakar sejarah sebagai penyertaan julung kali dua sekolah pedalaman dalam sukan hoki.

βœ… Pasukan lelaki berjaya meraih tempat ke-3 keseluruhan
βœ… Pasukan perempuan menamatkan saingan di tempat ke-4 dalam kumpulan

Lebih membanggakan, dua pemain hoki perempuan daripada pasukan gabungan ini, iaitu Aleysha Anak Jeffery Mandie (SK Nanga Serau) dan Fhellycia Anak Osmund (SK Nanga Kedup) telah terpilih mewakili Bahagian Sarikei ke Kejohanan Hoki MSS Sarawak Peringkat Negeri yang bakal berlangsung pada 11 hingga 15 Ogos 2025 di Stadium Hoki Negeri Sarawak.

Penyertaan ini bukanlah perkara yang mudah. Ia menuntut pengorbanan masa, latihan bersama merentasi jarak, dan semangat kerjasama antara dua sekolah pedalaman yang mempunyai tekad mahu membawa nama ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan warga sekolah yang memberi sokongan padu. Dari pedalaman, anak-anak ini melangkah dengan berani.

Kami doakan kejayaan buat Aleysha dan Fhellycia di pentas negeri!

Dari padang kecil Serau, melangkah gagah ke stadium negeri! Tahniah dan syabas kepada adik Aleysha Anak Jeffery Mandie, ...
06/08/2025

Dari padang kecil Serau, melangkah gagah ke stadium negeri!

Tahniah dan syabas kepada adik Aleysha Anak Jeffery Mandie, telah terpilih untuk mewakili Bahagian Sarikei ke Pertandingan Hoki 12TKB (Perempuan) Peringkat Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 11 hingga 16 Ogos 2025 bertempat di Stadium Hoki Negeri Sarawak.

Ini merupakan penyertaan julung kali SK Nanga Serau dalam sukan hoki, dan pemilihan Aleysha ke peringkat negeri membuktikan bahawa potensi anak-anak pedalaman juga mampu menyerlah setanding rakan-rakan dari kawasan lain.

Semoga Aleysha terus melangkah dengan semangat kesukanan, disiplin yang tinggi dan keberanian luar biasa. Kami bangga melihat anak Serau melangkah lebih jauh. Teruskan semangat juang, Aleysha! Kami di belakangmu πŸ’ͺπŸ‘


Langkah Pertama, Langkah Berani!Pada 6 Ogos 2025, dua murid SK Nanga Serau iaitu Adik Aldrianna Annastasia Bella dan Adi...
06/08/2025

Langkah Pertama, Langkah Berani!

Pada 6 Ogos 2025, dua murid SK Nanga Serau iaitu Adik Aldrianna Annastasia Bella dan Adik Jessie Manyie telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Poetry Recitation Peringkat Daerah yang berlangsung di SK Nanga Kara.

Penyertaan ini merupakan penampilan sulung sekolah dalam pertandingan tersebut, dan mereka telah menunjukkan usaha serta semangat yang sangat membanggakan walaupun tidak membawa pulang sebarang kemenangan.

Tahniah atas keberanian dan kesungguhan! Setiap langkah kecil hari ini adalah asas kepada kejayaan besar esok hari.


Cerita yang Disulam dengan Keyakinan! Pada 5 Ogos 2025, adik Constantine Anak Augustin Panting telah mewakili SK Nanga S...
06/08/2025

Cerita yang Disulam dengan Keyakinan!

Pada 5 Ogos 2025, adik Constantine Anak Augustin Panting telah mewakili SK Nanga Serau dalam Pertandingan Story Telling sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Julau 2025.

Meskipun tidak membawa pulang sebarang kemenangan, Constantine berjaya menyampaikan cerita dengan penuh ekspresi, intonasi yang menarik, dan keberanian luar biasa di atas pentas.

Tahniah atas semangat dan usaha yang ditunjukkan! Setiap pengalaman adalah satu langkah ke hadapan dalam perjalanan menjadi insan hebat.


Berani Bersuara, Berani MencubaPada 5 Ogos 2025 yang lalu, adik Wesley Ema telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Pub...
06/08/2025

Berani Bersuara, Berani Mencuba

Pada 5 Ogos 2025 yang lalu, adik Wesley Ema telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Public Speaking sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Julau 2025.

Meskipun tidak membawa pulang sebarang kemenangan, keberanian beliau untuk tampil dan berucap di hadapan khalayak ramai dalam bahasa Inggeris adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Syabas Wesley atas semangat juang dan keyakinan diri yang tinggi. Semoga pengalaman ini menjadi titik tolak kepada kejayaan-kejayaan yang akan datang. 🌟


Melentur Permata Galaksi Serau dari Awal Usia! Pada 25 Julai 2025 yang lalu, seramai 6 orang murid cilik Prasekolah Gala...
04/08/2025

Melentur Permata Galaksi Serau dari Awal Usia!

Pada 25 Julai 2025 yang lalu, seramai 6 orang murid cilik Prasekolah Galaksi Serau telah menyertai Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Julau bertempat di SK Nanga Wak, Julau.

Dua kategori telah disertai dengan penuh semangat dan ceria:

1. Kategori Tarian Lagu Rakyat yang diwakili oleh kesemua murid prasekolah yang mempamerkan aksi lincah dan bersemangat.
2. Pertandingan Smart Digital (Canva) yang diwakili oleh adik Daveson Orthom Anak Janang, yang membuktikan bahawa kreativiti tiada batas usia!

Segulung penghargaan buat Cikgu Elsie Patricia dan Puan Valerie Jessica yang tidak pernah jemu membimbing, melatih dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak prasekolah ini. Komitmen dan dedikasi mereka menjadi tulang belakang kepada kejayaan hari ini.

Tahniah dan syabas! Kecil bukan sebarang kecil tetapi kalian adalah harapan besar bangsa!


Semangat Juang yang Membanggakan! Pada 4 Ogos 2025, adik Christian Derrell telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Dar...
04/08/2025

Semangat Juang yang Membanggakan!

Pada 4 Ogos 2025, adik Christian Derrell telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Dare To Spell sempena Karnival Semarak Perpaduan Bahasa Peringkat Daerah Julau yang berlangsung di SK Nanga Semawang.

Walaupun beliau tidak membawa pulang kemenangan namun keberanian, keyakinan dan semangat juangnya di pentas pertandingan amat membanggakan warga SK Nanga Serau. Inilah nilai sebenar dalam pendidikan! Berani mencuba, belajar dari pengalaman dan tidak gentar menghadapi cabaran.

Tahniah, Christian! Teruskan langkahmu menuju kejayaan yang lebih gemilang! 🌟


🌿 Hijau Kami, Legasi Kami: Melestarikan Inovasi Hidroponik di Rumah Hijau Tenaga SolarDi balik kehijauan sayur yang tumb...
04/08/2025

🌿 Hijau Kami, Legasi Kami: Melestarikan Inovasi Hidroponik di Rumah Hijau Tenaga Solar

Di balik kehijauan sayur yang tumbuh subur di Rumah Hijau SK Nanga Serau, tersembunyi satu usaha berterusan bermula dari usaha kecil Cikgu Wong Makus bersama pasukan inovasi sekolah tiga tahun dahulu untuk mengekalkan kecemerlangan inovasi hijau yang telah membawa nama sekolah ini ke pentas kebangsaan dan antarabangsa. Terima kash kepada puan Guru Besar, Puan Josephine kerana meneruskan juga legasi ini.

Projek penanaman sayur secara hidroponik menggunakan tenaga solar ini bukan sekadar satu aktiviti asrama tetapi ia adalah misi jangka panjang untuk mendidik, membimbing, dan membentuk generasi lestari.

Di asrama, projek ini diketuai oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Asrama, En. Abdul Haffiz Afieqz Apeaceiyda, yang sentiasa komited memastikan anak-anak asrama bukan sekadar tahu menjaga diri, tetapi juga berperanan dalam menjaga alam.

Setiap hari mereka menyiram bukan hanya tanaman, tetapi juga nilai tanggungjawab, semangat berdikari dan cinta terhadap teknologi hijau.

🌱 Daripada akar usaha kecil, tumbuhlah pokok kejayaan yang besar.


✨ MEMPERKASA PERMATA PRASEKOLAH Pendidikan prasekolah adalah tapak pertama anak-anak melangkah ke dunia ilmu. Di SK Nang...
02/08/2025

✨ MEMPERKASA PERMATA PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah adalah tapak pertama anak-anak melangkah ke dunia ilmu. Di SK Nanga Serau, kami percaya setiap anak kecil membawa potensi besar dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menyuburkannya dengan kasih sayang, rangsangan awal dan pendekatan bersepadu.

Dipimpin oleh Cikgu Elsie Patricia Anak Edwin dan dibantu oleh PPM Prasekolah Puan Valerie Jessica Anak Bau, pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan dengan teliti bermula daripada pembelajaran berasaskan bermain, eksplorasi alam sekitar, aktiviti seni dan muzik, hinggalah latihan kemahiran hidup asas.

Setiap sudut pembelajaran disusun rapi dan strategik. Bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membina minda, emosi dan sahsiah anak-anak cilik Serau.

Lebih istimewa, penglibatan ibu bapa dalam program prasekolah juga amat memberangsangkan. Kolaborasi erat ini menjadikan proses pembelajaran lebih menyeluruh melibatkan dari sekolah hingga ke rumah.

Prasekolah bukan sekadar ruang bermain tetapi ia adalah tapak awal menyemai jati diri, nilai murni, dan cinta kepada ilmu. SK Nanga Serau sentiasa komited memastikan bahawa reformasi pendidikan turut menyinari ruang prasekolah, seiring membina sekolah yang cemerlang secara holistik.

β€œMembina sekolah yang cemerlang bermula dengan mendidik yang kecil dengan kasih sayang dan visi besar.”


πŸŽ‰ TAHNIAH PERMATA SERAU!Sempena Karnival Kesenian dan Sukan Sekolah Asrama Harian (ASAT) Peringkat Daerah Julau 2025 yan...
02/08/2025

πŸŽ‰ TAHNIAH PERMATA SERAU!

Sempena Karnival Kesenian dan Sukan Sekolah Asrama Harian (ASAT) Peringkat Daerah Julau 2025 yang berlangsung pada bulan Julai yang lalu, beberapa orang murid SK Nanga Serau telah menyertai pelbagai acara pertandingan dalam bidang kesenian.

Antara penyertaan yang membanggakan termasuk:

πŸ₯‡ Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
Adik Agnes Dian Anak Lanyau
πŸ“Œ Johan
πŸ“Œ Layak ke Peringkat Negeri
Pautan Video Rakaman: https://youtu.be/R2E4W8mbiF0?si=akmORT1xVr54zYHu

πŸ₯‡ Pertandingan Nyanyian Duo Bahasa Inggeris
Adik Jefferson Fartian Anak Janang & Adik Joseph Muyang Anak John Richie
πŸ“Œ Johan
πŸ“Œ Layak ke Peringkat Negeri
Pautan Video Rakaman: https://youtu.be/eMqjZlvcel8?feature=shared

πŸ‘ Pertandingan Nyanyian Duo Bahasa Melayu
Adik Agnes Dian Anak Lanyau & Adik Jefferson Fartian Anak Janang
πŸ“Œ Penyertaan cemerlang
Pautan Video Rakaman: https://youtu.be/Ml4tdHZe6bo?feature=shared

πŸ‘ Story Telling Competition (English)
Adik Christian Derrell Anak David
πŸ“Œ Penyertaan cemerlang
Pautan Video Rakaman: https://youtu.be/sF65hwoHBoQ?feature=shared

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta guru pembimbing yang komited membimbing anak-anak Serau hingga berjaya mengukir pencapaian membanggakan.

Teruskan usaha dan semangat!


🌼 Program Jalinan Kasih Pemulihan Khas; Prihatin, Menyantuni, Membimbing. Di SK Nanga Serau, kami percaya bahawa setiap ...
02/08/2025

🌼 Program Jalinan Kasih Pemulihan Khas; Prihatin, Menyantuni, Membimbing.

Di SK Nanga Serau, kami percaya bahawa setiap anak adalah anugerah yang wajar diberi ruang dan peluang untuk berkembang mengikut keupayaan mereka. Melalui Program Jalinan Kasih Pemulihan Khas, tumpuan khas diberikan kepada murid-murid GALUS (Lemah Literasi dan Numerasi) agar mereka tidak tercicir daripada arus pendidikan.

Program ini diketuai oleh Cikgu Tang Chu Ching, Guru Pemulihan Khas sekolah, yang sabar dan cekal mendampingi murid dengan kasih sayang dan pendekatan berfokus.

Apa yang lebih istimewa, program ini turut melibatkan penglibatan ibu bapa secara langsung dalam usaha memantau dan menyokong perkembangan anak-anak mereka di rumah.

Sesi kolaboratif antara guru dan ibu bapa diadakan bagi memastikan intervensi yang dijalankan di sekolah dapat diteruskan dalam persekitaran rumah yang kondusif dan positif.

SK Nanga Serau terus komited dalam:

✨ Membangunkan potensi setiap murid
✨ Menyantuni mereka dengan penuh empati
✨ Menghubungkan sekolah dan rumah dalam satu jalinan kasih yang bermakna

β€œSetiap langkah kecil mereka, adalah harapan besar kita semua.”


SARAWAK ECO RUN 4.0 (PERINGKAT NEGERI)26 Jun 2025 | Larian Serentak Seluruh SarawakTahniah diucapkan kepada tujuh orang ...
02/08/2025

SARAWAK ECO RUN 4.0 (PERINGKAT NEGERI)
26 Jun 2025 | Larian Serentak Seluruh Sarawak

Tahniah diucapkan kepada tujuh orang murid SK Nanga Serau yang telah menyahut cabaran dan menyertai Sarawak Eco Run 4.0 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia, Cawangan Julau.

Acara ini telah berlangsung secara serentak di seluruh negeri Sarawak dan bertujuan memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta keprihatinan terhadap alam sekitar.

Berikut pencapaian membanggakan anak-anak Serau:

πŸ₯‡ Christian Derrell Anak David – Johan (Kategori Lelaki)
πŸ… Jary Jalak Anak Jeffery – Tempat Ke-4 (Kategori Lelaki)
πŸŽ–οΈ Hailley Jawan Anak Bantin – Tempat Ke-6 (Kategori Lelaki)
πŸ… Agglera Mesa Ici Anak Jeffery – Tempat Ke-7 (Kategori Perempuan)

Syabas atas semangat dan dedikasi yang ditunjukkan! Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, bukan sahaja dalam sukan, malah dalam semua bidang yang diceburi.


Address

Julau
96600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK NANGA SERAU, JULAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK NANGA SERAU, JULAU:

Shortcuts

Share

Category