Teja Amni Autism Care Center

Teja Amni Autism Care Center Early Intervention Program (EIP)

✅ Behaviour Management
✅ Self Help Skill
✅ Activity Daily Living Skills
✅ Gross Motor Skill
✅ Fine Motor Skill

20/08/2026

✨ Messy Play, Happy Day! 🥰🎨

Hari ni anak-anak kita seronok meneroka dunia melalui Messy Play! 🤭💦🖐🏻

Biar tangan comot, baju sedikit kotor… yang penting senyum lebar & pengalaman baru! 😍

Aktiviti macam ni membantu anak meneroka tekstur, menguatkan kemahiran sensori serta menggalakkan kreativiti dan keyakinan diri. 🌈✨

19/08/2026

18.08.2026

Menyantuni Cik Nurin dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah memilih Pusat Jagaan Autisme Teja Amni sebagai lokasi bagi menjalankan Projek Sarjana Muda (Final Year Project) bertajuk “Virtual Reality to Foster Socialisation Skills for Children with High-Functioning Autism (HFA)”.

Semoga projek ini dapat memberi manfaat serta membuka ruang kepada penerokaan kaedah intervensi yang lebih inovatif dalam membantu meningkatkan kemahiran sosial anak-anak autisme. 💙✨

Terima kasih kerana memilih Teja Amni sebagai sebahagian daripada perjalanan projek ini. Semoga dipermudahkan dan berjaya!

12/08/2026

sementara tunggu kawan kawan semua sampai, jom kita belajar sekejap😆

Badan Saya VS Bentuk

07.08.2026 | Pertemuan Ibu Ayah 🤍Alhamdulillah, selesai sudah perjumpaan bersama ibu ayah bagi membincangkan Rancangan P...
12/08/2026

07.08.2026 | Pertemuan Ibu Ayah 🤍

Alhamdulillah, selesai sudah perjumpaan bersama ibu ayah bagi membincangkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) serta Progress Report Pertengahan Tahun 2026 anak-anak. 🌷

Pertemuan seperti ini bukan sekadar berkongsi perkembangan anak-anak, tetapi menjadi ruang untuk ibu ayah dan guru saling bertukar pandangan, memahami keperluan anak dengan lebih dekat serta merancang langkah seterusnya bersama-sama. 🥰

Setiap anak mempunyai perjalanan perkembangan yang berbeza. Ada yang mungkin menunjukkan kemajuan kecil, ada yang memerlukan lebih banyak masa, dan ada juga yang tiba-tiba menunjukkan pencapaian yang sangat membanggakan.

Semoga pertemuan kali ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara ibu ayah, anak-anak dan guru, serta mewujudkan kerjasama yang lebih baik dalam membantu anak-anak berkembang mengikut potensi mereka.

Terima kasih kepada semua ibu ayah atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada kami. 🌸

Kita mungkin tidak mampu mengubah seluruh dunia mereka, tetapi bersama-sama kita mampu mencipta dunia yang lebih baik untuk mereka. 🤍

Semoga setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini menjadi langkah besar untuk masa depan anak-anak.
Insya-Allah, kita terus melangkah bersama. 🌱💙

05/08/2026

Teacher saja ja suruh tonjet tonjet, lompat lompat baling baling. tak nak
bagi ngantok🥰

cuba teka berapa kali teacher sebut pandai?😂

05/08/2026

Size Concept + Positonal Concept ❤️

01/08/2026

💪 Usaha hari ini, kejayaan esok.

Kemahiran tidak datang dalam sehari. Dengan latihan yang konsisten, setiap anak mampu berkembang mengikut potensi mereka. 💖 🌈

01/08/2026

✨ Belajar sambil bermain itu yang paling seronok!

Bila mereka gembira, pembelajaran pun jadi lebih bermakna . 🥰


🧩 Aktiviti Kemahiran Memadan 🧩Melalui aktiviti memadan, anak-anak belajar mengenal persamaan antara objek, gambar, warna...
27/07/2026

🧩 Aktiviti Kemahiran Memadan 🧩

Melalui aktiviti memadan, anak-anak belajar mengenal persamaan antara objek, gambar, warna dan bentuk dengan cara yang menyeronokkan.

Aktiviti ini membantu meningkatkan fokus, pemerhatian, koordinasi mata dan tangan serta kemahiran kognitif yang menjadi asas penting untuk pembelajaran harian. 🌈✨

Kakak dan Abang hari ini berlatih menyapu lantai sekali lagi. Semoga kemahiran ini dapat membantu mereka meringankan tugas ibu dan ayah di rumah 🥰

Adik cuba mengambil gelung dan mengeluarkannya dari badan sendiri. Simulasi ini diharap dapat membantu adik belajar menyalin baju sendiri😍

Address

No 1, Jalan Jaya 2/11, Taman Pagoh Jaya, Pagoh
Jorak
84500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601162365591

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Teja Amni Autism Care Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category