13/09/2024
TAHNIAH
ALHAMDULILLAH, Satu lagi kejayaan daripada kontinjen Johor Bahru telah berjaya dirangkul. Kontinjen Johor Bahru telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSJ baru-baru ini.
Sekalung penghargaan kepada barisan pegawai teknikal, jurulatih, guru pengiring, atlet dan seluruh pegawai yang terlibat dalam usaha untuk melatih dan menjayakan program ini sehingga berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan olahraga kali ini.
04/09/2024
Kejohanan Sukan e-Stacking Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan kali ke-2 2024
Hari ini telah pun selesai kejohanan sukan e-stacking pendidikan khas peringkat kebangsaan. Semua peserta dan jurulatih telah pun melakukan yang terbaik dalam pertandingan kali ini.
Nantikan keputusan rasmi daripada pihak Bahagian Pendidikan Khas BP Khas pada 13 September 2024 nanti. Moga ada sinar kejayaan daripada Kontinjen Johor.
31/08/2024
TELAH BERMULA !!!
Latihan pusat sukan stacking peringkat kebangsaan bagi kontinjen Johor telah pun bermula dan tahun ni Johor Bahru terpilih menjadi tuan rumah untuk latihan pusat. Latihan ini adalah penting untuk persediaan bagi menghadapi pertandingan yang akan datang.
Terima kasih dan teruskan menyokong, doakan kejayaan untuk semua, moga kemenangan menjadi milik kita nanti.
---
27/08/2024
Hari kedua KOIKJ
TAHNIAH kepada semua peserta daripada daerah Johor Bahru atas kejayaan yang berjaya diperoleh hari ini.
Antara acara yang dipertandingkan hari ini :
- Futsal (Tempat ke-3)
- Badminton 🏸
Perseorangan Lelaki Sekolah Menengah 🥇
Beregu Guru Lelaki Terbuka 🥇
Beregu Guru Perempuan Terbuka 🥈
- Sukan Stacking
Keputusan Rasmi Stacking 🏆
BP rendah
Lelaki- Johan🥇
Perempuan- Naib Johan🥈
BP menengah
Lelaki- Johan🥇
Perempuan- Johan🥇
BD rendah
Lelaki- Johan🥇
Perempuan- X
BD menengah
Lelaki- X
Perempuan- Johan🥇
BL rendah
Lelaki- Naib Johan🥈
Perempuan- tempat Ke-3🥉
BL menengah
Lelaki- Naib Johan🥈
Perempuan- Johan🥇
Kategori Guru
Lelaki - Johan🥇
Perempuan Naib Johan🥈
- Keputusan Acara Kesenian, Kemahiran & Semarak Islam
Tarian
Sekolah rendah: Tempat ke-5
Sekolah menengah: Tempat ke-4 & Busana terbaik
Nyanyian solo
Sekolah menengah: Tempat ke-6
Kolaj manik
Tempat ke-3
Dekorasi kek
Tempat ke-6
Nasyid
Sekolah rendah: Naib Johan
26/08/2024
Hari pertama KOIKJ
TAHNIAH kepada semua peserta daripada daerah Johor Bahru, moga lebih banyak kejayaan untuk diraih esok hari.
Antara acara yang dipertandingkan hari ini :
- catur
- Boling
- Futsal
- Sajak
- Peragaan Pakaian Prasekolah
26/08/2024
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera!
Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan **Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (KOIKJ) Negeri Johor 2024**!
📍 **Tempat**: TOPPEN SHOPPING CENTRE, JOHOR BAHRU
🗓 **Tarikh**: 26 & 27 OGOS 2024 (ISNIN & SELASA)
⏰ **Masa**: 10.00 PAGI - 9.00 MALAM
Karnival ini penuh dengan aktiviti menarik yang melibatkan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas:
📝 Pertandingan Kemahiran
📝 Pertandingan Kesenian
📝 Pameran dari pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta
Ajak keluarga dan sahabat untuk bersama-sama memeriahkan acara istimewa ini. Sertai kami untuk meraikan keunikan dan bakat luar biasa mereka!
18/08/2024
TAHNIAH!!
KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS MSSD JOHOR BAHRU TAHUN 2024
Alhamdulillah KOPK JB 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kebersamaan dan kerjasama yang diberikan tanpa mengira masa dan tenaga.
💐Tahniah kepada sekolah Pengelola SKPK Johor Bahru dan barisan jawatankuasa-jawatankuasa kerja yang bertungkus lumus dalam memastikan KOPK JB 2024 berjalan dengan lancar.
💐 Tahniah kepada guru-guru yang bertungkus lumus melatih murid-murid untuk menyertai kejohanan ini. Usaha dan dedikasi dalam mempersiapkan murid untuk kejohanan ini sangat dihargai dan telah memberikan impak besar kepada kejayaan mereka.
💐Segala kekurangan sepanjang KOPK JB 2024 akan menjadi panduan untuk usaha penambahbaikan di program-program akan datang
💐 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus memupuk semangat kesukanan dan mencapai kejayaan yang lebih besar di masa depan.
PENDIDIKAN KHAS JB TERBAIK!!
18/08/2024
HARI KETIGA KOPK JB
🔥Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru 🔥
13 Ogos 2024 , Stadium Azman Hashim UTM Skudai
18/08/2024
HARI KEDUA KOPK JB
🔥Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru 🔥
14 Ogos 2024 , Stadium Azman Hashim UTM Skudai.
18/08/2024
HARI PERTAMA KOPK JB
🔥Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru 🔥
13 Ogos 2024 , Stadium Azman Hashim UTM Skudai.
14/08/2024
Program Bimbingan dan Pementoran PLC-C Program Pendidikan Inklusif Model Holistik (PPIMH) telah dilaksanakan pada
8 Julai 2024 - SK Taman Impian Emas
30 Julai 2024 - SK Taman Tun Aminah
31 Julai 2024 - SK Sri Skudai
Moga perkongsian yang disampaikan dapat memberika maafaat pada guru-guru serta Program Pendidikan Inklusif Model Holistik (PPIMH) dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah masing-masing nanti.
14/08/2024
TAHNIAH!!
Dinobatkan JOHAN KESELURUHAN dalam KEJOHANAN SUKAN STACKING PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR KALI KE 4 TAHUN 2024
Alhamdulillah dan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan tanpa mengira masa dan tenaga.
💐Tahniah kepada sekolah Pengelola SJKC Kuo Kuang dan barisan jawatankuasa2 yang bertungkus lumus dalam memastikan kejohanan peringkat Negeri ini berjalan dengan lancar.
💐 Semoga segala kekurangan sepanjang kejohanan akan menjadi panduan untuk usaha penambahbaikan di program2 akan datang
💐 kami amat mengalu2kan cadangan penambahbaikan melalui post mortem dari AJK2 untuk rujukan akan datang
PENDIDIKAN KHAS JB TERBAIK!!