Kelas Al-Quran Anjung Takzim Johor Bahru

  • Home
  • Kelas Al-Quran Anjung Takzim Johor Bahru

Kelas Al-Quran Anjung Takzim Johor Bahru Kelas Al-Quran Kanak-Kanak

Sebulan yang lalu, seorang anak kecil berusia 4 tahun mula melangkah masuk ke kelas mengaji di Anjung Takzim.Hari ini, a...
03/02/2026

Sebulan yang lalu, seorang anak kecil berusia 4 tahun mula melangkah masuk ke kelas mengaji di Anjung Takzim.

Hari ini, alhamdulillah…

Dia sudah boleh:
1) Menyebut huruf A Ba Ta di rumah
2) Duduk dan fokus membaca Iqra’
3) Mengikut sebutan dengan yakin
4) Bahkan sudah mula belajar mengambil wuduk, walaupun masih belajar langkah demi langkah

Perubahan ini bukan tentang cepat pandai,
tetapi tentang dibimbing dengan sabar,
diraikan usahanya, dan dididik mengikut kemampuan usianya 🌸

✨ KELAS MENGAJI ANJUNG TAKZIM ✨
Masih Ada Kekosongan!

📖 Kami membuka peluang kepada ibu bapa yang ingin anak-anak dibimbing mengaji secara berperingkat, sabar dan beradab.

🌟 Pilihan Pakej Mengaji

📘 Pakej A
🗓 Isnin & Selasa
⏰ 8.00 – 9.30 malam
✔️ 2 sesi seminggu
✔️ Sesuai untuk pelajar yang mahu belajar secara konsisten pada waktu malam

📗 Pakej B
🗓 Ahad
⏰ 8.00 – 9.30 malam
✔️ 1 sesi seminggu
✔️ Pilihan fleksibel untuk jadual hujung minggu

📙 Pakej C (Intensif)
🗓 Isnin hingga Khamis
⏰ 3.00 – 5.00 petang
✔️ 4 sesi seminggu
✔️ Sesuai untuk pelajar yang memerlukan bimbingan lebih kerap

👩‍🏫 Setiap kelas dikendalikan oleh seorang pengajar
👥 Maksimum 10 pelajar sahaja bagi setiap kelas
📖 Fokus kepada asas mengaji, tajwid & pembentukan adab bersama al-Quran

🌱 Kami percaya, al-Quran perlu diajar dengan sabar — bukan tergesa-gesa.
Ayuh bina hubungan anak-anak dengan al-Quran dari sekarang 🤍

📩 Pendaftaran & maklumat lanjut:
👉 http://www.wasap.my/60142460878/NgajiAnjungTakzim

🌿 PAKEJ MENGAJI ANJUNG TAKZIM 🌿Membina asas al-Quran dengan tenang, berperingkat & berfokus.Di Anjung Takzim, kami menek...
20/01/2026

🌿 PAKEJ MENGAJI ANJUNG TAKZIM 🌿

Membina asas al-Quran dengan tenang, berperingkat & berfokus.

Di Anjung Takzim, kami menekankan pembelajaran mengaji yang tersusun, mesra pelajar dan berkesan, dalam suasana yang selamat dan terjaga. Setiap kelas dihadkan kepada maksimum 10 pelajar sahaja bagi memastikan perhatian penuh daripada pengajar.

✨ Pilihan Pakej Mengaji:
📘 Pakej A
🗓 Isnin & Selasa
⏰ 8.00 – 9.30 malam
✔️ 2 sesi seminggu
✔️ Sesuai untuk pelajar yang mahu konsisten belajar pada waktu malam.

📗 Pakej B
🗓 Ahad
⏰ 8.00 – 9.30 malam
✔️ 1 sesi seminggu
✔️ Pilihan fleksibel untuk jadual hujung minggu

📙 Pakej C
🗓 Isnin hingga Khamis
⏰ 3.00 – 5.00 petang
✔️ 4 sesi seminggu
✔️ Intensif & sesuai untuk pelajar yang memerlukan bimbingan lebih kerap
👩‍🏫 Setiap kelas dikendalikan oleh seorang pengajar
👥 Maksimum 10 pelajar sahaja setiap kelas
📖 Fokus kepada asas mengaji, tajwid, dan pembentukan adab bersama al-Quran
🌱 Kami percaya, al-Quran perlu diajar dengan sabar, bukan tergesa-gesa.

Ayuh bina hubungan anak-anak dengan al-Quran dari sekarang 🤍

📩 Hubungi kami untuk maklumat lanjut & pendaftaran:

http://Www.wasap.my/60142460878/NgajiAnjungTakzim

📣 *GURU NGAJI DIPERLUKAN!*Jom bersama kami membentuk generasi celik al-Quran 🌱📖*Pusat Komuniti Anjung Takzim sedang menc...
05/08/2025

📣 *GURU NGAJI DIPERLUKAN!*
Jom bersama kami membentuk generasi celik al-Quran 🌱📖

*Pusat Komuniti Anjung Takzim sedang mencari calon guru ngaji* yang:
✅ Mahir asas Tajwid
✅ Sabar dan penyayang dalam mendidik kanak-kanak
✅ Boleh mengajar pada hari *Ahad, Isnin & Selasa* (*8.00 – 9.30 malam*)
✅ Boleh bermula September 2025
✅ Mempunyai kenderaan sendiri

🪑 *Kekosongan TERHAD.*
Kalau anda rasa ini peluang anda berbakti, mohon segera!

📧 Hantar resume ke:
📩 [email protected]
📱 WhatsApp kami di: https://www.wasap.my/60142460878/GuruNgaji

Jom jadi sebahagian daripada usaha membina ummah! 💪✨

Kelas Al Quran Kanak- Kanak di Pusat Komuniti Anjung Takzim.Kepada ibu bapa di sekitar Desa Mutiara, Taman Bukit Mutiara...
03/12/2024

Kelas Al Quran Kanak- Kanak di Pusat Komuniti Anjung Takzim.

Kepada ibu bapa di sekitar Desa Mutiara, Taman Bukit Mutiara, Kangkar Tebrau, Bandar Dato Onn, Setia Indah, Adda Height dan Taman Daya yang mencari kelas mengaji untuk anak- anak berusia 7 hingga 12 tahun. Jom mengaji di Anjung Takzim bersama kami.

Yang menariknya mengaji di sini, kita adakan sesi Kelas Jawi, Tahsin dan Praktikal Solat serta penceritaan kisah- kisah nabi. Apa yang dinanti anak- anak di sini adalah sesi penceritaan kisah- kisah nabi walaupun sesi tersebut hanya diadakan sebulan sekali.

Ada juga respon ibu yang menyatakan bahawa anaknya sudah mula pandai membaca jawi. Alhamdulillah, perubahan yang baik.

Berikut adalah jadual Kelas Al Quran Kanak- Kanak di Anjung Takzim:

▪️Ahad - Tahsin bacaan solat + mengaji

▪️Selasa - Baca jawi + latihan jawi + mengaji

▪️Minggu ke -4 - praktikal Solat ganti tahsin solat(Ahad) & penceritaan kisah nabi ganti jawi (selasa)

Berminat nak mendaftar anak ke kelas mengaji?

Hubungi nombor di bawah:
Puan Atikah 014-246 0878

Alhamdulillah, sejak Kelas jawi dibuka November lalu, kini jumlah pelajar yang mengikuti kelas Jawi Anjung Takzim serama...
03/12/2024

Alhamdulillah, sejak Kelas jawi dibuka November lalu, kini jumlah pelajar yang mengikuti kelas Jawi Anjung Takzim seramai 8 orang. Masih belum terlambat bagi ibu bapa yang mencari kelas jawi untuk mendaftarkan anak masing- masing. Pelajar kami kebanyakannya tinggal di sekitar Taman Austin, Taman Daya, Bandar Dato Onn ,Taman Bukit Mutiara dan di sekitarnya.

Pelajar akan mula belajar perkara asas dalam jawi iaitu mengeja dan menyebut huruf dan membaca. Selain itu ada juga sesi latihan menulis jawi untuk anak- anak.

Setakat ini, respon ibu bapa yang menghantar anak ke kelas jawi amat positif dan anak- anak seronok belajar jawi.

Berminat nak mendaftar anak ke kelas jawi?

Hubungi nombor di bawah:
Puan Atikah 014-246 0878

29/11/2024

Zara, 7 tahun sedang membaca jawi.
Bagi sesiapa yang mengikuti kelas Jawi Anjung Takzim, kami akan adakan beberapa sesi dalam kelas jawi:
1) Sesi mengeja dan membaca jawi
2) Menulis jawi

Anak- anak akan diajar dari perkara asas sehinggalah boleh mengenal,mengeja, menulis dan membaca jawi sehingga lancar.

Bagi ibu bapa yang hendak mendaftarkan anak ke Kelas Jawi boleh hubungi nombor di bawah:
Atikah 014-246 0878

Ibu bapa yang mencari kelas jawi untuk anak- anak, boleh daftarkan anak di Anjung Takzim. Kami menerima kanak- Kanak 6 h...
26/11/2024

Ibu bapa yang mencari kelas jawi untuk anak- anak, boleh daftarkan anak di Anjung Takzim. Kami menerima kanak- Kanak 6 hingga 12 tahun.

Dalam kelas jawi apa yang diajar?
1) Perkara asas dalam jawi
2) Membaca tulisan Jawi
3) Menyambungkan huruf jawi

Jom segera daftar sebelum kelas penuh.

Berminat? Sila hubungi Puan Atikah 014-246 0878

Rasa macam baru sahaja buka kelas Al- Quran KANAK- Kanak di Anjung Takzim. Alhamdulillah, sambutan amat baik dan sekaran...
26/11/2024

Rasa macam baru sahaja buka kelas Al- Quran KANAK- Kanak di Anjung Takzim. Alhamdulillah, sambutan amat baik dan sekarang kami dalam perancangan membuka kelas kedua untuk mengaji.

Untuk pengetahuan semua juga, kami baru juga buka kelas membaca dan menulis jawi awal bulan November yang lepas.

Berikut adalah maklumat berkaitan kelas mengaji dan jawi:

Kelas Mengaji
Hari: Ahad & Selasa
Masa: 8.00 malam hingga 9.30 malam

Kelas Jawi
Hari: Jumaat
Masa: 8.00-9.00 pagi

Mana- mana ibu bapa yang berhasrat untuk mendaftarkan anak- anak Sila hubungi nombor di bawah:

Puan Atikah - 0142460878

26/08/2024

Pelajar 7 tahun ini sedang buat latihan jawi asas. Siapa kata belajar jawi itu susah. Yang tiada basic pun boleh ikut step by step. Memang pada permulaannya nak tulis pun kekok dan tak biasa. Tapi lama kelamaan ianya akan jadi mudah dan senang. Percayalah.

Yang penting pelajar itu sendiri perlu terus bersemangat untuk belajar dan yang penting dorongan dari ibu bapa dan tenaga pengajar. Seronok melihat kanak- kanak belajar jawi yang mana ianya semakin dilupakan.

Kepada ibu bapa yang mencari kelas mengaji dan kelas jawi untuk anak- anak, bolehlah hubungi nombor di bawah untuk pendaftaran.

Atikah - 014-246 0878

Address

3-01, Jalan Mutiara Indah 1, Taman Mutiara Indah,, Johor Bahru

81100

Opening Hours

Tuesday 20:00 - 21:30
Sunday 20:00 - 21:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Al-Quran Anjung Takzim Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share