Memori Seorang Pendidik

Memori Seorang Pendidik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Memori Seorang Pendidik, Tutor/Teacher, Muar, Johor.

25/08/2025
08/08/2025

BILA SESUATU BERLAKU......

Bila sesuatu berlaku, barulah kita tahu atau sedar betapa sukarnya menjadi guru dan dalam masa yang sama menjadi guru asrama. Guru bukan hanya menetukan pengajarannya berkesan tapi yang lebih penting pembentukan akhlak yang baik. Lebih kompleks lagi pelajar yang tinggal di asrama penuh, mereka berasal dari pelbagai latar belakang keluarga. Dari kepelbagaian ini guru ditugaskan untuk membentuk atau menjadikan pelajar yang berakhlak mulia. Sudah pasti ini mengambil masa dan sudah tentu peranan ibu bapa sangat diharapkan ke arah pembentukan karakter yang baik. Sebagai contoh, kalau belum masuk asrama pelajar tidak pandai solat atau pun tidak pernah solat, maka bila masuk asrama mereka wajib solat berjemaah di surau. Persoalannya ialah kehidupan pelajar di asrama yang perlu di uruskan dengan baik agar dpat disemai amalan nilai murni dalam diri pelajar itu sendiri. Aktivit pelajar di asrama perlu dirancang dan diurus dengan baik. Pelajar pelajar perlu di penuhi dengan aktiviti yang bermakna yang menjurus kepada kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sahsiah. Tidak mudah seperti yang dikatakan ini malah guru perlu ada kemahiran tertentu dalam mengurus disiplin pelajar dan dalam masa yang sama perlulah penglibatan semua pihak dan berterusan. Program intervensi perlu dilaksanakan dengan bersasar dengan matlamat yang tersendiri. Tidak dilupakan peranan pentadbir sekolah amatlah penting dalam membuat keputusan dan menentukan hala tuju dan matlamat sekolah. PIBG juga penting dalam menyokong program sekolah dan sama-sama terlibat dalam pengurusan disiplin pelajar. Akhirnya semua pihak di sekolah wajib terlibat dan perlu dilibatkan agar sekolah menjadi tapak semaian ke arah kecemerlangan akademik dan karakter.

17/05/2025

Guru oh Guru

jangan berduka cikgu,
jika budi yang kautabur,
tiada yang menyanjungnya.
cukuplah sesekali ada muridmu
rasa terhutang kepadamu,
setiap kali bersua di majlis reunion.

jangan bersedih cikgu
jika jasa yang kaucucur,
tiada yang mengenangnya.
cukuplah sesekali ada muridmu
tiba-tiba bertanya khabarmu,
setiap kali tiba sambutan ' Hari Guru".

jangan berhiba cikgu
jika bakti yang kaucurahkan,
tiada siapa yang menghargainya.
cukuplah sesekali ada muridmu
terpanggil menziarahimu
setiap kali berkunjung ke alma-mater.

jangan bermurung cikgu
jika khidmat yang kauhulur,
tiada siapa yang menguar-uarkan.
cukuplah sesekali jika ada muridmu
mendoakan agar kau sejahtera
setiap kali menghantar anak ke sekolah.

jangan terkilan cikgu ,
jika tiada gelar menghias namamu
cukupah sekadar panggilan cikgu
kekal terukir dalam plak perkhidmatan
dibawa bersemadi ke liang lahad.

Nukilan
AZMI YUSOF

06/11/2024

Seorang Pengetua sering membebel semasa perhimpunan mingguan. Apa pandangan guru tentang situasi ini dan apa patut dilakuakan.

Address

Muar
Johor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Memori Seorang Pendidik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category