21/06/2025
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-3 & HARI TERBUKA SEKOLAH 2025
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG & Hari Terbuka SK Taman Pulai Emas 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2025 (Sabtu), bermula jam 8:00 pagi hingga 2:00 petang.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan:
✨ Yang Berbahagia En. Amar Ariffin, Wakil Rasmi Ahli Parlimen Iskandar Puteri
✨ Yang Berbahagia Encik Roslan bin Wagiman, Yang Dipertua PIBG SK Taman Pulai Emas
✨ Yang Berusaha Puan Sairah binti Husin, Guru Besar SK Taman Pulai Emas
✨ Barisan Penolong Kanan dan Jawatankuasa PIBG SK Taman Pulai Emas
💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa, menunjukkan sokongan padu serta bersama-sama menjayakan majlis ini. Kehadiran anda amat dihargai dan mencerminkan semangat kerjasama yang erat antara rumah dan sekolah.