Secebis montaj kenangan
Cikgu Zulaikha & Mama Dayah
di Prasekolah Villa Perdana
SK Sri Pulai Perdana
Link video di Youtube rasmi Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana: https://youtu.be/STqaIltuErc
Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana
Halaman Facebook Prasekolah Villa Perdana SK SRI PULAI PERDANA.
31/12/2025
Selamat maju jaya di tempat baharu
buat Cikgu Zulaikha dan Mama Dayah π
Dimaklumkan bahawa
Cikgu Zulaikha, Guru Prasekolah Villa Perdana
SK Sri Pulai Perdana,
akan berpindah tempat berkhidmat ke
SK Abdullah, Daerah Tangkak
bermula Januari 2026.
Manakala
Mama Dayah, Pembantu Pengurusan Murid
Prasekolah Villa Perdana,
akan berpindah bertugas ke
SK Kangkar Pulai 2
bermula Januari 2026.
Sehubungan itu,
Disember ini menjadi bulan terakhir mereka berkhidmat di
Prasekolah Villa Perdana
SK Sri Pulai Perdana.
Bukan mudah untuk melepaskan insan
yang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian,
tempat berkongsi lelah dan tawa,
tempat membina kenangan manis dan pahit bersama.
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas segala jasa, komitmen dan keikhlasan,
serta kenangan yang akan kekal terpahat dalam ingatan.
Ada perpisahan yang datang tanpa sempat kita bersedia,
bukan kerana hati mahu berjarak,
tetapi kerana takdir menulis cerita yang berbeza.
Berat hati ini bukan kerana pergi,
tetapi kerana meninggalkan sebahagian diri di sini,
di sudut-sudut prasekolah
yang menyimpan terlalu banyak kenangan.
Prasekolah ini pernah menjadi rumah,
tempat kita berkongsi letih dan harapan,
tempat tangan saling membantu
dan hati saling memahami
tanpa perlu banyak kata.
Kita akan merindui pagi-pagi yang sibuk
dan petang yang panjang,
saat kita masih di sini,
menyelesaikan tugasan yang tak pernah habis,
menutup pintu prasekolah bersama
dengan senyum yang keletihan tetapi ikhlas.
Perpisahan ini bukan noktah,
hanya satu koma dalam perjalanan.
Kerana insya-Allah,
walau berbeza tempat dan suasana,
kita tetap bersama,
selamanya, dengan cara yang Allah tentukan.
Selamat maju jaya.
Langkah mungkin berpisah,
tetapi hati tetap tinggal di sini.
Semoga urusan Cikgu Zulaikha dan Mama Dayah
di tempat baharu dipermudahkan,
diberkati setiap langkah,
dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya.
Insya-Allah kita akan tetap bersama untuk selamanya,
cuma dalam suasana yang berbeza. β€οΈ
21/12/2025
19 DISEMBER 2025 (JUMAAT)
πΊοΈπ―π§©PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH BERSAMA PELAJAR DIPLOMA IN INDUSTRIAL LOGISTICS, UniKL Pasir Gudang. β¨
Program 1 hari pertandingan bijak prasekolah Villa Perdana telah berlangsung dengan jayanya hasil jalinan kerjasama antara Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana bersama kumpulan pelajar semester 3 jurusan Diploma In Industrial Logistics, UniKL Pasir Gudang.
Program jalinan ini tercetus daripada tugasan assignment bagi subjek Introduction of Project Management yang memberi peluang kepada pelajar menguruskan sebuah projek bermula dari perancangan hingga pelaksanaan.
Alhamdulillah, rezeki anak-anak prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana menjadi pilihan mereka untuk menjayakan projek ini.
Hasil perbincangan bersama guru Prasekolah Villa Perdana iaitu Cikgu Zulaikha dan Cikgu Ruhaya, tercetus idea utama program bijak prasekolah yang menggabungkan elemen pemakanan sihat serta kreativiti melalui aktiviti deko mini cupcake. Program ini diperkayakan lagi dengan aktiviti explore race checkpoint secara berkumpulan dan aktiviti menghias piping cupcake secara individu.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada para pelajar UniKL Pasir Gudang yang sangat ceria, mesra dan happy go lucky sepanjang mengendalikan program sehari bersama anak-anak prasekolah. Jelas terpancar keceriaan di wajah mereka, dan program dapat dilaksanakan dengan lancar, terkawal serta sistematik.
Ucapan selamat maju jaya dan semoga terus sukses buat semua pelajar UniKL Pasir Gudang dalam pengajian dan kerjaya pada masa hadapan. Semoga segala ilmu, pengalaman dan usaha yang dicurahkan hari ini menjadi bekalan berharga untuk melangkah lebih jauh sebagai pengurus projek yang berkaliber dan berjiwa pendidik.
Terima kasih juga kepada anak-anak prasekolah Villa Perdana yang sangat berani, fokus dan bersemangat menyertai setiap aktiviti. Teruskan menjadi anak yang bijak, ceria dan berkeyakinan. ππ
Universiti Kuala Lumpur - Unikl UniKL MITEC, Pasir Gudang
16/12/2025
[MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH VILLA PERDANA SK SRI PULAI PERDANA 2025 - PART 5]
πΆ Tayangan Penuh Persembahan Koir
Murid Prasekolah Villa Perdana
SK Sri Pulai Perdana | Sesi 2025πΆ
Venue : DE CHINTA HALL, U MALL.
TARIKH : 14 DISEMBER 2025
Atas permintaan ramai, kami kongsikan tayangan penuh persembahan koir anak-anak comel Prasekolah Villa Perdana π
Terima kasih atas sokongan dan galakan yang diberikan.
Selamat menonton dan menikmati persembahan penuh semangat daripada anak-anak hebat kami!
LINK VIDEO FULL : https://youtu.be/62seVT7ZzeI
[PART 5- FULL PERFORMANCE PRASEKOLAH VILLA PERDANA SK SRI PULAI PERDANA MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH] πΆ Tayangan Penuh Persembahan KoirMurid Prasekolah Villa PerdanaSK Sri Pulai Perdana | Sesi 2025πΆVenue : DE CHINTA HALL, U MALL.TARIKH : 14 DISEMBER 2025Ata...
[MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH VILLA PERDANA SK SRI PULAI PERDANA PART 4]
πΆ Persembahan Koir Murid Prasekolah Villa Perdana 2025 πΆ
Kami kongsikan sedutan latihan dan persembahan sebenar murid-murid kita yang comel dan berbakat! πΈ
Tahniah anak-anak kerana bersama-sama membuat persembahan gerak tangan dengan baik, bersemangat dan penuh keceriaan.
Anda semua hebat dan menjadi kebanggaan kami! π
Cikgu pasti merindui kalian semua. β€οΈ
Link video Youtube rasmi Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana:
https://youtu.be/zRPmaU9XaSc
[MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH VILLA PERDANA SK SRI PULAI PERDANA PART 3]
π Tahniah Graduan Cilik Prasekolah Villa Perdana! π
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua graduan cilik Prasekolah Villa Perdana yang diraikan. πΈ
Selamat maju jaya dan selamat melangkah ke Tahun 1 !
Walaupun belum menerima anugerah khas, ketahuilah bahawa anda semua tetap hebat dan istimewa. Teruskan usaha, semangat dan keceriaan yang telah ditunjukkan sepanjang berada di prasekolah.
Jangan lupa cikgu-cikgu di prasekolah ya π β kenangan dan kasih sayang kita sentiasa bersama.
Semoga terus cemerlang dan berjaya di sekolah baharu!β¨
Link video di Youtube : https://youtu.be/na6kdPnBKrM
Prasekolah Villa Perdana SK Sri Pulai Perdana
[MAJLIS APRESIASI PRASEKOLAH VILLA PERDANA SK SRI PULAI PERDANA PART 2]
Mempersembahkan...
π ANUGERAH KHAS PRASEKOLAH VILLA PERDANAπ
Setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang diraikan atas kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Kejayaan ini lahir daripada usaha, disiplin serta sokongan berterusan daripada guru dan ibu bapa.
Dan buat anak-anak yang belum terpilih, ketahuilah bahawa kamu tetap hebat dan berharga**. Kejayaan bukan hanya tentang menerima anugerah, tetapi tentang keberanian mencuba, akhlak yang baik dan semangat untuk terus belajar serta berkembang.
β¨ Setiap anak ada masanya, dan setiap anak adalah permata yang bersinar dengan caranya sendiriβ¨
Kami bangga dengan semua murid Prasekolah Villa Perdana.
Link video Youtube di : https://youtu.be/P2Ava-x7m9A
14/12/2025
β¨ MAJLIS MALAM INI β¨
14 DISEMBER 2025
Alhamdulillah, malam yang dinanti telah tiba π
Majlis Apresiasi Prasekolah & Jamuan Akhir Tahun Prasekolah Villa Perdana, SK Sri Pulai Perdana.
Malam ini kita raikan usaha, pencapaian dan kenangan manis anak-anak kecil yang membesar dengan penuh kasih sayang dan bimbingan π
Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru-guru dan warga sekolah atas sokongan yang tidak pernah putus.
β¨ Anak-anak tampil ceria dengan tema Prince & Princess
β¨ Ibu bapa anggun bergaya Colour Block
β¨ Kenangan indah untuk disimpan selamanya
Semoga majlis ini berjalan lancar dan menjadi memori terindah buat semua π
ππ
11/12/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Johor Bahru
81300