30/03/2026
https://www.youtube.com/watch?v=AfbdSOIzJPM
๐ด [Live] Sembang Lepas SPM TVET MARA Laluan masa Depan SPM
Bersama Puan Nor Shazwani TVET MARA Johor Bharu๐๏ธ New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! ๐ https://streamyard....
16/07/2024
SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (SPN)
Graduan akan menerima 2 sijil iaitu:
1. Sijil Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
โPembuatanโ ni buat apaโ๏ธ
Sinopsis program:
Program ini menekankan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali melibatkan kerja pembuatan logam menggunakan mesin konvensional (mesin melarik, mengisar, mencanai dan membentuk) serta mesin berkomputer- Computer Numerical Control (CNC) dan Electric Discharge Machine (EDM).
Pelajar turut didedahkan dengan kerja penyelenggaraan peralatan dan mesin pembuatan logam di samping mengembangkan kreativiti dengan penggunaan perisian CAD/ CAM.
Antara prospek kerjaya graduan Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan:
โ๏ธ Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal
โ๏ธ Juruteknik Jentera Industri
โ๏ธ Juruteknik Penyelenggaraan
โ๏ธ Pelukis Pelan
โ๏ธ Juruteknik CAD/ CAM
โ๏ธ Juruteknik Pengeluaran
โ๏ธ Juruteknik R&D
โ๏ธ Pengajar Teknikal
โ๏ธ Juruteknik Kawalan Kualiti
โ๏ธ Pengaturcara CAM
โ๏ธ Usahawan teknikal seperti membuat cenderahati
Jika graduan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, mereka layak memohon jawatan lebih tinggi.
Kelebihan Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan di IKM JB:
โ
Pelajar didedahkan dengan penggunaan pelbagai mesin sama seperti kegunaan di industri termasuk Mesin CNC 5 axis- IKM JB satu satunya pusat TVET MARA pengajian peringkat sijil yang memiliki mesin tersebut.
โ
Pensyarah berpengalaman dan kompeten- mereka dilatih dan menjalani kursus mengendalikan mesin secara berkala seiring keperluan di industri.
โ
Johor khususnya Johor Bahru mempunyai banyak kawasan perindustrian, ini memberi kelebihan kepada kebolehpasaran graduan.
โ
Selain sijil IPMA, graduan juga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan diiktiraf oleh MQA.
โ
Jalinan industri dan hubungan rapat antara pensyarah dan individu di industri membuatkan kami di IKM JB selalu menerima informasi peluang kerjaya (job vacancy).
Cadangan laluan pendidikan dalam bidang Pembuatan di TVET MARA:
IKM (Sijil)โก๏ธ KKTM/ GMI (Diploma) โก๏ธ UniKL (Ijazah)
KENAPA PERLU MEMILIH SPN IKM JBโ
Kerana peluang kerjaya yang terjamin.
IKM JB menjadi โfeederโ kepada beberapa syarikat dan pelajar/ graduan kami menjadi rebutan di industri.
Sebagai bukti, ramai pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) dibayar elaun LI sama nilai dengan gaji minimum yang ditetapkan pihak kerajaan.
Syarat layak memohon ke Program SPN:
1. LULUS SPM
2. Kepujian SATU (1) subjek
3. Lulus Matematik
Bacaan tambahan:
Kenapa perlu pilih IKM/ KKTMโ
https://www.facebook.com/1759556614/posts/10208754236330814/?d=n
Jom sembang sembang dengan Pegawai Promosi IKM JB:
Pn Shazwani
http://www.wasap.my/+601126655453/jommasukpembuatanikmjb
Atau mohon terus di link www.tvetmara.edu.my.
Dan kemudian whatsapp kepada Pegawai Promosi:
1. Nama
2. No kad pengenalan
3. No telefon
4. Program yang dimohon
06/06/2024
Berita baik untuk para pelajar yang mencari tempat untuk melanjutkan pelajaran!
Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi menganjurkan Karnival Pendidikan MARA 2024. Pelbagai institusi pendidikan tinggi dari IPTA & IPTS akan turut serta di karnival ini. Jadi ayuh kita meriahkan Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2024 dengan kehadiran anda semua.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat pendidikan dan penajaan di Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2024!
๐ Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) Negeri Johor 2024
๐ 8 hingga 9 Jun 2024 (Sabtu dan Ahad)
๐ 9 pagi hingga 6 petang
๐งญ Plaza Larkin, Johor Bahru
Jumpa kami di sana!
Media sosial :
Facebook: https://www.facebook.com/KarnivalIPMA/
Instagram: https://www.instagram.com/karnival_ipma/
TikTok: https://www.tiktok.com/.ipma
21/03/2024
โผ๏ธ PERMOHONAN KE IKM JOHOR BAHRU
SESI JULAI- DISEMBER 2024 โผ๏ธ
Permohonan kemasukan boleh dibuat dalam talian secara percuma di:
https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/
Bagi maklumat lanjut semua program TVET MARA, sila klik pautan yang berkenaan di bawah:
Brochure TVET MARA :
https://www.tvetmara.edu.my/
Tarikh permohonan: 19 Mac 2024 hingga 15 Jun 2024
29/11/2023
ุงูููุง ูููููู ููุงูููุง ุงููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'
Takziah buat seluruh ahli keluarga bekas juruteknik Program SPN, Hj. Ishak bin Aziz yang telah kembali ke Rahmatullah semalam (28 November 2023).
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tempatkan di kalangan hamba- Nya yang beriman.