Panitia PSV SKAT

Panitia PSV SKAT

Share

Page ini adalah berkenaan aktiviti murid bagi Panitia PSV SK Angkatan Tentera, Johor Bahru

Photos from Panitia PSV SKAT's post 18/01/2025

✨PROGRAM TIE AND DYE PANITIA PSV TAHUN 6✨
=======================================
Tarikh: 30&31 Disember 2024
Masa: 11.10 pagi - 1.10 tengah hari
Tempat: Dataran Malbatt, SK Angkatan Tentera

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Panitia PSV SK Angkatan Tentera telah berjaya mengadakan Program Tie and Dye untuk murid-murid Tahun 6.

Teknik Tie & Dye adalah salah satu silibus bagi subjek PSV Tahun 6. Murid² Tahun 6 sangat kreatif dalam pemilihan teknik corak Tie & Dye dan hasilnya boleh dilihat dengan Baju yang telah dihasilkan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya, serta menjadi inspirasi untuk pelbagai aktiviti kreatif pada masa akan datang.

Terima kasih✨


Photos from Panitia PSV SKAT's post 25/12/2024

✨SKAT CREATE TIE & DYE✨

Pada 17 Disember 2024, Panitia PSV telah mengadakan Program TIE & DYE bagi GURU² PSV.
Program ini adalah kolaborasi SK Angkatan Tentera bersama Kompleks Kraf Johor.

Program ini juga adalah sebagai induksi bagi Program SKAT CREAT TIE & DYE untuk Murid² Tahun 6 pada 30 & 31 Disember 2024


Photos from Panitia PSV SKAT's post 01/12/2024

Rumah Burung
1 Leftenan

Photos from Panitia PSV SKAT's post 03/11/2024

Detektif Jalinan Menyiasat
Teknik Gosokan
1 Leftenan

Photos from Panitia PSV SKAT's post 21/10/2024

Anyaman

Tahun 3 Kapten

Photos from Panitia PSV SKAT's post 29/09/2024

Diorama

Tahun 4 Kapten

Photos from Panitia PSV SKAT's post 29/09/2024

Capan

Tahun 1 Leftenan

Photos from Panitia PSV SKAT's post 09/09/2024

✨PROGRAM JELAJAH BUDAYA MALAYSIA✨
=======================================
Tarikh: 8 September 2024 (Ahad)
Tempat: SJK(T) Jalan Yahya Awal

SK Angkatan Tentera Johor Bahru (SKATJB) ingin mengucapkan ✨SYABAS & TAHNIAH✨ kepada murid-murid yang mewakili SKATJB dalam Program Jelajah Budaya Malaysia yang bertempat di SJK(T) Jalan Yahya Awal.

SK Angkatan Tentera telah menghantar 5 orang murid Tahun 6 untuk menyertai program ini.

1. Abul Muhammad Al-Fateh bin Abul Hussain Al-Hadi (6 Leftenan)
2. Athirah Husna binti Ahmad Kamaruddin (6 Leftenan)
3. Luth A***n Rayqal bin Mazlan (6 Kapten)
4. Nur Aaliyyah Soffiyah binti Abdullah (6 Kapten)
5. Raden Muhammad Qaiser Iskandar bin Hisysamudin (6 Kapten)

Pihak sekolah dengan rasa penuh penghargaan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru pengiring, Cikgu Durga a/p Chandiran, atas dedikasi dan bimbingan beliau dalam memberikan sokongan serta panduan kepada murid-murid yang terlibat sepanjang acara ini.

Terima kasih✨


Photos from Panitia PSV SKAT's post 09/09/2024

✨FESTIVAL LAYANG-LAYANG PERINGKAT DAERAH✨

Tarikh : 8 September 2024
Tempat : SK Taman Bukit Indah, Johor Bahru

💌Pada hari Ahad, 18 September 2024, seramai 4 orang murid telah menyertai Festival Layang-Layang peringkat Daerah.

💌Festival ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai permainan zaman dahulu iaitu, Layang - Layang

💌Tahniah diucapkan kepada semua peserta Festival Layang- Layang Peringkat Daerah



Photos from Panitia PSV SKAT's post 01/09/2024

✨PAMERAN ARTGENG PERINGKAT KEBANGSAAN KPM✨

Tarikh : 1 September 2024

💌Pada hari Ahad, 1 September 2024, telah diadakan majlis penyerahan Sijil Penyertaan kepada kesemua 39 peserta SK Angkatan Tentera.

💌Kesemua peserta ini telah menghantar Hasil Karya pada bulan April lalu.

💌Pameran ini telah dilaksanakan secara online seluruh Malaysia.

💌Tahniah diucapkan kepada semua peserta Artgeng Peringkat Kebangsaan.



Photos from Panitia PSV SKAT's post 27/08/2024

Batik Rekaanku

Tahun 6 Leftenan

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Balau, Kebun Teh
Johor Bahru