Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM

Share

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) Secara rasmi, MAPIM telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MAPIM pada 22 Mei 1997.

Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 11 Julai 1996 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang

17/06/2026

Akan datang Festival Buku Pantai Timur 2026

Photos from Penerbit UMPSA's post 11/06/2026
Photos from Zambry Abd. Kadir's post 11/06/2026
11/06/2026

PANGGILAN PEMPAMER FESTIVAL BUKU PANTAI TIMUR .

Peluang terbaik untuk penerbit, penjual buku, organisasi pendidikan, agensi kerajaan, NGO dan semua pihak yang ada menerbit atau menjual buku untuk bersama kami menyertai Festival Buku Pantai Timur !

Jom sertai kami sebagai pempamer dan rebut peluang mempromosikan produk penerbitan anda.

πŸ“… Tarikh: 27 – 30 Ogos 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 7.00 malam
πŸ“ Lokasi: Dewan al-Muktafi Billah Shah (DABS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
πŸ’° Sewa Tapak: RM600 (4 hari)
πŸ“ Keluasan Tapak: 9 x 8 kaki
πŸͺ‘ Kemudahan disediakan: 1 meja dan 2 kerusi

πŸ“ Pendaftaran Pempamer

Sila imbas kod QR yang disediakan pada poster untuk membuat pendaftaran atau ; https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfrQmKDVed_CTVcPIsivfIJY7txsU4heLmBkpGrHutzVJuUbA/viewform?usp=header

⏳ Tarikh Tutup Pendaftaran: 15 Julai 2026

πŸ“ž Pertanyaan & Maklumat Lanjut:
Izzat Azmir
☎️ 011-16280816

Mari bersama-sama memeriahkan Festival Buku Pantai Timur @ UniSZA2026, sebuah platform yang menghimpunkan penerbit, penulis, akademia, pencinta buku dan masyarakat dalam usaha memperkasa budaya membaca serta menyebarluaskan ilmu demi manfaat insan.










Photos from Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM's post 11/06/2026

Sekitar pelancaran dua buah buku terkini terbitan Penerbit UMPSA di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru-baru ini.

Photos from Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM's post 11/06/2026

πŸ’ SETULUS PENGHARGAAN
BUAT KELUARGA MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) πŸ“š

Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur 🀲🏼, tirai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 telah melabuhkan noktahnya. Selama 10 hari, dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, Pavilion MAPIM telah berdiri megah sebagai simbol kesatuan, kekuatan dan komitmen komuniti penerbitan ilmiah negara.

Bagi pihak kepimpinan MAPIM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih πŸ™πŸΌ kepada seluruh ahli MAPIM yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang luar biasa sepanjang penganjuran PBAKL 2026.

Penghargaan yang amat istimewa saya tujukan kepada *Jawatankuasa Pemasaran MAPIM PBAKL 2026* yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memastikan setiap ruang Pavilion MAPIM sentiasa hidup, meriah dan menjadi tumpuan pengunjung. Daripada perancangan program, promosi, pengisian aktiviti, pengurusan tetamu hinggalah kepada layanan kepada pengunjung, semuanya dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. πŸ’œ

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada *Jawatankuasa Teknikal Pavilion MAPIM PBAKL 2026* yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pavilion ini. Ramai yang melihat kemeriahan di hadapan pentas, namun tidak ramai yang menyedari usaha besar yang berlaku di sebalik tabir. Setiap pencahayaan, susun atur, pemasangan, kemudahan teknikal, sistem audio visual, bahan promosi dan sentuhan kreatif yang menghiasi pavilion ini adalah hasil kerja keras pasukan teknikal yang bekerja dalam diam tetapi memberi impak yang sangat besar. 🧑

Tanpa anda, tiadalah cahaya yang menggemerlapkan Pavilion MAPIM. Tanpa anda, tiadalah aura yang membanggakan dan memukau setiap pengunjung yang melangkah masuk ke ruang kita.

Apa yang dilihat oleh pengunjung sebagai sebuah pavilion yang gah, tersusun dan profesional sebenarnya lahir daripada keringat, idea, pengorbanan masa dan semangat luar biasa yang dicurahkan oleh kedua-dua jawatankuasa ini.

Apa yang paling menyentuh hati saya sepanjang 10 hari ini bukanlah sekadar kejayaan program atau jumlah 14,000 pengunjung yang hadir. Sebaliknya, saya melihat bagaimana penerbit-penerbit daripada pelbagai universiti awam dan swasta serta institusi penyelidikan dapat mengetepikan perbezaan demi satu matlamat yang lebih besar. Kita saling membantu, saling mempercayai dan saling menguatkan antara satu sama lain.

Inilah kekuatan sebenar MAPIM. πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ”₯

Pavilion MAPIM pada tahun ini turut menerima kunjungan pelbagai tokoh penting negara, kepimpinan tertinggi kerajaan, kerabat diraja, para akademik, pemimpin industri, dan delegasi dari pelbagai pihak dalam dan luar negara. Sudah pasti antara detik yang paling membanggakan ialah apabila Pavilion MAPIM menerima kunjungan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia (PMX). Kunjungan tersebut merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap peranan dan sumbangan MAPIM dalam memperkasa budaya ilmu serta eko sistem penerbitan ilmiah negara.

Turut membanggakan, Pavilion MAPIM juga menerima kunjungan sebanyak tiga kali daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sepanjang PBAKL 2026 berlangsung. Kunjungan berulang kali ini amat kami hargai dan sanjungi kerana ia mencerminkan sokongan, keprihatinan dan keyakinan beliau dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap peranan MAPIM serta komuniti penerbitan ilmiah negara.

Namun, di sebalik semua pengiktirafan tersebut, kejayaan yang paling besar sebenarnya ialah kejayaan kita membuktikan bahawa apabila hati-hati yang ikhlas bersatu, apabila semangat kekeluargaan dan setia kawan mengatasi kepentingan diri, dan apabila semua bekerja sebagai satu pasukan, maka sesuatu yang luar biasa dapat direalisasikan.

Sesungguhnya kejayaan Pavilion MAPIM 2026 adalah KEJAYAAN KITA BERSAMA.!! πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ˜‡

Terima kasih kepada setiap individu yang hadir membantu, yang mengangkat barang, yang menjaga kaunter, yang mengurus program, yang menyusun buku, yang melayan tetamu, yang menyediakan dokumentasi, yang memastikan sistem berjalan lancar dan yang sentiasa berada di belakang tabir tanpa mengharapkan sebarang pujian.

Anda semua adalah WIRA sebenar Pavilion MAPIM.

Semoga segala usaha, masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta terus memperkukuhkan MAPIM sebagai wadah yang menyatukan komuniti penerbitan ilmiah Malaysia.

Saya berasa amat bertuah dan berbangga dapat berjalan bersama keluarga besar MAPIM yang luar biasa ini.

**Terima kasih semua Pengarah/ Ketua Penerbit MAPIM.**
**Terima kasih Jawatankuasa Pemasaran MAPIM.**
**Terima kasih Jawatankuasa Teknikal Pavilion MAPIM.**
**Terima kasih seluruh keluarga MAPIM.**

Kerana anda semua, Pavilion MAPIM bukan sekadar sebuah ruang pameran, tetapi menjadi sebuah rumah ilmu yang meninggalkan kenangan dan kebanggaan kepada semua yang mengunjunginya.

πŸ’œπŸ”PENGERUSI MAPIM ✍🏼
PROF MADYA DR. SITI RAHMAH AWANG
(Dr. Atie Awang)
MAJLIS PENERBITAN ILMIAH MALAYSIA (MAPIM) πŸ“–
11 Jun 2026

Photos from Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia : MAPIM's post 11/06/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Johor Bahru