16/08/2021
Teknologi sepatutnya membawa kemajuan dan peningkatan mutu hidup, namun ia mesti dikawal dan digunakan sesuai pada umur dan masa. Ibu Bapa jangan diulangi kesilapan sama.
Jangan sampai anak-anak anda ketagihan bermain GADGET dan TAB hingga menjahanamkan mata, otaknya dan yang paling bahaya adalah jiwanya.
Biarlah dia menangis dimeja makan, biarlah dia berlari satu rumah, biarlah dia menjerit dan meraung sekuat hati didalam kereta sewaktu anda sedang memandu kerana semuanya itu hanya seketika. Itulah masa yang paling manis dan indah ketika dia masih kecil dan akan menjadi saat yang akan dirindui.
Usah kerana inginkan anak itu tenang dan terkawal maka GADGET itu dihulurkan, takut- takut nanti kita p**ak yang tak akan senang dan gulana sampai ke mati.
Nauzubillahiminzalik.