Maths Catch JB

Maths Catch JB

Share

"KEPAKARAN KAMI ADALAH MEMBANTU MEMPERKASAKAN PENGUASAN MATEMATIK ANAK ANDA"

Photos from Maths Catch JB's post 14/05/2026

📚PROGRAM MATHBANGKIT 📚

Kadang-kadang…
anak bukan TAK TAHU Matematik.
Mereka cuma belum jumpa cara belajar yang buat mereka betul-betul faham 😊

Sebab itu di Program MATHBANGKIT,
kami bantu adik-adik belajar dengan suasana yang lebih tenang dan mudah difahami — langkah demi langkah.

✨ Sesuai untuk anak yang:
✔ Kurang yakin dengan Matematik
✔ Belum kuasai asas Matematik
✔ Selalu rasa susah nak faham Matematik
✔ Perlukan bimbingan tambahan secara konsisten
✔ Mahu ulangkaji dengan lebih fokus dari rumah

📌 Maklumat Kelas
📅 Hari : Khamis (14 Mei & 21 Mei)
🕗 Masa : 8:15pm – 9:45pm
💻 Platform : Google Meet (Online)

👦🏻👧🏻 Umur Pelajar : 9 Tahun – 12 Tahun (SK) & 13 Tahun - 17 Tahun (SMK)
💰 Bayaran : RM20 sahaja (sepanjang tahun 2026)
📄 Modul : Softcopy

Belajar secara online, tetapi tetap dibimbing dengan mesra dan jelas ❤️

Ibu Ayah yang nak bantu anak lebih yakin dalam Matematik, boleh terus daftar di sini👇
https://ezy.la/Math_Bangkit

Photos from Maths Catch JB's post 14/05/2026

🌷 Mereka ialah pelajar SPM 2026… 🌷

Datang ke kelas dengan harapan,
duduk belajar dengan kesungguhan,
dan terus kuat walaupun penat dengan jadual harian yang panjang.

Mereka sentiasa berusaha untuk memahami,
sentiasa cuba menjadi lebih baik sedikit demi sedikit 🤍

Mereka juga anak-anak yang cekal, disiplin dalam pelajaran dan menjaga adab ketika menuntut ilmu.
InsyaAllah, itulah antara jalan hadirnya keberkatan dalam perjalanan belajar mereka.

Di sebalik senyuman mereka,
ada impian yang sedang diperjuangkan untuk keluarga dan masa depan.

Mohon doa daripada semua agar adik-adik SPM 2026 Maths Catch JDT diberikan:
✨ hati yang tenang
✨ kefahaman dalam pelajaran
✨ kekuatan untuk terus istiqamah
✨ dan dipermudahkan urusan menuju peperiksaan nanti

Semoga setiap usaha kecil mereka hari ini menjadi asbab kepada kejayaan yang indah pada masa akan datang 🤲💙

Photos from Maths Catch JB's post 13/05/2026

🌷 *Hadiah Hari Guru* 🌷

Kadang-kadang…
seorang guru tak pernah minta dibalas.
Tapi merekalah yang sabar mengajar, membimbing dan percaya pada anak-anak setiap hari. 🤍

Sempena Hari Guru yang bakal tiba,
kami sediakan beberapa SET hadiah istimewa untuk adik2 yang nak hargai cikgu dengan cara yang manis dan bermakna 🎁

Ada pelbagai pilihan *SET* dalam gambar — sesuai untuk:
✨ SET SEJADAH CIKGU SOLEHA
✨ SET CIKGU AWESOME
✨ SET CIKGU HATI KACA JIWA BESI
✨ SET CIKGU AMAZING
✨ SET SUPER TEACHER
✨ SET CIKGU BERKARYA
✨ SET CIKGU CHAYANG
✨ SET TAK BERPELUH

💥 PROMO hanya sehingga 14 May sahaja!
📌 15 May harga kembali normal.

Kalau nak hadiah yang nampak cantik, kemas dan penuh penghargaan…
inilah masanya 🌸

📲 Berminat?
Terus hubungi:
📞 016-714 3924

“Hadiah yang kecil…
tetapi mampu buat seorang guru rasa dihargai sepenuh hati.” 🤍

Photos from Maths Catch JB's post 13/05/2026

🌟 Adik-Adik Hebat Maths Catch JDT 🌟

Mereka mungkin datang dengan rasa takut, keliru dan kurang yakin dengan Matematik atau Sains…
tetapi mereka tetap hadir dan terus mencuba 💙

Itu sudah satu langkah yang sangat hebat.

Percayalah,
setiap anak boleh berkembang bila dibimbing dengan sabar dan suasana yang betul.

Terus kuat adik-adik,
langkah kecil hari ini mungkin menjadi kejayaan besar suatu hari nanti 🤍

12/05/2026

Alhamdulillah 🤍
Terima kasih atas perkongsian rezeki daripada Aisya & Adam 😊

Maaf ya…
Akak admin sempat ambil gambar seorang je 😄
Padahal mereka ni pasangan kembar — Aisya & Adam 🌟

Terima kasih atas ingatan dan pemberian yang sangat bermakna buat kami di Maths Catch JDT.
Perkara kecil macam ni sebenarnya cukup besar nilainya kerana hadir bersama rasa kasih, hormat dan penghargaan.

Semoga Aisya & Adam terus diberikan semangat belajar yang baik, dipermudahkan dalam pelajaran dan sentiasa membesar menjadi anak yang membanggakan keluarga 💙

Dan buat akak sekeluarga,
semoga Allah terus melimpahkan rezeki yang penuh keberkatan, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan 🤲✨

Momen kecil seperti inilah yang menjadikan suasana di Maths Catch JDT terasa lebih dekat seperti keluarga.

Photos from Maths Catch JB's post 11/05/2026

Kadang-kadang semuanya bermula…
dengan satu mesej di WhatsApp 😊

Dari satu pertanyaan kecil,
bertukar kepada banyak perbualan untuk mencari waktu yang sesuai supaya dapat datang ke centre Maths Catch JDT dan berbincang dengan lebih tenang.

Terima kasih Ibu Ayah kerana sudi meluangkan masa hadir dan berbincang bersama kami 🤍

Kami faham,
bila melibatkan pelajaran anak…
Ibu Ayah bukan sekadar mencari kelas tuisyen.

Tetapi sedang mencari:
✨ tempat yang anak selesa
✨ cara belajar yang anak boleh faham
✨ dan bimbingan yang boleh bantu anak bangkit semula dengan yakin

Sebab itu di Maths Catch JDT,
kami lebih s**a kenal dulu keadaan dan keperluan anak sebelum mencadangkan kelas yang sesuai.

Semoga usaha kecil ini menjadi langkah yang baik untuk masa depan anak-anak.

InsyaAllah, dengan sokongan yang betul, suasana yang positif dan usaha yang konsisten…
sedikit demi sedikit, keyakinan itu akan kembali.

Terima kasih sekali lagi Ibu Ayah atas kepercayaan yang diberikan kepada Maths Catch JDT 💙

10/05/2026

🌟 TAHNIAH SUFREY! 🌟

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Sufrey atas pencapaian Straight A dalam SPM 2025 🤍

Sufrey merupakan salah seorang pelajar SPM 2025 di Maths Catch JDT yang mengikuti kelas Matematik & Sains bersama kami.

Setiap usaha, latihan, dan kesungguhan yang diberikan akhirnya membuahkan hasil yang sangat bermakna. Bukan mudah untuk terus kuat dalam perjalanan SPM, tetapi Sufrey telah buktikan bahawa usaha yang konsisten dan semangat untuk terus belajar mampu membawa perubahan yang besar .

Di Maths Catch JDT, kami percaya…
setiap pelajar ada potensi mereka sendiri — cuma perlukan bimbingan, sokongan dan suasana belajar yang membantu mereka lebih yakin untuk melangkah.

Semoga pencapaian ini menjadi pembuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah buat Sufrey ✨
Semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, dipermudahkan segala urusan, dan sentiasa menjadi anak yang membanggakan keluarga.

Buat semua pelajar lain,
jangan takut jika perjalanan anda belum sempurna.

Terus belajar.
Terus cuba.
Dan jangan berhenti percaya pada diri sendiri 💙

Kadang-kadang kejayaan bukan tentang siapa paling laju,
tetapi siapa yang tetap terus melangkah walaupun perlahan.

Tahniah sekali lagi Sufrey! 🎓🌟

Photos from Maths Catch JB's post 09/05/2026

Kelas Tingkatan 3 — bukan sekadar belajar, tapi tempat anak bangkit semula.

Di dalam kelas,
kami nampak usaha yang tak semua orang perasan.

Ada yang datang walaupun masih keliru.
Ada yang cuba walaupun takut salah.
Ada yang perlahan-lahan kumpul semula keyakinan.

Kami tidak kejar siapa paling laju.
Kami jaga supaya setiap anak
betul-betul faham dan berani mencuba.

Adik-adik,
tak mengapa kalau hari ini masih belum sempurna.

Asalkan kamu terus hadir,
terus cuba,
dan tidak berhenti.

Satu hari nanti,
kamu akan bangga dengan diri sendiri —
kerana kamu tidak pernah putus asa.

07/05/2026

“I understand Maths/AddMath.”

Mungkin bagi kita, itu biasa.

Tapi bagi anak yang pernah rasa:
👉 “Saya tak boleh buat”
👉 “Susah sangat…”

Ayat ini adalah satu langkah besar.

Di dalam kelas,
kami tidak kejar cepat.

Kami bantu mereka faham dengan cara yang lebih jelas,
dan beri ruang untuk mereka cuba sendiri.

Faham itu bukan berlaku sekaligus,
tapi dibina sedikit demi sedikit.

Dan hari ini… mereka sudah mula nampak.

Photos from Maths Catch JB's post 06/05/2026

Ada hari rasa susah.
Ada hari rasa boleh.

Tapi yang penting…
kita tetap datang kelas, tetap cuba.

Di sini,
bukan sekadar belajar Matematik & Sains.

Tapi belajar untuk:
👉 saling bantu
👉 saling ingatkan
👉 saling kuatkan semangat

Konsisten itu mungkin tak nampak hebat,
tapi itulah yang bawa perubahan.

Teruskan langkah, adik-adik.
Kami nampak usaha itu.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Johor Bahru
81300

Opening Hours

Tuesday 14:00 - 22:00
Wednesday 14:00 - 22:00
Thursday 12:00 - 18:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00