BSMM SK Mohd Khir Johari - Link 008 JB

BSMM SK Mohd Khir Johari - Link 008 JB

Share

Laman perkongsian berita, maklumat dan aktiviti Bulan Sabit Merah Malaysia, Link 008- JB, SK Mohd Kh

Pegawai Penjaga Link : Cikgu Rahmat Hidayat bin Sabari

Ketua Guru Pemimpin Link : Cikgu Taufik Bin Mohd Hidir

07/05/2026

8 MEI 2026
SELAMAT HARI PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA

21/03/2026

Kami amat bimbang dengan laporan mengenai ambulans Iranian Red Crescent Society ( هلال احمر ایران ) yang dilanggar ketika bertindak balas kepada kecemasan.

Lambang Bulan sabit Merah mewakili keberkecualian dan bantuan menyelamatkan nyawa.

Penghormatan terhadap lambang ini adalah penting supaya pasukan kecemasan boleh mencapai orang yang memerlukan dengan selamat.

Sebarang serangan terhadap pekerja kesihatan, ambulans atau kemudahan perubatan tidak boleh diterima. Kami mengulangi seruan kami untuk menghormati lambang kami dan perkhidmatan kemanusiaan yang mereka wakili.

05/01/2026

Awal tahun ni, ambil 2-5 minit untuk buat satu benda yang ramai orang tangguh iaitu cek tekanan darah.

Sebab darah tinggi selalunya tak bagi sakit. Diam diam, dia kerja.

🟡 Kalau bacaan anda kerap mula naik sekitar 130 hingga 139 untuk bacaan atas, atau 80 hingga 89 untuk bacaan bawah, itu tanda badan sedang bagi amaran awal. Masa ni paling penting untuk kawal, sebab perubahan kecil pun boleh bagi kesan besar.

🔴 Kalau bacaan dah 140 ke atas, atau bacaan bawah 90 ke atas, jangan buat biasa. Lagi lagi kalau anda ada kencing manis, kolesterol tinggi, merokok, berat badan berlebihan, atau sejarah keluarga. Benda ni bukan pasal takut, ini pasal sempat.

‼️⚠️Kalau bacaan melebihi 180 untuk bacaan atas atau melebihi 120 untuk bacaan bawah, itu kecemasan. Jangan tunggu esok, jumpa doktor dengan segera.


Kalau anda dah mula cek, anda dah menang separuh. Lepas ni, cuba konsisten seminggu sekali, kurangkan garam dan makanan proses, gerak 30 minit sehari, tidur cukup, dan jaga stres.

Kalau anda keliru bacaan anda masuk kategori mana, bawa rekod bacaan dan bincang dengan doktor atau klinik kesihatan.

22/09/2025

ISI PETROL BERSUBSIDI GUNA APLIKASI SETEL PETRONAS TAK PAYAH KELUAR KAD PENGENALAN SELALU

Sesiapa yang belum ada, boleh klik di sini.
Aplikasi SETEL Petronas: https://www.setel.com/ref/h39w6

Isi minyak petrol macam biasa dan tak perlu keluarkan kad pengenalan lagi. Mudah sahaja.

Klik di sini: https://www.setel.com/ref/h39w6


09/09/2025

Flotila: Kenapa Mereka Masih Naik Bot?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa mereka pilih naik bot, bukan kapal terbang atau jalan darat?

Jawapannya mudah tapi menyayat hati, semua laluan darat dan udara ke 🍉 dikawal ketat. Laut adalah satu-satunya simbol kebebasan yang tinggal, walaupun berisiko tinggi.

Kita kembali kepada asal usul Flotila, 15 tahun lalu.

Tragedi Marmara 2010

Pada 2010, Kapal Mavi Marmara belayar dengan ratusan aktivis antarabangsa, membawa ubat dan makanan ke 🍉. Di tengah perairan antarabangsa, tentera menyerang. 9 aktivis terbunuh, puluhan cedera. Dunia terkejut, sekaligus membuka mata dunia pada ketika itu

Sejak tragedi Mavi Marmara 2010, flotila kemanusiaan tetap belayar setiap tahun. Ada yang ditahan, ada yang dirampas, malah ada yang meragut nyawa. Tetapi semangat itu tidak pernah padam.


Siatusi semasa di 🍉?

Buat pertama kali dalam sejarah, 🍉diisytiharkan berada pada tahap kebuluran.
Lebih 500,000 orang kini sedang kelaparan, dan angka itu dijangka meningkat melebihi 640,000 menjelang hujung September 2025.

Pengeboman berlarutan musnahkan rumah, hospital, sekolah, penduduk dipaksa berpindah ke “zon kemanusiaan” tanpa jaminan keselamatan. Elektrik, air bersih, sanitasi dan komunikasi runtuh, membuka ruang kepada wabak penyakit.

Apakah misi Global Sumud Flotila?


2025 – Global Sumud Flotilla

Kini, sejarah kembali ditulis. Lebih 50 kapal dari 44 negara berkumpul di Mediterranean. Dari Barcelona ke Tunisia, ribuan aktivis, doktor, dan sukarelawan bergabung termasuk tokoh terkenal Greta Thunberg.

Mereka membawa ubat, makanan, dan suara dunia. Dijangka tiba di pesisir 🍉 pertengahan September ini. Walaupun mungkin akan disekat, perjalanan ini sudah pun menjadi simbol penentangan terhadap kepungan kejam.


🇲🇾 Malaysia juga tidak ketinggalan.

• 15 rakyat Malaysia belayar dari Barcelona pada 1 September.
• 15 lagi berlepas dari Itali pada 4 September.
• Gelombang ketiga dijadualkan bergabung dari Tunisia.

Sekurang-kurangnya 30 anak Malaysia kini menjadi sebahagian daripada konvoi solidariti laut terbesar ini bukti bahawa suara kemanusiaan kita berdiri bersama dunia.


Kita mungkin tidak berada di atas kapal itu. Tetapi kita boleh mengiringi mereka dengan doa, menyebarkan kesedaran, dan menyokong usaha ini. Kerana setiap doa dan solidariti adalah tanda bahawa 🍉 masih ada cahaya harapan.

Jangan pernah lupakan mereka, jangan lupa untuk bercakap mengenai 🍉


24/08/2025

TINDAKAN SEMASA GEMPA BUMI

03/08/2025

GAZA, 3 Ogos - Seorang staf Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas ibu pejabat organisasi itu di Khan Younis didakwa diserang artileri pengganas rejim zionis Israel, awal pagi Ahad.

PRCS dalam satu hantaran di platform X berkongsi gambar kesan letupan yang menyebabkan kebakaran pada bangunan berkenaan.

Beberapa jam selepas kejadian, kepulan asap masih dilihat membumbung berhampiran bangunan tersebut.

Sejak Oktober 2023, serangan pengganas rejim zionis Israel telah mengorbankan lebih 60,000 rakyat Palestin, menurut pegawai kesihatan Gaza. -REUTERS

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA, LINK 008 JOHOR BAHRU. D/A SK MOHD KHIR JOHARI
Johor Bahru
81100JOHORBAHRU