Alumni Seri Temenggong

Alumni Seri Temenggong

Share

Persatuan hendaklah dikenali sebagai PERSATUAN ALUMNI SERI TEMENGGONG kemudian daripada ini ringkasannya dirujuk sebagai ‘AST’

31/10/2024

Alumni Seri Temenggong (AST) IPGKTI ingin mengucapkan Selamat menyambut perayaan Deepavali buat seluruh warga AST yang meraikannya. Semoga cahaya Diwali membawa kebahagiaan dalam hidup kalian dan keluarga. Happy Deepavali Valthukkal 🪔🪔🪔

16/09/2024

Jadilah tuan atas jiwa fikirmu sendiri, bukan dibelenggu pemikiran orang lain. Fikiran yang bebas adalah kunci menuju jiwa yang merdeka.

Selamat Hari Malaysia 2024 🇲🇾🇲🇾🇲🇾


16/09/2024

Salam Maulidur Rasul 1446H

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Surah al-Ahzab (56)


09/09/2024

Tahniah anak Temenggong...

Sekalung Tahniah kepada ENCIK MUHAMMAD AZLAN BIN ITHNIN, Penolong PPD Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan Sektor Pembelajaran PPD Timur Laut dilantik sebagai Penolong Pengarah Unit TMK Sektor Pembelajaran JPNPP berkuatkuasa 09.09.2024

Selamat bertugas.


31/08/2024

Bersatu teguh, bercerai roboh—itulah asas kekuatan negara kita. Semoga semangat perpaduan terus membara di hati setiap rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-67.

Ikhlas daripada:
Alumni Seri Temenggong (AST)
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor






25/08/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh keluarga DR NOOR AZIZAH BINTI AZIZ, Pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Ogos 2024.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Yang Prihatin lagi Penyayang,

Biro Kebajikan dan Sosial,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-58,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.


12/08/2024

Assalamualaikum wbkt dan salam sejahtera.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA PENDIDIKAN yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PDPP di Institut Pendidikan Guru, KPM. Tarikh permohonan 13-19 Ogos 2024 mulai 10.00 pagi. Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang
https://mypdpp.moe.gov.my/PD/

06/08/2024

Keputusan penuh tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 bagi calon lepasan SPM, STPM, STAM & Matrikulasi. Semakan boleh dilakukan pada 9 Ogos 2024 mulai jam 10.00 pagi di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my. Harap maklum.


Photos from Alumni Seri Temenggong's post 05/08/2024

Jom menggamit memori kalian pada 10 & 11 OGOS 2024 ni...


05/08/2024

Siapa pernah nyanyi lagu ni sila angkat tangan...




Kredit: Nufa Production

03/08/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh keluarga MOHAMAD SAAD BIN MOHAMAD NAIN, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-50 yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Ogos 2024.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Yang Prihatin lagi Penyayang,

Biro Kebajikan dan Sosial,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-58,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

23/07/2024

Semakan Keputusan Fasa 1 Tawaran Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Lepasan SPM Tahun 2024 pada 24 Julai 2024 (selepas pukul 5 petang). Semakan boleh dibuat di pautan https://pismp.moe.gov.my. Harap maklum.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Johor Bahru