Menyediakan perkhidmatan pembelajaran tuisyen UPSR , PT3, dan SPM di rumah dengan cemerlang dan penuh sistematik. Fateh Excellent Home Tuition.
Adakah anak-anak Tuan/Puan:
Memperolehi pencapaian akademik yang kurang memberansangkan? Kurang memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas? Kurang motivasi untuk belajar & berkeinginan untuk berjaya dalam hidup? Minat belajar namun tidak tahu bagaimana teknik belajar yang paling berkesan? Telah berusaha dengan gigih namun masih belum ketemui titik kejayaan? Keputusan menurun sedangkan peperiksaan
tinggal berapa hari saja lagi? Tiada peningkatan walaupun telah dihantar ke kelas tambahan atau mana-mana pusat tuisyen? Pernah suatu masa memperolehi keputusan yang cemerlang namun tidak konsisten hingga ke akhirnya? Pelajar yang cemerlang dan ingin mengekalkan rekod kecemerlangannya? Jika jawapannya 'Ya', maka kami di Fateh Excellent Home Tuition ingin membantu para pelajar dan ibu bapa dengan sebaik mungkin dalam mencapai cita-cita yang diinginkan. Pakej-pakej yang kami sediakan iaitu Home Tuition adalah sesuai bagi mereka yang inginkan kualiti serta fokus dalam sesi pembelajaran yang diikuti. Pakej Home Tuition memberi fokus pada subjek-subjek akademik yang dipelajari melalui KBAT seperti subjek Sains, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan lain-lain. Tuto-tutor terlatih kami akan sentiasa memberi tunjuk ajar, motivasi serta latihan seperti soalan-soalan peperiksaan yang lepas bagi membantu pelajar berjaya dengan cemerlang. Kelebihan kami adalah tutor yang dilatih dengan baik dan mampu memberi komitmen sesuai dengan keperluan ibu bapa serta pelajar. Tutor bukan sahaja memberi tunjuk ajar, malah merupakan 'Mentor' ataupun 'Idol' yang dapat memberi inspirasii serta memberi semangat kepada pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan untuk berjaya dalam kehidupan.