Tunas Khalifah Islamic School

Tunas Khalifah Islamic School

Share

Islamic Primary School

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga kemenangan ini mendidik hati kita untuk kembali kepada fitrah, memperbanyakkan syukur dan mengeratkan ukhuwah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar
Allahu Akbar walillahil hamd

15/12/2025

Kami sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar anak-anak Tunas Khalifah beroleh kejayaan di mana sahaja mereka melangkah selepas ini.

Teruslah bersinar, cemerlang dan menjadi cahaya yang memberi manfaat kepada ummah.

30/07/2025

Alhamdulillah, tamat sudah Sports Week TKIS 2025 yang penuh dengan warna, semangat, dan kenangan manis. Dua minggu dipenuhi dengan aktiviti sukan dianjurkan sepenuhnya oleh para pendidik TKIS yang membuatkan anak-anak tak sabar nak datang ke sekolah setiap hari.

Dari latihan rumah sukan hinggalah ke hari kemuncak, iaitu Sport Day TKIS 2025, semuanya berjalan lancar dengan sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang luar biasa.

Khalifah Run p**a jadi antara detik istimewa apabila ibu bapa dan keluarga turut serta turun padang, berlari bersama anak-anak. Suasana penuh ceria dan meriah, rasa seperti satu keluarga besar yang sama-sama menyemarakkan semangat.

Penat memang penat, tapi nikmatnya sukar digambarkan bila lihat semua yang terlibat. Seperti kata pepatah Arab, akal yang sihat datang daripada badan yang sihat. Itulah yang kami cuba pupuk sepanjang minggu bukan sekadar acara sukan, tapi juga pembentukan jiwa, disiplin dan ukhuwah.

Yang tak sempat bersama tahun ini, memang rugi besar. Insya-Allah kita jumpa lagi di Sports Week tahun hadapan!

18/05/2025

"Kerana Denda Itu" | Video Khas Hari Guru 2025

Guru bukan sekadar mengajar di hadapan kelas. Bersempena Hari Guru kelmarin, para pendidik TKIS tampil berbeza. Mereka berlakon, bercerita dan menghiburkan demi menyampaikan satu mesej yang penuh makna.

Video ini mengajak kita menyelami maksud sebenar di sebalik denda – yang kadangkala kita salah faham. Bukan untuk menghukum, tetapi untuk mendidik dengan kasih sayang.

Kreativiti para pendidik TKIS dalam menghasilkan video ini membuktikan bahawa mendidik itu satu seni, dan merekalah senimannya.

Selamat Hari Guru kepada semua insan yang pernah memberi teguran, kerana dari teguran itu, kami belajar menjadi lebih baik.

Kerana denda itu, kami belajar erti tanggungjawab.

Photos from Tunas Khalifah Islamic School's post 23/04/2025

Alhamdulillah, dua destinasi, dua pengalaman bermakna:

Tahap 1 ke Petrosains PlaySmart Johor Bahru, seronok belajar sains melalui aktiviti interaktif yang membuka minda dan menguji kreativiti anak-anak.

Tahap 2 p**a ke Kampung Sungai Melayu, menikmati keindahan ciptaan Allah sambil mengenali budaya dan kehidupan kampung.

Semoga lawatan ini menambah ilmu dan mendidik hati menjadi insan yang bersyukur. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

28/03/2025

Assalammualaikum parents,

Dari kami untuk anda, sebuah kisah penuh warna dan emosi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tonton teaser eksklusifnya sekarang! 🤩

Photos from Tunas Khalifah Islamic School's post 28/02/2025

Alhamdulillah. Kami teruja menyambut kedatangan bulan Ramadan penuh keberkatan ini bersama anak-anak di TKIS. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menghayati keindahan Ramadan, termasuk tadarus Al-Quran, Diari Ramadan dan Tabung Infaq Ramadan.

Marilah kita bersama-sama mempersiapkan diri dan anak-anak untuk mengisi Ramadan dengan ilmu, ibadah, dan amalan kebaikan. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan mendidik jiwa ke arah yang lebih baik.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

No 2 Jalan Camar 2 Taman Perling
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00