12/05/2026
🌟 JEMPUTAN MENJADI AHLI BERDAFTAR BAKES UTM 🌟
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pihak Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES UTM) dengan sukacitanya menjemput YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara untuk menyertai keluarga BAKES UTM sebagai ahli berdaftar!
Kenapa perlu jadi ahli? 🤔
✅ Hanya dengan RM5 sebulan (potongan gaji), anda bukan sahaja menikmati pelbagai kemudahan kebajikan yang disediakan...
💗 ...malah secara tidak langsung menyumbang kepada rakan-rakan staf lain yang memerlukan bantuan! Bagi ahli wanita yang menyertai BAKES UTM, anda adalah secara automatik menjadi ahli WANGI (Persatuan Wanita Teknologi UTM)
Yang lebih bermakna — sumbangan kecil ini menjadi amalan jariah yang berterusan, selagi anda bersama kami sebagai ahli. 🌱✨
📌 Maklumat lanjut tentang faedah keahlian di sini:
🔗 http://www.utm.my/bakes
🗓 Makluman Penting:
📍 Pendaftaran ahli baharu diproses setiap 6hb setiap bulan
📍 Permohonan selepas 6hb akan mula aktif bulan berikutnya
📍 Keahlian hanya sah selepas potongan gaji dicatat dalam slip gaji
🤲 Mari rebut peluang ini untuk menabur bakti dan membantu sesama staf.
Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik dan keprihatinan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara. Aamiin. 🤍
12/05/2026
📢 HEBAHAN PENDAFTARAN IBADAH KORBAN GLOBAL 2026
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) dengan kerjasama Koperasi UTM Berhad membuka pendaftaran Ibadah Korban Global 2026 kepada semua warga UTM.
🐄 1 Bahagian Lembu : RM299 sahaja (Harga asal RM350)
🐐 1 Ekor Kambing : RM550 sahaja (Harga asal RM590)
📖 Firman Allah SWT (Surah Al-Hajj, ayat 37):
“Daging dan darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu...”
📲 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut:
Nina (Biro Ekonomi BAKES)
📞 www.wasap.my/+60162691351/korbanglobal (WhatsApp)
Jom rebut peluang beribadah & menyumbang kepada yang memerlukan 🌍✨
Terima kasih.
12/05/2026
✨𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗨𝗧𝗠 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗠𝗲𝗺𝗮𝗿𝘁𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮, 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮✨
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2026, Wanita Teknologi UTM (WANGI UTM) telah menganjurkan Program Penghargaan Wanita sebagai tanda penghargaan kepada wanita di universiti ini.
Program ini bertujuan untuk mengiktiraf dedikasi, komitmen dan sumbangan wanita UTM dalam memacu kecemerlangan akademik, pentadbiran dan pembangunan komuniti universiti.
Agihan bunga yang dilakukan bukan sahaja simbolik kepada keindahan dan kelembutan, tetapi juga mencerminkan kekuatan, inspirasi dan peranan penting wanita dalam memartabatkan universiti dan memperkukuh negara.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) turut hadir dalam program ini untuk menyerahkan bunga secara simbolik kepada para wanita UTM, sebagai penghargaan atas sumbangan mereka yang berterusan.
Semoga penghargaan ini menjadi tanda terima kasih dan penghormatan kepada semua wanita yang memberi inspirasi, kekuatan dan dedikasi dalam pembangunan universiti dan masyarakat.
🌷
12/05/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮! 🌸
"Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara."
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat. Pengorbanan anda adalah asas kepada keutuhan sesebuah negara.
Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan dan menjadi pembakar semangat untuk kami terus melakar kejayaan. Semoga para ibu sentiasa diberkati dan terus menjadi inspirasi buat generasi masa hadapan.
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮! 🌸
"Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara."
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat. Pengorbanan anda adalah asas kepada keutuhan sesebuah negara.
Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan dan menjadi pembakar semangat untuk kami terus melakar kejayaan. Semoga para ibu sentiasa diberkati dan terus menjadi inspirasi buat generasi masa hadapan.
12/05/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Di sebalik setiap rawatan yang berjaya, terdapat dedikasi dan komitmen tinggi seorang jururawat. Hari ini, warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jururawat, khususnya buat warga kesihatan di Pusat Kesihatan UTM.
Dengan tema "Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives," kita mengiktiraf bahawa jururawat bukan sekadar pemberi rawatan, tetapi tonggak masa depan sistem kesihatan yang lestari.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan keberanian anda.
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔!
Di sebalik setiap rawatan yang berjaya, terdapat dedikasi dan komitmen tinggi seorang jururawat. Hari ini, warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jururawat, khususnya buat warga kesihatan di Pusat Kesihatan UTM.
Dengan tema "Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives," kita mengiktiraf bahawa jururawat bukan sekadar pemberi rawatan, tetapi tonggak masa depan sistem kesihatan yang lestari.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran, dan keberanian anda.
09/05/2026
Mendapat perkhabaran sahabat kita Encik Nasir bin Osman, telah diuji Allah S.W.T. telah diuji dengan masalah Kesihatan. Sekarang menerima rawatan di Hospital KPJ Tawakkal .
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera diberikan kesembuhan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan teruskanlah berdoa. Aamiin ya Rabbal Alamin
Sumber Biro Kebajikan
26 April 2026
09/05/2026
BERITA KEMATIAN BONDA STAF
02.05.2026
Assalamualaikum wbt.,
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Dukacita dimaklumkan bahawa BONDA kepada sahabat kita Pn. Siti Noraisah binti Mohamad dari Jabatan Pendaftar telah kembali ke rahmatullah pada 02.05.2026. Oleh itu marilah kita sama2 menghadiahkan Surah Al-Fatihah buat bonda sahabat kita.
BAKES turut merakamkan ucapan takziah buat Pn. Siti Noraisah binti Mohamad sekeluarga. Semoga Allahyarham bonda beliau ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada seluruh ahli keluarga, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah ....
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
09/05/2026
Mendapat perkhabaran sahabat kita Encik Mohamad Rozaleigh bin Othman, telah diuji Allah S.W.T. telah diuji dengan masalah Kesihatan. Sekarang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau segera diberikan kesembuhan dan kekuatan menghadapi dugaan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan dan teruskanlah berdoa. Aamiin ya Rabbal Alamin
Sumber Biro Kebajikan
3 Mei 2026
09/05/2026
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para tetamu Allah yang diberi peluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik serta memperoleh haji yang mabrur. Doa kami mengiringi perjalanan suci kalian.
30/04/2026
BAKES mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026. Semoga segala usaha dan komitmen yang dicurahkan sentiasa dipermudahkan, diperkukuhkan dengan semangat yang berterusan serta membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi. Semoga terus melangkah maju dengan penuh dedikasi ke arah masa depan yang lebih gemilang dan sejahtera.