SMK Aminuddin Baki Johor Bahru

SMK Aminuddin Baki Johor Bahru

Share

This is not the official page of SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru.

12/05/2026

KEJOHANAN SUKAN SAB KALI KE-60 🎉

Kejohanan sukan tahunan yang dinanti-nantikan kembali lagi!

📅 Tarikh: 12 Mei 2026
📍 Tempat: Padang SAB

Empat rumah sukan akan berentap dengan penuh semangat kesukanan bagi merebut kejuaraan tahun ini 💪🔥

Kejohanan ini bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan, mengeratkan silaturahim warga sekolah serta melahirkan pelajar yang aktif, sihat dan berdaya saing.

Jom hadir beramai-ramai memeriahkan kejohanan dan beri sokongan padu kepada rumah sukan masing-masing! 🏃‍♂️🏆

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 17/03/2026

🗓 Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 7.00 pagi – 1.20 tengah hari
📍 Tempat: Dewan SAB

SEKALUNG KENANGAN, SERIBU MAKNA

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Semarak Ramadan Ceria Aidilfitri yang dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran, diikuti dengan majlis penyampaian hadiah bagi program seperti Pertandingan Poster Digital Raya & Pertandingan Anyam Ketupat kepada para pemenang.

Kemuncak majlis diserikan dengan sesi salam Aidilfitri serta penyampaian duit raya daripada guru-guru kepada para pelajar, yang menambahkan lagi suasana mesra, penuh kasih sayang dan ukhwah dalam kalangan warga sekolah.

Majlis ini turut digabungkan dengan Majlis Selaut Budi Seribu Memori, sebagai tanda penghargaan buat Tn. Hj Firdaus bin Mohd Yusof dan Pn. Norkhadifah binti Kamal atas segala jasa, bakti dan sumbangan sepanjang berkhidmat di SMK Aminuddin Baki yang berpindah ke sekolah baru.

Suasana penuh keberkatan, kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung. Semoga segala kenangan indah ini akan terus terpahat dan menjadi inspirasi buat semua.

💚 Selaut budi, seribu memori… kekal di hati.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 04/02/2026

🏃‍♂️✨ 4 Februari 2026 | Larian SAB kali ke 58

Hari ini Larian SAB telah berjaya dijalankan dalam suasana yang meriah serta penuh semangat kesukanan. Rumah Merah ❤️, Biru 💙, Kuning 💛 dan Hijau 💚 bergabung tenaga, guru-guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, manakala pelajar Tingkatan 6 turut memainkan peranan penting membantu melancarkan perjalanan program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Polis Trafik, JPAM serta pelajar-pelajar St. John atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan larian berlangsung dengan selamat dan teratur.

Semoga aktiviti sebegini terus menyemarakkan gaya hidup sihat, cerdas dan ceria dalam kalangan warga sekolah. 🌿🌟

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 19/01/2026

✨ PROGRAM MOHON RESTU STPM ✨
📅 19 Januari 2026, Isnin
📍 Dewan SMK Aminuddin Baki

Hari ini telah berlangsung Program Mohon Restu STPM bertempat di Dewan Dewan SAB, sebagai tanda sokongan dan doa buat para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan STPM Semester 3 2025 dan Semester 1 2026.

Program ini turut diserikan dengan sesi bersalaman dan memohon restu antara guru dan pelajar, sebagai simbol keikhlasan, penghormatan serta doa agar para pelajar diberikan ketenangan jiwa, kekuatan semangat dan kejayaan cemerlang dalam menghadapi peperiksaan.

📘 Jadual Peperiksaan:
• STPM Sem 3 (2025):20 – 27 Januari 2026
• STPM Sem 1 (2026): 21 – 28 Januari 2026
• Ujian Setara 1 (US1) : 3 –10 Februari 2026
• Ujian Setara 2 (US2):12- 26 Februari 2026

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya, diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan sepanjang tempoh peperiksaan.

🤲 Doa kami mengiringi langkah kalian:
Ya Allah, kurniakanlah kejayaan, kecemerlangan dan keputusan terbaik buat semua calon STPM. Lapangkan dada mereka, kuatkan ingatan, tenangkan jiwa dan jadikan usaha mereka beroleh hasil yang cemerlang.

🌟 Selamat menduduki peperiksaan STPM.
Semoga berjaya dan terus melakar kecemerlangan! 🌟

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 19/01/2026

Program Sekolah Penyayang 🍎
Sambutan Selamat Kembali ke Sekolah

📅 12 Januari 2026
📍 Hari Pertama Persekolahan
SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru

Selamat kembali ke sekolah buat semua warga SMK Aminuddin Baki.
Hari pertama persekolahan disambut dengan senyuman dan pemberian epal sebagai tanda kasih sayang serta motivasi untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh semangat.

Semoga tahun ini membawa kejayaan dan keceriaan buat semua pelajar 🍎✨

09/01/2026

*سۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*

*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ*

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه*

Dukacita dimaklumkan bahawa mantan Pengetua SMK Aminuddin Baki, JB iaitu Tuan Hj Roslan bin Mustaffa telah kembali kerahmatullah pada Jumaat 09 hb Januari 2026 jam 1 pagi di HSA

Didoakan semoga roh Allahyarhamah Tuan Hj Roslan bin Mustaffa ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah.

Al Fatihah.

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 13/11/2025

🌏✨ Program Jambore SMA Negeri Jawa Timur ke SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru

📅 Tarikh: 12 November 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

Alhamdulillah, SMK Aminuddin Baki telah menerima kunjungan delegasi Jambore dari SMA Negeri Jawa Timur. Kehadiran mereka membuka ruang kerjasama yang lebih luas, mengeratkan hubungan pendidikan serantau serta memberikan peluang kepada para pelajar untuk berkongsi budaya, pengalaman dan ilmu.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, merangkumi perkongsian kebudayaan, sesi kolaborasi, persembahan pelajar dan interaksi mesra antara kedua-dua sekolah.
Semoga program ini menjadi jambatan persahabatan yang kukuh antara dua institusi.

Tamu datang dari seberang,
Burung terbang bersama rama-rama.
Hubungan dibina jadi cemerlang,
Ilmu dan budaya kita kongsi bersama.

Indah pantai berpasir putih,
Ombak mengalun tenang membadai.
Aktiviti menarik menyerlahkan bukti,
Persahabatan terjalin indah dan damai.

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 08/11/2025

📘 MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Tuan Pengetua Mustaffa Kamal bin Idris
📅 Jumaat, 7 November 2025
🏫 Dewan, SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru

Dengan penuh rasa hormat dan kasih, seluruh warga SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua Mustaffa Kamal bin Idris atas segala jasa, bimbingan dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui sekolah tercinta ini.

Majlis Lambaian Kasih ini menjadi tanda penghargaan buat seorang pemimpin yang sentiasa berdedikasi, berjiwa besar dan penuh kasih terhadap warga sekolah.
Terima kasih atas setiap tunjuk ajar, dorongan, dan kebijaksanaan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Selamat bersara dengan penuh kebahagiaan, Tuan Pengetua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati dan ketenangan dalam menjalani kehidupan selepas persaraan.

“Seorang pemimpin yang baik bukan hanya meninggalkan kejayaan, tetapi meninggalkan semangat dan nilai yang akan terus hidup dalam hati warga sekolah.”

Pergi ke taman memetik selasih,
Harum mewangi disapa bayu,
Lambaian kasih penuh berisi,
Tanda jasa kekal di kalbu. 🌸

Mentari senja kian berlabuh,
Menutup hari dengan indahnya,
Jasamu tuan tetap teraruh,
Akan dikenang sepanjang masa. 🤍

Photos from SMK Aminuddin Baki Johor Bahru's post 07/11/2025

📿 MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA NEGERI JOHOR 2025 🌙

Alhamdulillah, malam tadi para pelajar SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru turut sama menghadiri Majlis Solat Hajat Perdana sempena peperiksaan awam negeri Johor 2025 yang berlangsung di Masjid Jamek Bandar Baru Uda.

Majlis yang bermula jam 6.30 petang ini menghimpunkan warga sekolah, ibu bapa dan pelajar bagi memohon keberkatan serta kejayaan buat semua calon peperiksaan — khususnya calon SPM 2025 juga calon STPM.

Semoga doa yang dipanjatkan bersama menjadi asbab kejayaan dan ketenangan buat semua anak-anak SAB dalam menghadapi hari-hari terakhir sebelum peperiksaan. 🤲💫

03/11/2025

💙✨ UCAPAN SEMANGAT & DOA BUAT CALON SPM BATCH 08 SMK AMINUDDIN BAKI, JOHOR BAHRU✨💙

Anak-anak SAB JB Batch 08 yang dikasihi,
Inilah masa untuk buktikan usaha, doa, dan pengorbanan selama ini. Kami semua – guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga SAB – sentiasa berdiri di belakang kalian, memberi semangat dan doa tanpa henti.

📅 Tarikh Peperiksaan SPM 2025:
📌 UBBM : 3 – 6 November
📌 UBBI : 10 – 13 November
📌 UAS : 17 – 19 November
📌 Ujian Mendengar : 20 November

🌟 Pesanan untuk calon SPM:
✅ Percaya pada diri & takdir Allah
✅ Fikir positif, jangan panik
✅ Tidur awal, jaga kesihatan
✅ Banyakkan doa & restu ibu bapa
✅ Bertenang – usaha sudah, kini tawakal

🤲 Doa sebelum mula menjawab:
“Bismillahirrahmanirrahim, Rabbi yassir wala tu’assir, Rabbi tammim bil khair.”
(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, permudahkan, jangan disulitkan, dan sempurnakan dengan kebaikan.)

💖 Ingat:
Keputusan itu rezeki, tapi usaha & doa itu perjuangan. Jangan berhenti percaya pada diri sendiri dan jangan lupa Allah sentiasa dekat.

Batch 08, kalian kebanggaan kami!
Semoga cemerlang dunia & akhirat. 🌟

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Jalan Abdul Samad
Johor Bahru
80100