SJKT Ladang Tebrau

SJKT Ladang Tebrau

Share

SJKT Ladang Tebrau is situated at Bandar Dato Onn township which comes under PPD Pasir Gudang.

19/08/2026

Pertandingan Gaya Warisan Merdeka STLT ๐ŸŒธ

Photos from SJKT Ladang Tebrau's post 19/08/2026

๐Ÿ›ก๏ธ PELANCARAN PROGRAM BUDAYA SAFE JOHOR 2026 ๐Ÿ›ก๏ธ
18 Ogos 2026 | SJK (T) Ladang Tebrau โค๏ธ๐Ÿ’™
Satu langkah bersama dalam membentuk sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli. โœจ
Terima kasih kepada Sarjan Vishnu A/L Samugam atas perkongsian ilmu dan kesudian bersama murid-murid dalam menjayakan program ini. ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
HENTIKAN BULI! BERSAMA WUJUDKAN SEKOLAH SELAMAT! ๐Ÿ›ก๏ธ

19/08/2026

Tahniah ๐Ÿ’œ

17/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah! ๐Ÿ†โœจ

Sekalung tahniah diucapkan kepada Guru Besar,
Pn. Challamah, Cik Sarennia dan En. Edmond atas penerimaan ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus cemerlang, berbakti dan memberi yang terbaik dalam dunia pendidikan.

17/08/2026

Tahniah dan terima kasih kepada murid-murid dan ibubapa yang menyumbang minyak masak terpakai untuk sekolah bagi program kelestarian.

Photos from SJKT Ladang Tebrau's post 16/08/2026

Terima Kasih & Penghargaan ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para VIP dan pegawai yang sudi meluangkan masa untuk hadir memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan 2026 kami. ๐Ÿ†๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

๐ŸŒท Pn. Nirmala
Guru Besar, SJKT Permas Jaya

๐ŸŒท En. Balasubramaniam
GPK HEM, SJKT Bandar Seri Alam

๐ŸŒท En. Ilavarasan A/L Yogaraj
SK Ulu Tiram

๐ŸŒท Pn. Wan Nur Adiba Binti Wan Nuwi
SJKT Desa Cemerlang

Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi kenangan manis buat seluruh warga sekolah. โค๏ธ

Terima kasih atas kesudian hadir dan bersama-sama memeriahkan Sukan Tahunan 2026! ๐Ÿ™โœจ

Photos from SJKT Ladang Tebrau's post 12/08/2026

๐Ÿ†โœจ KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2026 โœจ๐Ÿ†

๐Ÿ”ฅ46-เฎ†เฎตเฎคเฏ เฎชเฎณเฏเฎณเฎฟเฎฏเฎฟเฎฉเฏ เฎชเฏ‹เฎŸเฏเฎŸเฎฟ เฎตเฎฟเฎณเฏˆเฎฏเฎพเฎŸเฏเฎŸเฏ ๐Ÿ”ฅ

๐ŸŒŸ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB JIMMY PUAH WEE TSE (Ahli Parlimen Tebrau) atas kesudian hadir, sokongan serta komitmen dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. ๐Ÿ™๐Ÿ’

๐Ÿฅ KEPUTUSAN PERBARISAN
๐Ÿฅ‡ Tempat 1 โ€“ ๐ŸŒ•KUNING
๐Ÿฅˆ Tempat 2 โ€“ ๐Ÿ”ดMERAH
๐Ÿฅ‰ Tempat 3 โ€“ ๐ŸŸขHIJAU
๐Ÿ… Tempat 4 โ€“๐Ÿ”ตBIRU

๐Ÿ† KEJOHANAN KESELURUHAN
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ ๐Ÿ”ต BIRU
๐Ÿฅˆ Naib Johan โ€“ ๐ŸŒ• KUNING
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ ๐ŸŸข HIJAU
๐Ÿ… Tempat Keempat โ€“ ๐Ÿ”ดMERAH

๐Ÿ”ฅOlahragawan - Piruthu Raj (6K) ๐ŸŒ•

๐Ÿ”ฅOlahragawati - Milashree (6V) ๐Ÿ”ด

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta seluruh warga sekolah atas semangat kesukanan yang ditunjukkan! ๐Ÿ‘๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ

โค๏ธ Terima kasih tidak terhingga kepada Guru Besar, ibu bapa, bekas pelajar dan guru-guru atas segala sokongan, kerjasama dan usaha yang diberikan dalam memastikan kejohanan ini berlangsung dengan jayanya. ๐Ÿ™๐ŸŒŸ

๐Ÿ† Semangat Kesukanan โ€ข Kerjasama โ€ข Kecemerlangan โœจ

Photos from SJKT Ladang Tebrau's post 06/08/2026

๐Ÿ† PENYAMPAIAN HADIAH ACARA PADANG & SUKANEKA 2026 ๐Ÿ…

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kesungguhan sepanjang Acara Padang dan Sukaneka 2026.

Majlis penyampaian hadiah ini diadakan bagi menghargai usaha serta pencapaian para peserta yang telah memberikan saingan terbaik dalam setiap acara.

๐Ÿ“… Tarikh: 6/8/2026
๐Ÿ“ Tempat: Tapak perhimpunan
๐Ÿ•˜ Masa: 7.20-9.20 pagi

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, jawatankuasa dan warga sekolah yang telah memberikan kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing yang positif terus disemai dalam diri setiap murid.

01/08/2026

๐Ÿ“šโœจ Bengkel Penataran Penguasaan Bahasa Melayu Tahun 4 โœจ๐Ÿ“š

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Kalai Selvam, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SK Taman Pulai Emas, atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai penceramah dalam Bengkel Penataran Penguasaan Bahasa Melayu Tahun 4 bersama warga pendidik SJKT Ladang Tebrau.

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.50 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Bilik RBT, SJKT Ladang Tebrau

Perkongsian yang penuh bermakna, strategi pengajaran yang berkesan serta idea-idea inovatif yang disampaikan telah memberikan inspirasi dan nilai tambah kepada para guru dalam memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pendidikan serta melahirkan murid yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

โ€œIlmu dikongsi, inspirasi disemai, kecemerlangan digapai bersama.โ€ ๐ŸŒŸ

Terima kasih atas kesudian meluangkan masa dan menyumbang kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Jalan ADDA UTAMA
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Sunday 07:00 - 18:30