Sekolah Menengah Sri Tebrau, Johor Bahru, Johor, Malaysia
SMK SRI TEBRAU ( SMST ) Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau teletak di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua. Pengetua sekarang ialah Pn. Balwinder Kaur yang telah mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Disember 2005. Sekolah ini mempunyai keluasan 8 ekar dan pada tahun 1984 hanya mempunyai tiga buah blok yang mengandungi 10 bilik, 2 bilik ERT, 3 makmal s
ains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang untuk trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak
Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Ahmad Bin aiman. Beliau berkhidmat sehingga 1985. SMK Sri Tebrau terletak di Jalan rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. sekolah ini meliputi kawasan seluas 8.114 ekar. Pada peringkat awal, SMK Sri Tebrau mempunyai 5 blok bangunan. Blok pertama menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup. Blok kedua {A}, ketiga (B) dan keempat (C) menempatkan 10 bilik Darjah, 2 bilik SRT dan 3 Makmal Sains. Blok kelima ialah kantin. Bilangan pelajar pada peringkat awal penubuhan SMK Sri Tebrau ialah 453 orang. Bilangan guru p**a ialah 17 orang. Manakala bilangan kakitangan ialah 9 orang. Pelajar pelajar yang bersekolah di SMK Sri Tebrau rata-ratanya dari Taman Sri Tebrau, Taman Century, Taman Pelangi, Taman Senfosa, Taman Johor Jaya, Taman Melodies, Taman Permas Jaya, Tdinan Daya, Kebuh Teh, Kampung Bakar Bntu. Plentong, Kampung Majidee dan Karnpung Randan. Dari setahun ke setahun prasarana SMK Sri Tebrau semakin bertambah. Pada 1986 astaka telah dibina. Seterusnya, diikuti pembinaan 1 blok (dikenali Blok D) yang menempatkan 3 bilik makmal sains tulen dan ?. bilik darjah pada 1987. Pada 1988, sebuah gelanggang serbaguna telah dibina. Pada 1990, satu blok (dikenali Blok E) Lelah dibina. Blok ini menempatkan 8 bilik darjah. Rotary Club, di bawah kelolaan Kelab Interact telah membiayai pembinaan sebuah tampat menunggu bas di Jalan Cokmar pada 1992. Pada tahun ini juga Dewan Terbuka telah dibina hasil sumbangan kewangari oleh PIBG dan sumbangan tenaga daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kern Majidee. Antara Kemudahan-kcmudahan lain yang turut dibina pada tahun ini ialah Pancuran Air taman Sains hasil sumbangan PIBG dengan bantuan tenaga pekerja dan pelajar SMKST. Hari sumbangan PIBG, sebuah bilik persalinan. pakaian pendidikan jasmani untuk pelajar lelaki dan perempuan serta guru turut dibina pada tahun ini. Pada 1994, satu blok (dikenali Blok F) yang menempatkan 3 bilik darjah telah dibina. Pembinaan blok ini hasil sumbangan PIBG dan sumbangan tenaga daripada Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kem Majidee. Hasil pungutan 'Jogathon, sumbangan PIBG dan ^umbangan VIP YB Haji Mohammed Khaled b. Nordin serta sumbangan Rotary Club Tebrau, Dewan Serbaguna telah dibina pada 1995. Pada 1996, ternbok dan pagar sekolah telah diubah suai. 'Taman Koperasi telah dibina pada 1997. Sudut Bacaan p**a diwujukan hasil daripada pengubahsuaian Dewan Terbuka pada tahun tersebut. SMK Sri Tebrau semakin berubah wajah menjelang 1999. Prasarana -prasarana baru semakin bertambah. Laluan-laluan berbumbung yang menghubungkan blok kantin dengan gate B dan Astaka dengan Dewan Serbaguna telah dibina. Yang terkini ialah pembinaan sebuah perpustakaan baru di Dewan Terbuka yang sebelum ini diubah suai menjadi Sudut Bacaan.