15/11/2025
KONSERT SEAcademy®️ 2025
Alhamdulillah, telah selesai Konsert SEA Serene Early Academy JB 2025🤗
Ucapan tahniah dan setinggi penghargaan buat:
✨Terutama sekali pada anak-anak SEAcademy®️ yang cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan terbaik.
✨IbuAyah, keluarga dan sahabat-sahabat yang hadir untuk meraikan dan memberi sokongan yang padu.
✨Guru dan terapis yang bertungkus lumus dari segala segi (masa, tenaga, idea, latih anak-anak dsbgnya) bagi merealisasikan konsert akhir tahun yang meriah dan bermakna buat semua yang hadir.
✨Para penyumbang yang berkongsi rezeki dengan kami. Jasa kalian hanya Allah mampu membalasnya.
Pengalaman julung kali-nya buat SEAcademy®️ team menganjurkan konsert buat anak-anak istimewa kami. Kenangan indah dan berharga buat kami.
Akhir kalam, kami sentiasa akan meraikan anak-anak kami dalam apa jua keadaan. Menjadi harapan kami anak-anak SEAcademy®️ terus berkembang dengan ceria, sihat dalam suasana yang menyokong mereka.
Jumpa lagi di program akan datang ~ setiap anak istimewa adalah amanah buat semua🫶🫰👋
23/06/2025
Naik Taraf Tadika/Taska Anda kepada Mesra Autisme/ADHD
Anda terima permohonan pendaftaran pelajar Autisme dan ADHD di Tadika dan Taska anda?
Tetapi tidak yakin untuk terima?
Sertai kursus kami untuk menaik taraf kemudahan anda dan menjadi lebih inklusif!
📚 Objektif Kami
🌟 Zero Rejection: Mengurangkan kadar penolakan pelajar autisme dan ADHD dengan memberikan garis panduan yang paling sesuai untuk mengelakkan beban kepada guru sedia ada.
🌟 Pendekatan Praktikal: Menyediakan latihan praktikal untuk guru-guru supaya mereka dapat mengendalikan pelajar Autisme dan ADHD dengan lebih efektif.
🌟 Inklusi dan Kesedaran: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan inklusi dan menyediakan persekitaran yang menyokong perkembangan setiap kanak-kanak.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Telefon: :
Pn Amirah : 0104554541
Pn Aisyah : 0127937260
Pn Falah : 0182512865
🪀 Whatsapp :* www.wasap.my/60104554541/daftarkursusmaep
📧 Emel:: [email protected]
❓ Website :* https://mistifycareoffcial.my.canva.site/maep
SEAcademy - Bersama Kita Membina Masa Depan Yang Lebih Cerah Untuk Semua Kanak-Kanak. Setiap Anak-Anak Mempunyai Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Sama Rata.
05/05/2025
Kursus Intensif Intervensi Awal Autism dan ADHD
Di bawah Projek Malaysia Autism Education Project (MAEP)
Adakah anda seorang ibu bapa, guru, atau profesional yang ingin memahami dengan lebih mendalam cara menangani Autism dan ADHD? Inilah peluang anda untuk menyertai kursus yang akan mengubah cara anda berinteraksi dengan kanak-kanak istimewa ini!
Apa yang anda akan pelajari?
✅Kenali Autism dan ADHD Secara Mendalam : Fahami keperluan unik kanak-kanak ini dan bagaimana anda boleh memberi sokongan terbaik.
✅Strategi Intervensi Awal yang Berkesan : Kuasai teknik yang terbukti dapat meningkatkan perkembangan sosial, komunikasi, dan kemahiran akademik kanak-kanak.
✅Pengurusan Tingkah Laku yang Efektif: Belajar bagaimana untuk menangani tingkah laku mencabar dengan pendekatan yang berstruktur dan berkesan.
✅Sokongan Menyeluruh kepada Keluarga dan Komuniti: Memahami peranan penting ibu bapa dan komuniti dalam memastikan kejayaan intervensi.
Mengapa Anda Perlu Sertai Kursus Ini?
✅Disokong oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) : Anda akan menerima pengetahuan dan kemahiran yang disokong oleh badan berwibawa dan kredibel.
✅Dikendalikan oleh Pakar Dalam Bidang : Belajar daripada pengamal dan pakar dalam bidang Autism dan ADHD yang berpengalaman.
✅Sesuai untuk Semua : Sama ada anda seorang ibu bapa, guru, atau profesional, kursus ini akan memberi anda ilmu yang sangat berharga dalam membantu anak-anak ini.
Jangan lepaskan peluang untuk memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak dengan Autism dan ADHD. Sertai kami dalam usaha untuk menyediakan masa depan yang lebih cerah untuk mereka.
Daftar Sekarang!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi
Email : [email protected]
Whatsapp/call :
Puan Amirah : 010-4554541
Puan Aisyah : 012-7937260
Puan Falah : 018-2512865
Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam kehidupan anak-anak ini!
*F
27/04/2025
*Kursus Intensif Intervensi Awal Autism dan ADHD*
*Di bawah Projek Malaysia Autism Education Project (MAEP)*
Adakah anda seorang ibu bapa, guru, atau profesional yang ingin memahami dengan lebih mendalam cara menangani Autism dan ADHD? Inilah peluang anda untuk menyertai kursus yang akan mengubah cara anda berinteraksi dengan kanak-kanak istimewa ini!
Apa yang anda akan pelajari?
*Kenali Autism dan ADHD Secara Mendalam*: Fahami keperluan unik kanak-kanak ini dan bagaimana anda boleh memberi sokongan terbaik.
*Strategi Intervensi Awal yang Berkesan*: Kuasai teknik yang terbukti dapat meningkatkan perkembangan sosial, komunikasi, dan kemahiran akademik kanak-kanak.
*Pengurusan Tingkah Laku yang Efektif*: Belajar bagaimana untuk menangani tingkah laku mencabar dengan pendekatan yang berstruktur dan berkesan.
*Sokongan Menyeluruh kepada Keluarga dan Komuniti*: Memahami peranan penting ibu bapa dan komuniti dalam memastikan kejayaan intervensi.
Mengapa Anda Perlu Sertai Kursus Ini?
*Disokong oleh Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan Malaysia*: Anda akan menerima pengetahuan dan kemahiran yang disokong oleh badan berwibawa dan kredibel.
*Dikendalikan oleh Pakar Terkenal*: Belajar daripada pengamal dan pakar dalam bidang Autism dan ADHD yang berpengalaman.
*Sesuai untuk Semua*: Sama ada anda seorang ibu bapa, guru, atau profesional, kursus ini akan memberi anda ilmu yang sangat berharga dalam membantu anak-anak ini.
Jangan lepaskan peluang untuk memberi impak positif dalam kehidupan kanak-kanak dengan Autism dan ADHD. Sertai kami dalam usaha untuk menyediakan masa depan yang lebih cerah untuk mereka.
*Daftar Sekarang!*
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi
Email : [email protected]
Whatsapp/call :
Puan Amirah : 010-4554541
Puan Aisyah : 012-7937260
Puan Falah : 018-2512865
Jadilah sebahagian daripada perubahan positif dalam kehidupan anak-anak ini!
*F
18/04/2025
MENERIMA KUNJUNGAN KERJA - KPYPJ Management Services Sdn Bhd
SEA Serene Early Academy JB (SEAcademy) telah menerima kunjungan kerja dari KPMS.
Tujuan lawatan warga KPMS ke SEAcademy ialah bagi melihat dan mendalami sendiri, cara intervensi bagi peringkat kanak-kanak, remaja dan belia autisme.
Kedatangan warga KPMS diketuai oleh Encik Shahrim bin Adon dan disambut oleh pengarah SEAcademy puan Siti Aisyah binti Happas.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan masa lawatan diisi dengan ilmu terapi, pendidikan dan halatuju anak-anak autisme.
Kedua-dua pihak juga berbincang tentang peluang kerjasama untuk masa hadapan, diselitkan nasihat dan pertukaran pendapat.
Akhir kata...
"Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kunjungan tuan membawa kasih,
Foto dikongsi sebagai kenangan."
Terima kasih kepada atas buah tangan dan sudi menjadi tamu Sea JB SEAcademy. Ada rezeki, kita jumpa lagi.
18/04/2025
MARHABAN & ZIARAH SYAWAL 2025
Masa buka SEA Serene Early Academy JB, memang saya nak anak-anak yang ber-intervensi disini, bukan saja cemerlang dari segi pengurusan kendiri, sosial dan akademik tapi saya memang nak terapkan ilmu akhirat dan budaya Malaysia pada anak-anak ini.
Selain terapi (pertuturan, cara kerja, tingkahlaku dan fizikal) dan kesediaan belajar ke taska/tadika/sekolah, mereka dididik mengambil wudhu' sebelum memulakan segala aktiviti.
Di SEAcademy, setiap hari mereka diwajibkan aktiviti ukhrawi seperti solat (Dhuha atau Zuhur-mengikut sesi), pergerakan dalam solat, mengaji dan menghafal ayat-ayat lazim dan doa-doa ringkas.
Bulan Ramadhan, anak-anak yang mampu berpuasa digalakkan berpuasa.
Untuk setiap bulan Syawal p**a, kami adakan aktiviti marhaban ke rumah-rumah yang terpilih, tak mampu nak pergi semua.
Jadi tahun ini, kami sempat ke beberapa buah rumah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik-baik. Anak-anak belajar santuni dan menyantuni tuan rumah dengan kemampuan mereka.
Saya sebenarnya agak terkilan, ramai orang sekarang yang seolah-olah sudah tidak mahu membuat aktiviti ziarah kerana orang mengata anak-anak autisme mereka. Setelah berpuluh tahun dalam bidang ini, saya sedar dan tahu benar mulut orang memang tak boleh kita 'control'.
Saya ni orang mudah, saya sentiasa ingat NIAT saya dan sedar saya hanya manusia biasa yang tidak mampu menutup mulut orang.
Saya minta Allah saja selesaikan dan membalas yg baik disisi Allah urusan mereka yang mengata itu ini. Saya tetap terus buat apa yang saya nak buat, yang saya rasa betul dan baik.
Saya takkan nak simpan anak-anak istimewa saya ini dan biarkan mereka raya macam tak raya, seolah-olah hari-hari biasa saja. Saya tak sampai hati buat begitu pada mereka. Mereka juga ada hak ikuti marhaban dan ziarah yang meriah di Johor ini.
Jadi, begitulah pendirian saya dan team SEAcademy Sea JB.
Di hari ini, saya kongsikan serba sedikit aktiviti MARHABAN & ZIARAH SEAcademy tahun ini. Saya dan team doakan tuan rumah yang sudi menyantuni dan menerima kunjungan anak-anak istimewa ini dikurniakan kemudahan urusan dan keluasan rezeki didunia dan akhirat Amiin.
Moga Allah rezekikan dapat menjalankan aktiviti ini selagi hayat dikandung badan Amiin. Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin dari warga SEAcademy untuk semua.
Puan Aisyah Happas
Pengarah SEAcademy
10/03/2025
KURSUS KHAS UNTUK IBUBAPA ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS (Autisme/ADHD/Speech Delay dll.)
METHOD KURSUS:
*Online
YURAN:
RM90/per siri
5 SIRI
Siri 1 - Mengenali anak
Siri 2 - Persediaan mendidik anak
Siri 3 - Cara mendidik anak
Siri 4 - Halatuju anak dalam pendidikan
Siri 5 - Perancangan sekarang dan masa hadapan anak
Digalakkan mengikuti 5 SIRI diatas kerana ILMU berkait rapat.
Hubungi admin :
012 793 7260
Terima kasih & Jumpa dikelas👍
28/02/2025
𝘓𝘦𝘵’𝘴 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘧𝘶𝘯! 𝘏𝘦𝘳𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘴𝘰𝘮𝘦 𝘨𝘳𝘦𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘨𝘳𝘦𝘥𝘪𝘦𝘯𝘵𝘴 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘢𝘳𝘦 𝘴𝘢𝘧𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘤𝘩𝘪𝘭𝘥. ❤️