15/09/2020
Hello Mom and Dad🌻
Seperti yang dijanjikan pada post sebelum ini, kami akan berkongsi tentang “Sensitive Period for Kids”
Apa itu sensitive period untuk kanak2? Jangan ingat mommies sahaja yang ada sensitive period setiap bulan yaaa 🤪 Kanak2 pun ada sensitive period jugak tauu.
Menurut Dr.Maria Montessori yang mempelopori “The Montessori Way”, sensitive period is “child’s absorbent mind, birth to age 6, is when most sensitive period occurs”. Secara dasarnya, terma sensitive period untuk kanak2 ialah satu tempoh waktu dimana minda kanak2 menyerap skill atau maklumat tertentu pada kadar yang tertinggi, dimana, jika waktu ini kita mengajar tentang sesuatu perkara, minda kanak2 akan dapat menyerap dengan paling baik. Contohnya, ketika umur lingkungan 2 tahun, kita ingin mengajar anak kita tentang warna, pilih lah untuk mengajar warna ketika sensitive period mereka, supaya mereka dapat ingat warna dengan betul.
Bagaimana untuk mengetahui waktu bila sensitive period anak kita? Sebenarnya kita sebagai ibubapa harus peka dengan perkembangan anak kita, cuba perhati pada suatu2 masa, apakah perkara yang paling menarik minat anak kita, adakah warna, kenderaan, haiwan, bentuk atau perkara lain? Tatkala kita perasan perkara yang paling menarik minat dan perhatian anak kita itulah kita justifikasi kan sebagai sensitive period mereka. Dan cuba untuk beri tunjuk ajar dan ilmu yang sepenuhnya tentang perkara yang berkaitan.
Bolehkah ajar anak2 ketika bukan waktu sensitive period? MashaAllah tentu lah boleh mommies dan baba, tapi jangan kita p**a terlebih sensitive sebab anak tak ingat apa yang kita ajarkan tu hehe. Tapi jangan risau “kids are all about repetition” , kanak2 s**a ulang2 semua perkara. Jadi, asalkan mommies dan baba tak bosan nak ajar anak, inshaAllah anak2 boleh belajar dengan baik. Kita hanya berusaha dan merancang, Tuhan yang menentukan apa, bila dan bagaimana sesuatu perkara itu berlaku. Jadi, jangan pernah bosan dan putus asa ya mommies dan baba semuaa 💪🏻
Admin cuba karang post dalam Bahasa Melayu sempena Hari Malaysia esok, harap tiada kecaman sebab dah lama tak buat karangan dalam Bahasa Melayu hehe.
Till another sharing post 🌻
Picture credit to the its rightful owner
15/09/2020
15/09/2020