Madrasah Alattas Alarabiah Johor

Madrasah Alattas Alarabiah Johor

Share

INI ADALAH LAMAN RASMI MADRASAH ALATTAS ALARABIAH JOHOR.

Photos from Madrasah Alattas Alarabiah Johor's post 08/06/2026

📚 SEMINAR MENGUASAI SUBJEK BAHASA MELAYU TINGKATAN 4 & 5 📚

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Seminar Menguasai Subjek Bahasa Melayu: Teknik & Inovasi yang melibatkan para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Seminar ini telah disampaikan oleh Cikgu Tangaprabu Murthy @ Cikgu Prabu, seorang penceramah Bahasa Melayu yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Linguistik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan aktif mengendalikan seminar serta bengkel Bahasa Melayu di seluruh negara.

Selain dikenali sebagai influencer pendidikan, Cikgu Prabu juga telah membantu ramai pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan awam melalui perkongsian teknik pembelajaran yang berkesan, penguasaan tatabahasa serta strategi menjawab soalan Bahasa Melayu.

Sepanjang seminar, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan inovasi pembelajaran yang menarik, termasuk analisis tatabahasa, morfologi, rumusan serta penggunaan bahasa yang tepat bagi meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Prabu atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan para pelajar dalam subjek Bahasa Melayu.

✨ "Jom Kuasai Bahasa, Cemerlangkan Diri!" ✨

Photos from Madrasah Alattas Alarabiah Johor's post 17/05/2026

📸 PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA MAAHAD JOHOR & MAAHAD TAHFIZ NEGERI JOHOR
📅 9 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 – 11.00 pagi
📍 acara lelaki - MAAJ
📍 acara perempuan - Maahad Johor

Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai persediaan bagi menghadapi acara Ihtifal Riyadhi 2026 yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2026, melibatkan penyertaan kontinjen MAAJ dalam beberapa acara sukan.
âšŊ Bola Sepak
🏐 Bola Tampar L & P
đŸĨ… Sepak Takraw
â›šī¸ Bola Jaring

Photos from Madrasah Alattas Alarabiah Johor's post 17/05/2026

Sambutan Hari Raya Aidilfitri MAAJ
📍 Dewan Makan
📅 11 April 2026 (Sabtu)

Photos from Madrasah Alattas Alarabiah Johor's post 17/05/2026
Photos from Madrasah Alattas Alarabiah Johor's post 17/05/2026

📸 Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-21 & Anugerah Kecemerlangan 2025
📍 Dewan Al Ghazali
📅 11 April 2026 (Sabtu)

Photos from Surau Azzahra MAAJ's post 09/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Johor Bahru
81800