Penghayatan Etika Dan Peradaban

Penghayatan Etika Dan Peradaban

Share

Assalamualiakum/Salam sejahtera. Kami adalah pelajar dari UUM (MPU1013 G Kumpulan Ixia).

Penubuhan laman FB ini adalah untuk tujuan tugasan kumpulan dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan tentang pendidikan awal kanak-kanak.

Photos from Penghayatan Etika Dan Peradaban's post 23/06/2021

Peranan Kerajaan Terhadap Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Peranaan kerajaan amatlah dituntut bagi menangani masalah gejala sosial daripada terus berleluasa. Penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan semula kerana seolah-olah undang-undang sedia ada tidak berkesan. Malahan kes semakin meningkat dan ianya amat membimbangkan khususnya dalam konteks keselamatan dan ketentraman awam.

Agensi-agensi yang terlibat dengan aspek pelaksanaan, penguatkuasaan dan pemantauan perlu memainkan peranan yang proaktif dan berterusan serta tindakan tegas perlu dilakukan agar remaja takut untuk melakukan masalah sosial.

Dalam hal ini, setiap permasalahan yang berlaku tidak perlu melalui guru disiplin tetapi melalui bidang kuasa polis. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan perlulah membasmi segala pusat hiburan yang tidak berfaedah dan mempengaruhi keruntuhan akhlak remaja khususnya pelajar sekolah. Sebagai contoh, Pengharaman pusat-pusat dan arked-arked permainan video yang berunsur ganas, kejam dan lucah.

Selain itu, pusat-pusat hiburan dibuka melebihi waktu sebenar yang dibenarkan perlulah disita dan dikompaun. Program Khidmat Negara dan Sukarelawan Al-Falah YADIM boleh dijadikan sebagai wadah untuk menampilkan juga pembentukan dan kemantapan sahsiah, emosi, mental dan fizikal agar seimbang dengan tuntutan rohani, agama dan jasmani di samping menanam sikap dan semangat patriotisme, nasionalisme dan jati diri.

Muhammad Firdaus Fahmee Bin Kamarazaman
(276092)

Photos from Penghayatan Etika Dan Peradaban's post 23/06/2021

Peranan Guru Di Sekolah

Dalam melahirkan masyarakat yang bebas dari gejala sosial pendidikan merupakan elemen penting serta merupakan strategi pencegahan yang berkesan. Pihak sekolah hendaklah mengadakan program aktiviti berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah.

Ini kerana membentuk pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial serta mewujudkan persekitaran yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Ini kerana kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.

Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Disamping itu, pihak sekolah perlu mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Mohd Syarifullah Bin Ahmad
(276064)

23/06/2021

Peranan Ibu Bapa

Dalam mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan peranaan ibu bapa amatlah diperlukan. Ibu bapa perlulah memberikan perhatian, bimbingan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Hal ini penting dalam memberikan sokongan moral kepada anak-anak agar mereka terus bermotivasi.

Selain memberikan pendidikan awal ibu bapa seharusnya lebih terbuka dalam mendengar setiap permasalahan anak-anak. Dalam konteks ini, ibubapa perlulah mengadakan interaksi secara berhadapan dengan anak agar ibubapa dapat memberi tumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh anak-anak.

Sebagai contoh, dalam mewujudkan tindak balas yang positif ibubapa perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu seperti memberikan pujian terhadap prestasi yang dilakukkan oleh anak-anak serta menegur mereka dengan cara yang baik sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukkan oleh mereka.

Amir Faiz Bin Azmi
(275943)

23/06/2021

Kesan Ke Atas Negara

Kita ketahui anak-anak muda merupakan pelapis generasi kepimpinan di masa akan datang tetapi ianya tidak akan menjadi kenyataan sekiranya anak muda tidak di didik dengan betul sehingga gejala sosial semakin membimbangkan dikalangan remaja khususnya pelajar.

Keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat juga menyebabkan perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah akan meningkat. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk ke dalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka.

Negara akan kehilangan penerus masa hadapan sekiranya keruntuhan akhlak dikalangan anak muda terus berlaku. Malahan gejala sosial akan terus bertambah sehingga mendatangkan impak negatif terhadap keselamatan dan ketentraman awam.

Jika perkara ini tidak dibendung dengan segera ianya akan menjejaskan imej negara bahkan menjejaskan konsep agama islam. Berlakunya gejala negatif secara berleluasa dalam negara kita ianya akan mendatangkan kesan buruk terhadap ekonomi negara. Hal ini kerana hilangnya keyakinan pelabur-pelabur luar untuk melabur di negara kita.

Sapar Bin Nazri
(276202)

23/06/2021

Kesan Kepada IQ Anak

Kegagalan ibubapa dalam mendidik anak akan mempengaruhi IQ mereka kerana akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.

Kurangnya perhatian ibubapa dalam setiap permasalahan anak-anak akan menggangu emosi dan akhlak mereka sekali gus menyebabkan kemurungan. Fenomena ibu bapa berkerja sememangnya mendatangkan kesan terhadap perkembangan akhlak anak-anak.

Anak-anak sering ditinggalkan kepada pengasuh sedangkan ibubapa sibuk berkerja bahkan mereka langsung tidak mempunyai masa untuk anak-anak. Maka anak-anak akan membesar tanpa belaian kasih sayang daripada ibu bapa sendiri.

Justin Bin Suking
(276317)

23/06/2021

Kesan Terlibat Dengan Kes Masalah Sosial

Salah satu sebab adalah kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan.

Di antara masalah yang sering berlaku dikalangan remaja adalah gejala samseng dan gengsterisme malahan ianya semakin membimbangkan. Dalam perkara ini, apabila kumpulan gengster ini dibentuk maka kumpulan ini akan mengambil kesempatan untuk membuli pelajar yang lemah.

Malahan, amaran daripada pihak sekolah juga tidak diendahkan malah ada yang lebih berani mula terbabit di dalam penyalahgunaan dadah, mencuri, mengugut dan yang lebih kronik terbabit dalam jenayah berat seperti merogol dan membunuh.

Chua Boon Tze
(275968)

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak Penting? 20/06/2021

Kepentingan Pendidikan awal kanak-kanan..

Mengapa Pendidikan Awal Kanak-kanak Penting? Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka baik dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai....

12/06/2021

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga FACEBOOK

⏩ Kami dari kelas MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (G) KUMPULAN IXIA🌸

Kami berharap artikel dan semua pengeposan yang kami kongsikan dalam page ini dapat membantu ramai orang lebih memahami tentang kepentingan Peranan Dan Tanggungjawab Ibu Bapa 👨‍👩‍👦 Terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Antara ahli kumpulan IXIA🌸

1. Sapar Bin Nazri (276202)
2. Amir Faiz Bin Azmi (275943)
3. Justin Bin Suking (276317)
4. Chua Boon Tze (275968)
5. Mohd Syarifullah Bin Ahmad (276064)
6. Muhammad Firdaus Fahmee Bin Kamarazaman (276092)

INILAH POSTER KAMI

Iklan Mendidik Anak 29/05/2021

Asslamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa supaya menjadi pelapis generasi negara. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun, ramai yang tidak tahu cara untuk mencorakkan kanak-kanak mengikut acuan yang betul.

Penting atau tidak pendidikan awal kanak-kanak?

Lapan tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Ketika peringkat umur awal kanak-kanak, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan sosial adalah amat kritikal. Disebabkan itulah, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.

Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan.

Pembinaan bangsa dan tamadun juga bermula dengan pendidikan. Oleh itu, pendidikan sejak kecil haruslah ditekankan.

Apakah maksud pendidikan awal kanak-kanak?

Mungkin ada yang tidak pasti maksud sebenar pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai program berkualiti tinggi yang direka khas untuk kanak-kanak dari sejak mereka lahir hingga usia 8 tahun.

Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika atau tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun. Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang mahir dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

Persepsi ibu bapa dulu & sekarang

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan pendidikan asas yang terbaik dan kukuh kepada anak-anak mereka. Jika dahulu, pendidikan asas untuk anak-anak adalah semasa usia mereka enam tahun, iaitu sebelum mula bersekolah di darjah satu. Namun kini, ramai ibu bapa yang sudah mula ‘celik mata’ dengan memasukkan anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga hingga lima tahun.

Berbeza dengan keadaan kini, di mana senario menghantar anak berusia empat dan lima tahun ke prasekolah adalah perkara yang normal. Malah, kesedaran ibu bapa tentang pendidikan awal kanak-kanak juga semakin meningkat di mana seusia bayi lagi ada ibu bapa yang memasukkan anak ke playgroup, pusat pengayaan dan prasekolah.

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pakar kanak-kanak. Dan hasil membuktikan bahawa kanak-kanak yang memulakan sesi pembelajaran di prasekolah dapat mempelajari banyak perkara, lebih daripada mereka yang terus ke sekolah rendah.

Di prasekolah juga, kanak-kanak ini turut didedahkan dengan pembelajaran nombor, huruf dan bentuk sama seperti apa yang mereka akan pelajari di tadika.

Selain itu, anak anda juga akan belajar cara bersosial dengan rakan sebaya, mahupun orang yang lebih besar dari mereka (guru). Lazimnya, di prasekolah, anak anda akan belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan, belajar berkongsi dan bertolak-ansur.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga akan belajar cara menghormati orang lain dan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Prasekolah menyediakan tempat untuk anak anda mengenal diri mereka, mengembangkan karakter positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri.

Malah, jika anda perhatikan, anak di usia empat hingga lima tahun mempunyai sifat ingin tahu, dan akan sering bertanyakan perkara-perkara di sekeliling mereka seperti mengapa burung terbang atau bagaimana ikan boleh hidup di dalam air.

Kesimpulannya, banyak perkara yang anak anda akan pelajari di prasekolah terutama yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri.

kredit:

Iklan Mendidik Anak Video yang dikeluarkan oleh saudara kita di Selatan Thailand berkenaan cara-cara mendidik anak-anak.Antara cara yang diceritakan termasuk:1) bermain dengan a...

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Johor Bahru
80000