SIGS Rendah

SIGS Rendah

Share

OFFICIAL PAGE SK (P) SULTAN IBRAHIM
(2024-2025)

Photos from SIGS Rendah's post 23/12/2025

MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 DAN PRASEKOLAH

TARIKH : 13 DISEMBER 2025
HARI : SABTU
MASA : 8.00am - 1.00pm
TEMPAT : HOTEL NEW YORK
PERASMI : YB TUAN SUHAIZAN BIN KAIAT

Seramai 146 orang murid Tahun 6 dan 25 orang murid prasekolah telah dianugerahkan sijil tamat persekolaha. Majlis Apresiasi ini juga menyaksikan murid-murid Tahun 6 yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik.
Tahniah diucapkan kepada semua.

Photos from SIGS Rendah's post 22/12/2025

MAJLIS TAMAT BELAJAR KELAB SRIKANDI TARI SKPSI

Tarikh : 19/12/2025 (Jumaat)
Masa : 2:15 ptg -4:00 ptg
Tempat : Dewan Srikandi

Seramai 45 orang murid Srikandi Tari SKPSI telah menamatkan Program Pembelajaran Tarian sebanyak 12 kali kelas yang merangkumi tarian Zapin, Joget dan Inang. Kesemua murid telah berjaya menguasai teknik asas tarian dengan baik.

Sepanjang tahun 2025, murid-murid Srikandi Tari telah menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa.

Majlis ini diadakan bagi menghargai segala usaha, komitmen serta penat lelah mereka sepanjang tahun 2025.

Semoga Srikandi Tari SKPSI akan terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Photos from SIGS Rendah's post 20/12/2025

πŸ’ MAJLIS PERSARAAN PN. ROZANA BT. MD TAIB πŸ’
Meniti Jejak Bakti, Menyemai Kenangan

πŸ“… Tarikh: Khamis, 18 Disember 2025
πŸ“ Tempat: Dewan Srikandi

πŸ’• Majlis Persaraan Puan Rozana diadakan sebagai tanda setulus penghargaan atas dedikasi beliau sepanjang tiga dekad perkhidmatan. Setiap langkah, nasihat dan sentuhannya telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam membentuk sahsiah, ilmu dan nilai kemanusiaan warga SIGS.

πŸ’• Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Rozana atas khidmat bakti yang tidak ternilai. Semoga detik ini menghamparkan lembaran yang indah, disinari bahagia dan dipayungi keberkatan Ilahi, insya-Allah. πŸŒΈπŸ’

πŸ’• Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Rosmawati binti Mohamed, Guru Besar SIGS, barisan GPK, PIBG dan hadirin amnya yang menjayakan serta memeriahkan majlis ini.





-----------------------------------------------------
UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
SK (P) SULTAN IBRAHIM

19/12/2025

πŸŽ“ MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & PRASEKOLAH πŸŽ“
SK (P) Sultan Ibrahim Menobat Kecemerlangan, Mengilhami Generasi Bitara

πŸ“… Tarikh: 13 Disember 2025
πŸ“ Tempat: New York Hotel

πŸ”– Majlis Apresiasi Tahun 6 & Prasekolah merupakan acara penghargaan bagi meraikan murid-murid bitara cemerlang dalam pelbagai aspek merangkumi akademik, sahsiah, kepimpinan dan kokurikulum, termasuklah penyampaian Anugerah Khas Puteri SIGS. Majlis ini dirasmikan oleh YB Suhaizan bin Kayat, Ahli Parlimen Pulai, sebagai manifestasi sokongan terhadap usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan holistik.

πŸ”– Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Hajah Rosmawati binti Mohamed, Guru Besar SIGS, barisan GPK, PIBG, jawatankuasa majlis, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 atas komitmen dalam menjayakan program ini. 🌟🀝




------------------------------------------------------
UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
SK (P) SULTAN IBRAHIM

14/12/2025

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK JDT MENJUARAI PIALA FA 2025 βš½πŸ†

Dengan ini diisytiharkan bahawa Isnin, 15 Disember 2025 sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025.

Sehubungan dengan itu, murid-murid akan kembali bersekolah seperti biasa pada Selasa, 16 Disember 2025.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Info Pentadbiran
SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru

Photos from SIGS Rendah's post 13/12/2025

✨MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SK (P) SULTAN IBRAHIM ✨

πŸ“… Tarikh: Jumaat, 12 Disember 2025 / 21 Jamadilakhir 1447H
πŸ“ Tempat: Dewan Srikandi
🀍 Anjuran: Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab
πŸ§• Penyertaan: Murid Tahun 6, Sesi 2025

🌿 Majlis ini merupakan kemuncak bagi Program Road to Khatam (Tahun 6, 2025) yang dilaksanakan secara intensif, antaranya:

πŸ‘‰ Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan
πŸ‘‰ Jom Ngaji J*p
πŸ‘‰ Jom Ngaji sebelum pulang sekolah
πŸ‘‰ Jom Ngaji Anywhere, Anytime
πŸ‘‰ Ngaji dalam talian
πŸ‘‰ Kem Qura Siri 1 di Masjid As-Syakirin, Bukit Saujana
πŸ‘‰ Pecutan Khatam melalui jadual anjal
πŸ‘‰ Let’s Go to Khatam bersama abang dan kakak IPGKTI

✨ Usaha berfasa ini mencerminkan iltizam sekolah dalam menyemai kecintaan terhadap Al-Quran, membentuk disiplin rohani dan memupuk penghayatan nilai Islam dalam kehidupan seharian murid.

Semoga Al-Quran terus menjadi cahaya dan pedoman murid terlibat sepanjang hayat. πŸŒ™πŸ€²

Photos from SIGS Rendah's post 10/12/2025

♻️PERTANDINGAN INOVASI STEM BOTOL KACA♻️

CABARAN KACA PUN BOLEH
PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tarikh : 2 Disember 2026
Anjuran :
SWM Environment
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Yayasan JCORP

Syabas dan tahniah diucapkan

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN
1. ATIKA FAIRUZ KHALIFA BINTI FAIYAZ ALI (6AFNAN)
2. NURSYAHIRAH BINTI AZME (6AKMAL)
3. DHAMIA AZZHAFIRAH BINTI MOHD GHAZALI (5AFNAN)
3. QAIRA IMAAN BINTI MUHAMAD ZULKARNAIN (5AFNAN)

Guru Pembimbing :
Cikgu Khasnor binti Kamdi
Cikgu Ahmad Nazir bin Hamzah

Semoga pertandingan ini memberi manfaat kepada daya kreativiti dan inovasi dan dalam usaha pendidikan STEM dan kelestarian.

04/12/2025

πŸ₯—SHOWCASE CHOOSE HEALTHY, GROW
MIGHTY πŸ₯—

Hari: Rabu
Tarikh: 3 Disember 2025
Masa: 7.20 pagi – 12.50 tengah hari

SK (P) Sultan Ibrahim telah melaksanakan Program Showcase Choose Healthy, Grow Mighty untuk memperkukuh kesedaran murid tentang pemakanan berkhasiat melalui aktiviti yang bersifat informatif dan praktikal.

Pengisian program:
🎀 Persembahan murid
🍽️ Ceramah β€œSarapan Sihat dengan Planta”
πŸ‘©β€πŸ³ Demonstrasi masakan Planta
🍳 Aktiviti memasak bersama murid Tahun 5
πŸ₯¦ Ceramah β€œJom Makan Sihat” (MyGAP)
🎨 Pertandingan Mewarna MyGAP (Tahap 1)
🌱 Aktiviti penanaman biji benih buah (Tahun 6)

Program ini memberi murid pendedahan tentang pilihan makanan yang berkhasiat dan pembentukan tabiat pemakanan yang seimbang. 🌿✨



03/12/2025

KEPUTUSAN PERTANDINGAN BICARA BUKU DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2026

πŸ₯‡Bahasa Melayu
Johan
Dhamia Azzhafirah binti Mohd Ghazali ( 5 Afnan)

πŸ₯‰ Assyifatul Afiqah binti Azri ( 5 Afnan)

Guru pembimbing
Cikgu Nornazaliza & Cikgu Hairon Antashah πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

πŸ₯‰Bahasa Inggeris
Ketiga
Sylvia Ann a/p Sagaya Raja ( 5 Afnan)

Guru Pembimbing
Cikgu Nadia Sheikh πŸ‘πŸ»

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang serta terima kasih semua guru yang terlibat dalam memastikan kejayaan iniπŸ†

Johan akan mewakili daerah ke peringkat negeri Johor.

(pertandingan ini dijalankan lebih awal sebagai persiapan wakil daerah ke peringkat seterusnya bagi 2026)

Photos from SIGS Rendah's post 02/12/2025

πŸŽ€ SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK (P) SULTAN IBRAHIM πŸŽ€

Tema: "Pink & Ribbon"
Jumaat, 28 November 2025

SK (P) Sultan Ibrahim telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-kanak 2025 yang dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Puteri 2025, pertandingan busana tematik terbaik, pertunjukan silap mata, jamuan kelas dan pelbagai aktiviti interaktif.

Murid hadir dengan pakaian bertema yang menyerlahkan keceriaan dan semangat kesepaduan. Pelibatan aktif guru, ibu bapa dan murid menjadikan sambutan ini satu pengalaman bermakna yang memupuk penghargaan terhadap bakat serta potensi setiap murid.

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Abdul Rahman Andak
Johor Bahru
80100