18/09/2023
SEBAB ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA
✅ Ada mindset ‘financial growth’
✅ Berkenalan dengan individu berjaya
✅ Keluar daripada zon selesa untuk cuba benda baru
✅ Ada pelbagai aliran pendapatan
✅ Pelbagaikan pelaburan
✅ Fokus untuk ‘level-up’ diri
✅ Elak berbelanja luar kemampuan
✅ Sedekah & buat kebaikan
Anda lah penentu destinasi akhir kewangan anda. Pilihlah jalan yang betul
06/09/2023
[CARA BELAJAR UNTUK JADI TRADER BERJAYA]
🟢 Ikuti langkah-langkah berikut jika anda mahu cepat belajar untuk mendapatkan keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham.
1. Belajar Ilmu Pelaburan Saham.
🟩 Lengkapkan diri dengan ilmu pelaburan saham sebelum memasuki pasaran. Pelbagaikan sumber pembelajaran.
🟩 Anda boleh belajar dari mentor yang pakar dan berpengalaman, belajar dari buku-buku pelaburan, serta belajar dari video pelaburan yang sumbernya boleh dipercayai.
🟩 Dalami dan kuasai ilmu penting yang boleh membantu anda membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
2. Lihat Cara Trader Berjaya Trade.
🟩 Disinilah pentingnya untuk mempunyai mentor. Anda boleh lihat dan belajar bagaimana cara trader berjaya trade.
🟩 Trader berjaya pasti mempunyai teknik dan strategi tersendiri yang datangnya dari bertahun-tahun pengalaman mereka dalam bidang pelaburan saham.
🟩 Jika anda boleh belajar dan ikut resepi kejayaan mereka, ini akan sangat menjimatkan masa belajar anda. Anda tidak perlu lagi lalui proses try and error seperti yang telah mereka lalui.
🟩 Mentor juga boleh membantu anda mengenalpasti kesilapan yang telah anda lakukan dan tunjukkan cara perbaiki kesilapan tersebut. Proses ini sangat membantu dalam mempercepatkan peningkatkan prestasi trading anda.
3. Praktis Trade.
🟩 Praktis banyak-banyak kali ilmu yang telah anda pelajari. Anda boleh praktis sama ada menggunakan modal yang kecil atau secara paper trade mengikut keselesaan anda.
🟩 Anda perlu kenalpasti trading style dan trading strategi anda sendiri untuk berjaya dalam pelaburan saham. Praktis sehingga anda jumpa rentak anda sendiri.
4. Ulangi langkah 1-3.
🟩 Untuk berjaya mendapat keuntungan yang konsisten dalam pelaburan saham memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi.
🟩 Proses ini mungkin memakan masa bertahun-tahun bergantung kepada sejauh mana komitmen yang anda berikan.
🟢 Perkara terbaik anda boleh lakukan ialah belajar secara berterusan dan fokus untuk menjadi trader yang lebih baik setiap hari.
28/08/2023
[APA NAK BUAT BILA TRADING ANDA TIDAK MENJADI?]
🔸 Kawalan emosi merupakan antara elemen penting yang perlu diberikan penekanan dalam pelaburan saham.
🔸 Jika anda kekal tenang setelah mengalami kerugian mahupun setelah memperolehi keuntungan, ini menunjukkan anda berjaya mengawal emosi dengan baik.
🔸 Hanya pelabur yang boleh mengawal emosi dengan baik sahaja akan berjaya dalam pelaburan saham.
🔸 Yakinlah dengan kajian dan trading plan yang telah anda buat. Disiplin ambil tindakan mengikut kepada trading plan tersebut. Jika sudah sampai paras cut loss, segera cut loss dan move on.
🔸 Tidak perlu terlalu stress dengan result trading yang telah lepas. Jangan buang masa dengan emosi yang negatif. Pastikan anda kekal optimis dan fokus untuk lakukan yang lebih baik untuk trading seterusnya.
17/08/2023
3 KUALITI PELABUR BERJAYA
Berikut merupakan 3 kualiti penting yang harus ada dalam diri pelabur berjaya.
1. Ilmu
📗 Jumlah pendapatan yang anda perolehi daripada pelaburan saham sangat berkait rapat dengan tahap ilmu yang anda miliki.
📗 Maka, untuk berjaya dalam pasaran saham, anda perlu tentukan berapa banyak masa yang anda sanggup peruntukkan dalam mendalami ilmu pelaburan.
2. Keberanian
📕 Sangat penting bagi seorang pelabur mempunyai kualiti keberanian ini. Keberanian bermula apabila anda berani bertindak untuk menceburi bidang pelaburan saham ini iaitu berani mempelajari sesuatu yang baru.
📕 Selepas mempelajari ilmu pelaburan p**a, pelabur perlu berani mengambil risiko dan bertindak berdasarkan ilmu yang telah dipelajari.
3. Kesabaran
📘 Dalam pasaran saham, time is your friend. Sabar menunggu sehingga pelaburan anda matang yang akan buat anda berjaya membuat keuntungan dalam pasaran saham.
📘 Selain itu, sabar menunggu peluang juga penting bagi seorang pelabur. Anda tidak perlu paksa diri membeli saham setiap hari. Anda hanya perlu memasuki pasaran apabila jelas nampak peluang yang baik datang. Kawal emosi anda dengan bersabar.
09/08/2023
Jangan pernah menyerah, walaupun kadang-kadang kita terpaksa menanggung kekecewaan atau kegagalan. Angkat kepala, bangkit semula dan terus berusaha.
31/07/2023
[𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗺]🧐🧐🧐
📗 Masih ramai di kalangan kita yang masih skeptikal dengan pelaburan saham.
📗 Salah satunya faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh khabar angin negatif yang sampai di pendengaran mereka.
📗 Berbanding cuba mencari kebenaran kepada khabar angin tersebut, ramai yang memilih untuk terus menghindarkan diri daripada terjebak dalam dunia pelaburan saham.
📗 Tindakan ini merupakan suatu tindakan yang amat merugikan.
📗 Beri peluang kepada diri anda untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru.
📗 Buat pertimbangan hanya setelah anda mendapatkan maklumat yang betul dan mencukupi terhadap sesuatu bidang yang anda baru mahu ceburi.
24/07/2023
Kami sentiasa berfikir bahawa penjagaan diri adalah yang paling penting, tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengabaikan kesejahteraan kewangan anda juga memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian anda?
Berikut ialah beberapa rutin penjagaan diri kewangan yang boleh membantu mengurangkan tekanan anda:
☑️ Hadapi perasaan anda tentang wang
☑️ Semak akaun pelaburan anda
☑️ Tetapkan dan semak matlamat kewangan
☑️ Amalkan perbelanjaan yang bijak
☑️ Memberi ganjaran kepada diri sendiri
☑️ Didik diri sendiri
18/07/2023
Bekerja untuk wang? Atau biar wang bekerja untuk anda?
Kalau semata work hard je memang duit itu tak akan kembang dengan cepat. Work hard & smart barulah jadi.
Dengan pendapatan tersebut anda perlu komited & disiplin untuk urus kewangan dengan baik, barulah ada duit lebihan untuk dilabur. Sini min kongsikan steps mudah untuk bina pendapatan pasif atau dikenali sebagai passive income.
29/06/2023
Selamat Hari Raya 1444H🌅🌙
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.”
24/05/2023
Jangan mengalah teruskan usaha pasti bertemu kejayaan