Meravigliosa STF 2024

Meravigliosa STF 2024

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Meravigliosa STF 2024, School, Jalan Tun Abdul Razak,,, 80000 Johor Bahru, Johor Bahru.

✨️ MERAVIGLIOSA ✨️
We Do Wonderful Things Together

Welcome to the official page of Sekolah Tun Fatimah’s Class of 2024, affectionately known as MERAVIGLIOSA, meaning 'Wonderful'.

06/04/2026

Untuk lepasan STPM/SETARAF

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN PROGRAM PENGAJIAN BUKAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2026/2027

Calon yang memohon Program Pengajian Bertemu Duga dan/atau Ujian( #), boleh melayari URL Universiti Awam terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada:

🗓️ 9 April 2026 (KHAMIS)

UPSI : https://kemasukan.upsi.edu.my/
UTHM : https://admission.uthm.edu.my/offer/
UiTM : https://pengambilan.uitm.edu.my/
UMS : https://smp.ums.edu.my/semakanums
UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
UM : https://kemasukan.um.edu.my/
UPM : https://study.upm.edu.my/
USIM : https://etasjilv2.usim.edu.my/
USM : https://pohon.usm.my
UTM : https://myintake.utm.my
UUM : https://www.uum.edu.my/kemasukan
UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
UIAM : https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/
UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/
UMK : https://capsule.umk.edu.my/admission/interview
UMT : https://intake.umt.edu.my/temuduga
UniMAP : https://offer.unimap.edu.my/

IKUTI SOSIAL MEDIA KAMI : BKPAUPU

Photos from Meravigliosa STF 2024's post 31/03/2026

Tahun lalu, debaran kami family Meravigliosa STF 2024 menanti pengumuman keputusan SPM 2024.

Hari ini giliran Valerie 2125 p**a. Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan kalian ke peringkat pengajian yang seterusnya selepas ini. 🤲

28/02/2026

🎓 𝗟𝗮𝗴𝘂 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗧𝗙 𝗕𝗲𝗿𝗴𝗲𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗞𝗟𝗜𝗔 🇰🇷✨

Tanggal 𝟮𝟳 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲, tiga orang srikandi STF Batch Meravigliosa STF 2024 melangkah dengan penuh berani meninggalkan tanah air demi menyambung pengajian ke peringkat 𝗱𝗲𝗴𝗿𝗲𝗲 𝗱𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗲𝗮.

Suasana di KLIA sebak dan membanggakan apabila rakan-rakan Meravigliosa hadir beramai-ramai menghantar, dan paling menyentuh hati, 𝗹𝗮𝗴𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗧𝗙 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗞𝗟𝗜𝗔 malam tadi. Ia menjadi simbol kasih, semangat dan ukhuwah yang tidak pernah terputus. ❤️

Tahniah dan syabas kepada tiga puteri hebat kami:
🌸 𝗛𝗮𝗻𝗶𝘀 𝗦𝘆𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵
🌸 𝗗𝗮𝗻𝗶𝘀𝗵𝗮 𝗙𝗮𝗿𝗶𝘇𝗮
🌸 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗳𝗮𝗵 𝗔𝗶𝗱𝗮 𝗔𝗺𝗲𝗲𝗿𝗮𝗵

Perjalanan ini bukan sekadar menyambung pelajaran, tetapi membawa bersama nama sekolah, keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan dari jauh.

Semoga Allah SWT mempermudahkan setiap urusan kalian di bumi Korea, mengurniakan kejayaan dalam akademik dan kehidupan, menjaga iman serta akhlak, dan mengembalikan kalian kelak sebagai insan yang lebih matang, berilmu dan berbakti.

𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝘄𝗮𝗵𝗮𝗶 𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘃𝗶𝗴𝗹𝗶𝗼𝘀𝗮.✨
Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah kalian. 🤲

10/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami, 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗩 𝘀𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱, kepada semua ibu bapa Meravigliosa STF 2024 yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang sangat luar biasa sepanjang perjalanan anak-anak kita di Tingkatan 5.

Sokongan yang diberikan bukan sahaja dari segi kewangan, malah melibatkan masa, tenaga dan komitmen yang penuh keikhlasan, tanpa pernah berkira. Setiap aktiviti dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik hasil kesatuan, kesepakatan dan semangat saling memahami sesama kita.

Kesepaduan inilah yang menjadikan segala urusan berjalan dengan lancar dan teratur, seperti yang dirancangkan. 🤲

Kami, Team Sarana, hanyalah penggerak yang memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin demi kebajikan dan keperluan anak-anak MV sepanjang mereka berjuang di tahun akhir SPM 2024.

𝗧𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻. 🌹

Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan ibu ayah MV dengan sebaik-baik ganjaran, melimpahkan keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta ketenangan hati.

Kami juga berdoa agar anak-anak MV dipermudahkan urusan, dikurniakan kejayaan cemerlang dunia dan akhirat, serta menjadi anak-anak yang solehah, membanggakan keluarga, agama dan negara.

Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamin. 🤲

🩷💜

𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗩 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟱,
𝗦𝗶𝗴𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗳𝗳. 🫡
Amy, Yati, Nor, Maiza, Ida & Nany

09/01/2026

STF & Meravigliosa 2024 sentiasa di hati. 💚🩷

Photos from Meravigliosa STF 2024's post 09/01/2026

✨ 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗟𝘂𝗰𝗸𝘆 𝗗𝗿𝗮𝘄 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗝𝗮𝗺𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗶𝗿𝘂𝘀 𝗦𝗧𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟱 ✨

Dengan penuh rasa syukur dan kasih, pihak Batch Meravigliosa STF 2024 telah menyampaikan sumbangan hadiah-hadiah lucky draw untuk Majlis Jamuan Kebirus STF 2025, kepada Bonda Hajah Radziah Mohd Din pada 7 Januari 2026. 🤍

🎁 14 hadiah lucky draw
🎁 1 hadiah untuk Cikgu Norhadizah

Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Team Sarana Meravigliosa, dan turut disertai 𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗖𝗵𝗲 𝗡𝗼𝗿𝘇𝗶𝗹𝗮 𝗖𝗵𝗲 𝗗𝗮𝘂𝗱, Kaunselor & Warden STF yang amat kami hargai. Insan yang banyak berjasa menjaga kebajikan dan membimbing anak-anak Meravigliosa kami dengan penuh kesabaran dan kasih sayang sepanjang 5 tahun di STF. 🩷

Hadiah-hadiah ini seterusnya telah disampaikan dalam Majlis Jamuan Kebirus Guru-guru dan Staf STF yang berlangsung siang tadi, 9 Januari 2026, sebagai tanda penghargaan kecil atas jasa besar yang tidak ternilai. 🫰🏻

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 𝗕𝗼𝗻𝗱𝗮, 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗴𝘂𝗿𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘀𝘁𝗮𝗳 𝗦𝗧𝗙 yang bertuah menerima hadiah daripada Meravigliosa. 🌹

Semoga setiap senyuman yang terukir hari ini menjadi kenangan manis, dan setiap usaha serta pengorbanan yang dicurahkan terus diberkati. Terima kasih atas segala didikan, kasih dan doa yang berterusan.

STF & Meravigliosa sentiasa di hati. 💚🩷

04/01/2026

Selamat Hari Lahir, Bonda Hajah Radziah Mohd Din 🤍

Daripada batch Meravigliosa STF 2024 yang sentiasa menghargai setiap jasa dan kenangan. 🌸

Terima kasih atas segala kasih sayang dan perhatian selama ini. Semoga Bonda sentiasa sihat, bahagia dan diberkati selalu. 🌹

Salam sayang daripada kami keluarga Meravigliosa 2024. 😘

birthday Bonda tahun 2025, minggu batch MV SPM 2024. 🫰🏻


Photos from Meravigliosa STF 2024's post 31/12/2025

Goodbye 2025 👋
Welcome 2026 🌟

Happy New Year,
Meravigliosa STF 2024 Family! 🎉

May this New Year 2026 bring you endless joy, good health, and boundless success. Wishing you and your family a year full of peace, love, and happiness! 🤲

Photos from Meravigliosa STF 2024's post 27/09/2025

𝗦𝗧𝗙 𝗝𝗕 𝗦𝗕𝗣 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰 ✨️

Tahniah diucapkan kepada 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵, 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 atas kejayaan dinobatkan sebagai 𝗦𝗕𝗣 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝟮𝟬𝟮𝟰 dalam aspek pengurusan, akademik dan kokurikulum. 👏

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat Bonda Pengetua Hjh Radziah Mohd Din, barisan pentadbir, guru-guru, staf sokongan serta seluruh warga Desa Tun atas dedikasi dan komitmen cemerlang yang membawa kejayaan ini. 💐

Kami seluruh keluarga Meravigliosa 2024, turut berbangga atas pencapaian gemilang ini. Semoga STF terus unggul dan menjadi inspirasi kepada semua! 🌟

Tahniah kepada anakanda 𝗔𝗳𝗻𝗮𝗻 𝗡𝗮𝘆𝗹𝗶 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗡𝘂𝗿 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 dan parents! 🎉

Atas penganugerahan 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗟𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 (Full Colours Award SBP 2024). Afnan merupakan salah seorang daripada 15 orang calon SPM 2024 SBP yang menerima anugerah ini sempena Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2025. 👏

Pengiktirafan ini membuktikan usaha gigih, disiplin tinggi dan kecemerlangan Afnan dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. 💪

Sekalung tahniah buat semua 140 orang anak² batch Meravigliosa atas pencapaian cemerlang SPM 2024 yang menjadi sebahagian daripada pencapaian STF yang gemilang kali ini. 🎉

✨️ Anugerah Emas ✨️
💥 GPS SPM 2024 : 1.038 💥

Dan tidak dilupakan, tahniah kepada ibu ayah MV yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan anak² MV. Berkat sabar, doa, kerjasama 💯, bersatu hati antara ibu ayah dan guru² STF, lahirlah kejayaan sehebat ini. 💜


𝗦𝘆𝗮𝗯𝗮𝘀 & 𝗧𝗮𝗵𝗻𝗶𝗮𝗵 𝗦𝗧𝗙, 𝗔𝗳𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗮𝘁𝗰𝗵 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘃𝗶𝗴𝗹𝗶𝗼𝘀𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰! 🎉

Kami sangat berbangga! 🌸

MAJLIS ANUGERAH TUN FATIMAH (MATF) SPM MERAVIGLIOSA CLASS OF 2024 14/07/2025

Menjejak Langkah Gemilang
Meravigliosa — nama yang terpahat indah dalam sejarah Tun Fatimah.

Langkahmu bergema megah di dewan kejayaan,
Cahayamu menyinar harapan generasi mendatang.
Tahniah anak-anak syurga solehah Meravigliosa, Class of 2024.

Ini bukan noktah, tapi permulaan untuk terbang lebih tinggi. Teruslah menjadi bintang STF yang menyinar di mana jua kalian berada.

Saksikan momen penuh makna di Majlis Anugerah Tun Fatimah, yang meraikan kejayaan luar jangka hasil usaha, air mata dan doa yang tak pernah putus.

Sekalung Penghargaan & Terima kasih yang tulus buat barisan pendidik yang menjadi tunjang kekuatan, pendorong di sebalik setiap kejayaan. Jasa budi yang takkan kami lupakan.💝
https://youtu.be/AKtboWBA8Ek?feature=shared


---------------------
Penghargaan video : Terima kasih buat Tuan John Zairul Nizam dari Team arwah Trisno Quartris yg menggalas tugasan akhir arwah dlm penghasilan video ini dengan penuh amanah dan kasih.

MAJLIS ANUGERAH TUN FATIMAH (MATF) SPM MERAVIGLIOSA CLASS OF 2024

Photos from Meravigliosa STF 2024's post 09/07/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 ✨️

Menjunjung Kasih Atas Keberangkatan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Tahun 2024 Negeri Johor yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Renaissance Johor Bahru pada hari ini, 9 Julai 2025 telah disempurnakan dengan keberangkatan 𝗬𝗔𝗠 𝗖𝗵𝗲’ 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗲𝗲𝗱𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua PIBG STF, Dato’ Yahya Jaafar dan Bonda Pengetua STF, Puan Hajah Radziah Mohd Din yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap kejayaan anak-anak STF. 🩷

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 𝟵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗮𝘁𝗰𝗵 𝗠𝗲𝗿𝗮𝘃𝗶𝗴𝗹𝗶𝗼𝘀𝗮 yang berjaya meraih keputusan 𝟵𝗔+ 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰. 👏

🌟 Afnan Nayli
🌟 Batrisyia
🌟 Nur Adnin Hasnaa'
🌟 Nurin Syazwina
🌟 Hanis Syahirah
🌟 Nur Anis Afiqah
🌟 Nur Arina Karmila
🌟 Syarifah Aida Ameerah
🌟 'Ain Zubaidah

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, semangat juang luar biasa serta doa dan dorongan berterusan daripada para pendidik serta ibu bapa tersayang.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga STF untuk terus mencipta kejayaan yang membanggakan.

Tahniah dan syabas Meravigliosa 2024 ! ✨️✨️✨️✨️✨️






Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Tun Abdul Razak,,, 80000 Johor Bahru
Johor Bahru